Wednesday, March 28, 2012

Roti Pita



 
 
Roti pita yang guna resepi ni dah 2 kali cheq sue buat
1st time tu jadi keras dan liat sikit tapi stil ada poketnya
Yang kali ni alhamdulillah menjadi cuma poketnya tu tak jadi sama besar
Ada yang nipis dan tebal
Kalau resepinya buat 8 keping, cheq sue hanya buat 6 saja
Dok rasa macam kecil aje bila buat 8
Saiz untuk 6 ni agak2 ngamlah nak masukkan 1/2 keping daging burger
Fillingnya pulak cheq sue letak daging burger dan daun kobis aje
Pastu tuang sos
Memang ringkas sangat
Tu dok ada lagi 3 4 keping, ingat nak buat inti ayam
Kalau ada sape yang susah nak dapatkan roti pita tu
Boleh la buat resepi ni
Memang puas hati
Wassalam...




 
ROTI PITA
Resepi : Erna @ MyR
 
Bahan-bahan ( 8 biji )
200g tepung roti
50g tepung gandum
150g air
5g gula
5g garam
15g olive oil / minyak masak ~ guna minyak jagung
2.5g dry yeast

Cara-cara
Masukkan semua bahan-bahan ke dalam bread maker. On kan.. tunggu siap.
Keluarkan dari breadmaker. Tumbuk-tumbuk untuk keluarkan angin. Bahagikan adunan kepada 8. Buat bentuk bulat. Rehatkan selama 10 minit.
Letakkan sedikit tepung di atas papan pencanai. Ambik satu adunan tadi. Canaikan biar jadi leper.. saiznya lebih kurang 13cm.
Bila nampak dah naik sikit. Boleh bakar dalam oven pada suhu 230 degree selama 4 minit
*** Kalau uli dengan tangan. Guna air suam atau 40C. Adunan ni lembik sket.. jangan tambah tepung. Bila dah siap uli.. penaikkan sehingga 2 kali ganda. Lepas tu bolehlah ikut cara no.2 dan seterusnya.


3 comments:

ijayuji said...

Salam kak sue! kita jakun ni kak hihihi... roti pita tak pernah makan pun, teringin nak makan jugak, masuk list :D sumbat apa2 dlm poket dia tu mmg best :-)

umi's cup cake said...

Senang je rupanya buat roti pita ni sue...umi selalu beli yang dah siap je..

nuwairani ismail said...

nak try buat jugak lah! dah lama tak makan roti pita...