* 8 keping roti (jangan dipotong tepinya)
* 2 1/2 cawan susu segar
* 4 biji telur
* 1 sudu kecil serbuk cinnamon (tak payah masuk jika tak suka)
* serbuk koko secukupnya untuk ditabur
*Secubit garam
* Sedikit butter
Setiap keping roti dipotong 2 cheq sue letak je sekeping2 gitu
Dalam mangkuk masukkan susu,gula telur,garam dan cinnamon.Kacau bahan hingga gula hancur dan ketepikan.
Ambil loaf pan dan sapukan butter disekelilingnya.Aturkan 4 keping roti didalamnya.Taburkan serbuk koko mengunakan penapis kopi/teh menutupi permukaan semua roti.
Susun 4 keping lagi roti diatas lapisan koko tadi dan ulang proses hingga roti habis.Jangan ditabur serbuk koko pada lapisan terakhir roti.
Curah bahan susu yang di pukul tadi kedalam lapisan roti.ketepikan selama 20 minit.(Setelah 10 minit roti direndam tekan bahagian atas roti dengan sudu supaya lebih banyak bahan susu akan menyerap pada bahagian atas lapisan roti.
Panaskan Oven 170'C dan bakar puding roti selam 45 minit atau bahagian atasnya nampak garing.
Sejukkan sebelum dipotong dan dihidangkan.
huhu. nampak sedap.. koko ! favourite. tapi ta de oven :'(
ReplyDeletemenarik yer resepi puding roti koko ni ada cinnamon tu sure harum jer baunya..saya suka.sedapnya kalau dpt rasa ni.
ReplyDeletesama la, takde oven :(
ReplyDeletesama la, takde oven :(
ReplyDeleteteringin nak mencuba ni cheq sue..roti ada dirumah..mekasih ye.
ReplyDeleteBalik kampung nanti boleh le buat yang berlapis-lapis pulak ya cheq sue.Betul la kak ros lupa tulis jumlah gula dalam resepi.Sebenarnya kak ros masukkan 200 gram gula.Keima kasih kerana mencuba ya cheq sue
ReplyDeleteOhhhh macam ala-ala alunan kasih..best juga tu..buat kuah karamel sedapkan
ReplyDelete4 keping je cheq sue??haha
ReplyDeleteRajin nyer cheq sue ni...sedap gitu..tak byk ye bahan2nya..kalau la dpat sepotong ni mieza tgh laporrrr huhuhu
ReplyDelete