Sunday, March 25, 2012

Lai Chi Kang Tak Cukup Bahan


 
 
Sari tak hapdate blog macam ada benda tak siap aje
Kesian korang dok layan aje gambar2 shooting tu ye
Semalam pi jalan2 ke Ipoh
Harini seharian mengadap mesin jahit
Ni baru ada kesempatan nak keluar n3
 
Air lai chi kang ni cheq sue buat malam tadi
Ada lagi pun belennya dalam peti ais
Cheq sue ni memang suka air ni
Memang payah nak dapat kalau bukan bulan puasa
Dah kebetulan pegi TESCO, cari lah sikit bahan-bahannya
Memang dapat banyak pun bila dah campur2 semua
 Tapi dengan banyaknya bahan yang dimasukkan tu ada jugak yang tak ada
Contohnya macam buah kembang semangkuk, cendawan putih, kacang / biji teratai, barli
Tapi xpelah, yang dibuat ni pun dah cukup puas hati diminum

Pada siapa yang nak mencuba versi ringkas ni sila-sila la ya...
Wassalam...

 
LAI CHI KANG
Resepi : Cheq Sue
 
Bahan-bahan :
Buah longan kering
Halwa kundur
Biji selasih - rendam kembang
Kismis hitam
Cincau - sagat halus
Nisse (gula melaka)
Gula pasir
Air secukupnya

Cara-cara :
Masukkan air ke dalam periuk, tambahkan nisse, longan kering, halwa kundur dan kismis hitam
Bila mendidih, masukkan pula biji selasih, cincau dan gula pasir (ikut kemanisan disukai)
Didihkan seketika supaya semua bahan bercampur
Boleh dihidangkan panas / sejuk

3 comments:

  1. sedapnye minum time cuaca panas...

    ReplyDelete
  2. cheqsue..teringat pulak acik..masa mengandungkan anak bongsu acik..air ini je yang boleh diminum,sepanjang masa mengandung

    ReplyDelete
  3. agak banyak juga bahan2 nak buat air ni ye...patutlah org suke beli aje...tapi kalo buat sendiri lebih terjamin kebersihannya.

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]