Pizza Owh Pizza
Bila ada n3 pasal pizza, yang nak dihighlight kan adalah tang basenya tuKalau filling + topping cheq sue pasti kita semua ada resepi dan citarasa sendiriKadang2 payah jugak nak dapatkan yang sedapYang gebu, lembut dan 'macam pizza'Eh... apa tu????Yang biasa buat pizza, tapi dapat base yang tak macam pizzaTau la apa maksudnya statement cheq sue tuHi hi hi
Kali ni cheq sue try pulak resepi cik ros jintan manis kitaAda dalam e-book dan jugak di blog beliau Apa khabar agaknya dia dan anak-anak?Cheq sue doakan segalanya sudah beransur baikSemoga dia tabah dengan apa yang telah berlaku
Sejujurnya dalam banyak2 base pizza yang cheq sue dah cuba, ini adalah yang terbaekkkMemang superb sungguhSegala kombinasinya kenaDengan base yang lembut, filling yang sedap dan topping yang masyukDah sejuk pun still lembut lagi Serius cakap, memang tak cukup satu dulang tu...Dengan adunan ni cheq sue dapat 2 keping pizza dalam saiz 30 cm gitulah Fillingnya cheq sue just guna daging burger + cendawan butang + sosejMasak je kejap dengan bawang putih, sos cili, sos tomato dan oreganoToppingnya pulak cheq sue just sagat cheddar cheeseSebelum ni guna mozarella (kadang2 je pun sebab mahal sangat)Tapi kan rasa2 cheq sue lah guna cheddar ni lagi sedap *cheaper than mozarella alsoWalaupun tak la berurat macam mozarella, tapi sedapnya tu xleh nak gambarkan* Al maklumlah pestaim guna cheddarwehhh
As usual, cheq sue guna BM untuk buat pizza niRasa2 dengan adunan ni kalau dibuat roti pun bulehMemang rugi kalau sape tak cubaMmmmm, kalau sape yang x sempat download e-book pasal roti ni cheq sue leh kongsi Tinggalkan aje email kat komenMana2 yang nak cuba tu leh la nengok resepi kat bawahTQ Ros shared thisWassalam...
PIZZA (DOH)
Resepi : rosmarlina @ jintanmanis.com
*Untuk Doh*
250gram tepung roti
1/3 sudu kecil garam
1 sudu besar skim milk@susu tepung
1 sudu besar gula
1/2 biji telur
1 sudu besar marjerin ( boleh ganti denga butter atau shortening)
110ml susu segar ( atau air suam)
1 1/2 sudu kecil yis
*untuk filling*
sosej yang telah direbus dan dihiris nipis
sedikit lada benggala, nenas dan tomato yang dihiris dadu
sedikit taburan oregano@ dry pasley
*Untuk Toping*- mix cheese@mayonis+sos cili@tomato
Caranya.
1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.
2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.
3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.
4. Bahagi doh pada dua bahagian dan bentukkan bulat seperti base pizza, cucukkan dengan garpu dan biarkan naik sedikit, masa yang diperlukan lebih kurang 30 minit.
5. Sapukan setiap base pizza dengan sos tomato, ratakan ke seluruh doh, tabur kan lada benggala hijau, nenas, tomato dan sosej serta toppingkan dengan mozarela cheese.
6. Akhir sekali, bakar pada suhu 180 darjah selama 16 ke 18 minit atau sehingga permukaan pizza perang., sejukkan atas redai dan simpan di dalam bekas bertutup, Sesuai untuk sarapan dan hidangan minum petang. Selamat Mencuba.
yummy cheq sue...bernafsu je tengok.
ReplyDeleteAssalamualaikum cheq sue...
ReplyDeleteada pizza ler... rajin nya cheq sue buat... akak dah lama teringin nak buat tp smpi skg mmg x buat2.. :D.. sedap ler tgk pizza yg cheq sue buat tu
salam cheq sue, kalau pizza buat sendiri mmg puas hati sgt. lebih sedap dan terjamin halal gitu. :D
ReplyDeleteAslmkm Cek Sue..nak pizza saiz regular ya..cheese lebih..sekian..
ReplyDeleteops..hantar kat dpn pintu tau..hehe