Monday, March 5, 2012

Best Moist Chocolate Cake Recipe & Buttercream



 
 
Cheq sue ni kalau bab 'KEK' bukanlah gemar sangat
Cuma ada masa2 tertentu terasa sangat nak makan
Memang berbaloi buat time tu
 Tapi dah lumrahnya insan ni suka mencuba
Kalau diikutkan dah ada 1 resepi yang cheq sue serasi
Tapi tak rugi mencuba untuk melihat hasil yang lain pula
Setiap kek yang dibuat tak kiralah kek jenis apa pun
Memang berlainan dari segi tekstur atau rupa
Antara kita yang membuat resepi sama pun memang ada bezanya

Untuk kek coklat ni, x sempat ambil gambar yang di dalam
Deco pun sebenarnya tak sempurna sebab BC tak cukup
Setakat nak makan2 kira halal ajelah kan...
Yang cheq sue buat bebola coklat semalam tu guna kek inilah
Boleh baca kat n3 ni

Yang dapat cheq sue kongsikan di sini
Tekstur di dalam kek ni agak kasar jika dibandingkan dengan hasil yang dibuat oleh Kak Nadz
* Yang Kak Ida buat tak pasti pulak sebab xde gambar potongan dalam tu
Agaknya sebab tang buttermilk tu tak berapa jadi
Rasanya pulak agak tak memuaskan sebab cheq sue guna serbuk koko yang agak rendah kualitinya
* pasni kena buang dah serbuk koko tu
Kalau nak dibuat kek besday ke memang la sesuai sangat
Satu yang cheq sue sangat suka dengan resepi ni adalah penyediaannya yang tersangatlah senang
Bila dah ready buttermilk tu, kejap aje godek dah buleh bakar
Kalau nak buat versi cuppies pun sesuai rasanya

Untuk resepi buttercream tu pulak
Ni baru 1st time cheq sue guna susu pekat manis
Cheq sue tak la buat sebanyak resepi yang dinyatakan di bawah tu
Agak-agak, tu yang tak cukup
Memang rasa lain rupanya bila guna susu pekat dalam BC
Selalu tak campurkan
Pasni bolehla buat pulak
Cuma untuk nak dapatkan BC yang terbaik, kenalah guna krimwell yang segar
Maksudnya kalau yang dah agak lama tu akan ada bau tengik
Apapun, buat kek ni memang banyak cerita dan penuh genta rasa
Tak cuba tak tahu kan
So next time pasti akan dicuba semula
TQ pada penyumbang resepinya
Wassalam...
 






 
BEST MOIST CHOCOLATE CAKE RECIPE

Bahan-bahan :
2 cawan tepung gandum
2 cawan gula ...ida tambah lg 1 sb
3/4 cawan serbuk koko Hershey's (Naz guna yang biasa jer)
2 tsp soda bikarbonat
1 tsp serbuk penaik
2 biji telur saiz A @ B
1 tsp garam
1 cawan buttermilk (resepi buttermilk di bawah)
1 cawan Mazola vege oil (Naz guna minyak jagung)....ida guna minyak salad minyak mazola
1 1/2 tsp asen vanilla
1 cawan air mendidih (boleh dijadikan 1 cawan kopi sekiranya suka)..ida buh 1 sk serbuk nescaffe

Cara Penyediaan :
Panaskan oven pada suhu 300 F (lebih kurang 150 C) untuk membakar secara perlahan.(Naz menggunakan suhu 170 C)....ida bakar 150C cheq sue guna 150'
Lapik loyang kek dengan kertas kalis minyak. lupa nak lapik
Masukkan semua bahan di atas kecuali air mendidih ke dalam mixing bowl.
Putar pada kelajuan sederhana selama lebih kurang 1 minit. Kemudian masukkan air mendidih dan teruskan memutar hingga sebati.
Tuangkan ke dalam loyang.
Bakar selama 1 jam atau sehingga kek masak sepenuhnya. (Naz bakar dengan suhu 170 C selama lebih dari 1 jam sebab mungkin loyang kek 7" X 7" yang digunakan menyebabkan kek lebih tebal dan perlu masa yang lebih untuk masak sepenuhnya).
Cucuk kek dengan lidi atau pisau. Sekiranya pisau atau lidi yang dikeluarkan bersih, maknanya kek telah masak. Sekiranya terdapat adunan kek yang masih basah melekat pada pisau atau lidi, bakar lagi kek dengan tambahan masa 5 minit dan uji lagi selepas itu sehingga kek masak sepenuhnya.
Sejukkan kek sebelum dinikmati atau dihias.

RESEPI SUBSTITUTE BUTTERMILK
RUJUKAN : http://frugalliving.about.com/od/condimentsandspices/r/Buttermilk_Sub.htm

Bahan-bahan :
Susu segar - lebih kurang 1 cawan
1 Tbsp cuka masak atau jus lemon
 
Cara Penyediaan :
Masukkan cuka masak atau jus lemon ke dalam jug penyukat.
Tuangkan susu segar hingga menjadikan campuran tepat pada ukuran 1 cawan.
Biarkan larutan berehat selama 5 minit.
Boleh digunakan.

KRIM MENTEGA
Sumber : Kompilasi Hidangan Kek/Chef Noraini Zakaria
Sumber : Rahel


Bahan :
150g mentega
350g krimwell
180g sirap gula/susu krimer manis
3 sudu makan gula aising
cheq sue tambah sedikit esen vanila

Cara:
1.Pukul mentega dan krimwell hingga kembang dan gebu selama 10 minit.
2.Masukkan sirap gula/susu krimer manis dan gula aising.
3.Pukul lagi hingga sebati.Siap untuk digunakan.
 

6 comments:

  1. lma dah tak makan kek coklat. trasa2 gtal lak tekak ni nak telan kek coklat. hehe..

    ReplyDelete
  2. lorrr...tak abis2 lagi stoberi...bestnyer....

    ReplyDelete
  3. Nanti nak cuba la..nampak sedap sgt..

    ReplyDelete
  4. sue..hawat tak penuhkan strawberry kat atas keknya? baru puas makan..kekeke..ada lagi ke strawberrynya sue? hehehe

    ReplyDelete
  5. sedap nye coklat dgn strawberry.. memang match kan.. lama tak buat kek coklat nie.. boleh try nie.. huhu

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]