Monday, March 26, 2012

Telur Hancur Bersama Sosej & Kacang Buncis ~ Diet Eh??


 
 
Masakan ni cheq sue buat minggu lepas sebenarnya
Bukan untuk breakfast, tapi untuk dinner
Ngape pelik benar eh...
Bukan apa, seinggu lepas tu kemain malas nak masak nasi
Tambah-tambah pulak lauk basah pun xde
Sosej tu konon2 nak makan dengan scramble egg dan kacang panggang
Tapi dari masa ke masa xde ke kedai
Transfer la jadi scramble egg versi baru
He he he
 
Note : Ayat tak habis!
 


 

TELUR HANCUR BERSAMA SOSEJ & KACANG BUNCIS
Resepi : Cheq Sue

Bahan-bahan :
3 batang sosej - potong dadu
15 biji kasang buncis - hiris nipis (serong)
2 biji telur
Sedikit minyak (cheq sue guna minyak zaitun)
Sedikit minyak bijan dan garam

Cara-cara :
Panaskan minyak zaitun
Masukkan sosej dan kacang buncis, masak seketika
Masukkan minyak bijan dan garam, kacau sebati
Tambahkan pula 2 biji telur dan kacau hingga agak hancur. Jika agak kering boleh tambahkan minyak supaya telur masak sekata. Masak seketika dan bolehlah diangkat.
Jika suka boleh masukkan cili cincang

4 comments:

  1. mama ryn pernah buat..
    tapi, xde sosej :)

    ReplyDelete
  2. kite selalu breakfast je dengan telur hancur ni...cuma tambah keju sikit, bawang besar...pastu serbuk lada hitam...sedappppp!

    ReplyDelete
  3. mieza suka masak kacang macam ni..mesti byk makan nasik hahaha..cuma kat umah ni tak ramai yg suka mkn kacang..kalau mieza masak, alamatnya mieza la makan sorang2...

    ReplyDelete
  4. kalu la selalu makan gni...konpom pas ni saiz s..he3

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]