Wednesday, March 14, 2012

Nasi Ayam Berempah, Eh Mana Supnya??



 
 
Nasi ayam ni cheq sue buat lunch semalam
Kebetulan ada daun salad yang semakin menghampiri tarikh luput
Dah lama jugak teringin nak buat nasi ayam berempah ni
Bila dah ada ramai sikit rakyat jelata kat rumah, sedap nak masak macam-macam...kan
Cheq sue buat tak banyak pun, beras dalam 1.2 pot dan ayam 6 ketul aje
Yang cheq sue buat ni rasanya macam biasa2 nasi ayam aje
Tang supnya tu memang kelass...out of ten
Kata akak kedai runcit tu, sup bunjut yang dijual tu antara yang paling sedap
Hasilnya memang superb walau hanya buat sup guna sup bunjut tu aje..
Tapi...
Yang kecewanya lupa nak masukkan sup tu dalam mangkuk
Bila dah siap gambar, baru teringat
Mmmm dah malas nak ambik balik sebab segan dengan mek
Nanti dia perli-perli plak
(^_^)
Tang cilinya pulak cheq sue hanya guna homemade sos cili biasa aje
Pun xde dalam gambar...
Pada sape yang belum mencuba tu bolehlah buat time cuti ni
Gerenti kena buat lagi...
Wassalam...


 
NASI AYAM BEREMPAH
Resepi : Zanavilla
Sumber : Kak Animz

Bahan2 Nasi
600 gm beras basmathi
2" halia-akak hiris halus
5 ulas bawang putih- di tumbuk halus
2 helai daun pandan
1 kiub pati ayam + air rebusan ayam cheq sue masukkan sedikit kulit ayam dicincang
garam secukup rasa
sedikit minyak + sesudu marjerin untuk menumis

Bahan untuk sup dan ayam berempah
1 ekor ayam di potong empat
1 bunjut rempah sup-akak guna 2 sb serbuk rempah sup
air secukupnya menutupi ayam
garam secukup rasa
4 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1"halia
bahan *-ditumbuk halus
2 sb rempah kari daging
minyak untuk goreng terendam
tambah sedikit kicap

Bahan utk sos
6 biji cili merah
5 ulas bawang putih
1 st gula pasir
1 sm sos tomato
2 sm jus limau kasturi
sedikit air masak

Hiasan
Timun,Tomato Dan salad

Cara
1-Masukkan ayam dan air menutupi keseluruhan ayam ke dalam periuk dan masukkan sup bunjut,kemudian rebus ayam hingga mendidih.
2-Keluarkan ayam bila sudah empuk-ketepikan
3-Ambil bahan2 yang sudah di tumbuk,rempah kari juga sedikit garam,gaulkan bersama ayam dan perap selama 20 min
4-Sementara itu cuci beras-ketepikan
5-Panaskan minyak+marjerin dalam periuk elektrik(atas api gas) dan tumiskan bahan tumbuk sehingga wangi dan masukkan daun pandan-kacau rata dan tambahkan sedikit air rebusan
6-Masukkan beras dan kacau rata
7-Alihkan periuk ke dalam ke dalam bekas letrik dan masukkan air sama banyak dengan beras dan tekan on dan tanak hingga nasi masak-akak guna semua lebihan air rebusan utk tanak nasi
8-Ambil ayam yang telah di perap tadi dan goreng dalam minyak panas hingga masak-tak perlu tunggu lama,memadailah hingga nampak kekuningan..dan hias dengan tomato,timun dan salad

No comments:

Post a Comment

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]