Thursday, March 29, 2012

Blueberry Cheesecake From Japan


 
 
 Untuk CC yang ada base, ini adalah hasil tangan cheq sue yang ke 3
Yang pertama buat base biskut meri tapi jadinya tak sedap (masin)
Yang kedua buat guna base biskut oreo tapi rasa pun tak puas hati, hurmmmmm
Kali yang ke 3 ni rasanya menepati piawaian la
Dengan menggunakan resepi dari Jepun nun
Terbaekkk...
Tengok CC yang As buat aduhhhh cair rasanya
Kebetulan masa turun Ipoh minggu lepas terus cari bahan-bahan
Masa beli tu tak ingat berapa kuantiti bahan-bahan
Jadi beli 1 cup aje yogurt (nak beli banyak kot tak habis sebab cheq sue x berapa makan)
Masa buat tu baru perasan yogurt tak cukup
Memang tawakkal aje campur dengan susu
Nasib baik jadik!
 
Cuma tang base nya tu agak berderai - rasa x cukup butter cair kot
Oleh sebab cheq sue guna loyang biasa saja, memang susah sikit nak keluarkan
Tambah2 pulak dok keluar masuk peti ais
Untuk adunan kejunya pula memang maveless
Cukup rasa lemak, blueberry dan smooth je
Makan 2 3 ketul memang tak rasa apa (*Adehhhhh)




 
Tengok la hasilnya tu, memang tak lawo langsung
Tapi apa nak diheran dengan yang tak lawa tu
Yang penting sedap, dan dah selamat dihadam pun
 
Errrr... memang kena sabar betul la
Makan seslice tu pun rasa bersalahnya sebab xleh nak makan banyak
Tapi jujurnya resepi ni memang sedap la
TQ As shared this
Agak-agak kalau nak dijual berapa RM ya?
Boleh bagi pandangan tak?
He he he
(T___T)

Wassalam...
 


 
BLUEBERRY CHEESECAKE
Resepi : As @ Asmara Life
 
Bahan-bahan :
250g cream cheese
200 ml yogurt (90ml plain yogurt + susu segar = 200ml)
2 sudu lemon juice tak masukkan
3 sudu tepung gandum
2 biji telor
90g gula
Blueberry jem

Base
200g biskut merrie (blend halus)
70g butter (dicairkan).

Cara-cara :
Untuk base, biskut dan butter disatukan
Tekan dan mampatkan biskut dalam loyang springform (dibalut dengan aluminum foil bahagian bawah) cheq sue guna acuan biasa, dibawahnya letak baking sheet)
Sejukkan dalam peti ais lebih kurang sejam (saya masuk dalam peti ais beku 15 minit)
Putar creamcheese dan gula hingga sebati, masukkan telor dan putar lagi. 
Masukkan yogurt, lemon juice dan tepung, putar sebati
Masukkan 2 sudu blueberry jem, sebatikan dalam adunan. 
Tuang adunan atas base biskut yang disejukkan tadi.
Bakar pada suhu 180C selama 45 minit secara water bath (letak air panas dalam dulang oven)
Sejukkan sebelum dikeluarkan dari loyang, sapukan blueberry jem dan hidangkan.


9 comments:

  1. Teringin la pulak nak makan cheese kek ni.Nak buat la jugak che sue.

    ReplyDelete
  2. Sedapnya Sue... kakak terliur. Kakak suka apa-apa kuih/makanan yg ada cheese (selalu lupa kolesterol - sedap punya pasal).

    Blueberry yg duduk tertepek di atas tu menambah keinginan nak rasa.

    ReplyDelete
  3. dah lama teringin nak buat cheese cake...tapi xde peminat cheese cake kat sini...makan sorang2 le jawabnya

    ReplyDelete
  4. Salam kak sue! cheeeseeeeeee cake sedapppppp!! tp tak pernah buat yg bake punyer sume non bake :D budak2 mmg tk makan lerrr, mcm wani kita sorang2 yg makan nanti, suami kita suke tp skrg dia dah kurang mkn cheese, takde geng lerr nak ajak makan hihihi...mintak akaknyer sepotong :D

    ReplyDelete
  5. Wallaaa...enak banget..harus dicuba ni...

    ReplyDelete
  6. salam kenal dari kami sekeluarga...

    wahh... tengok gambar pun dah terliur.... mesti sedap ni...

    ReplyDelete
  7. waduh2 bercheese cake hari ni. hehe..rupa x penting kan yg penting rasanya. :D takpe first trial, nnti next time dah boleh tambah kot butter utk biskut tu. (mybe biskut merrie kat sini(jepun) lembap so biskutnya elok terletak, nnti cheqsue tmbh sikit butter agak2 biskut tu melekat dan tak berderai ok kot). yogurt x cukup tetap jadikan! mmg terer! hehe..

    ReplyDelete
  8. dr arituh nak makan cis kek tp tak buat2...huhu...kak che pass la sket kat saya..hihihi

    ReplyDelete
  9. blueberry cheese cake sedap.. kat pages simple homemade ita pun ramai juga yang tempah kek ni..

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]