Thursday, March 8, 2012

Heart Shape Chicken Bun


 
 
Cantik sungguh bun kali ni
Lap-lap gitew
Selalu buat bun bentuk bulat, bujur tapi kali ni so sweet dengan bentuk love
Fun sangat bila buat, dapat satu pengalaman
 Bila tengok kat blog Kak Wan, memang terasa sangat nak makan
Memang cantik menarik daboooom kebaboooooooooo lah
Cumanya tang tuna tiu ditukar dengan chicken kerana intinya yang berbeza
 
Intinya cheq sue buat lebih kurang inti pizza ni
Sambil2 nak habiskan stok daging burger
Kat atas tu pulak letak cheedar dan sos cili
Memang sedap dimakan masa masih panas
Dah sejuk pun masih lembut tau
Cuma panaskan sekejap untuk tambah kenikmatan

Pada 1st time buat, x smooth sgt bentuk lovenya
Dengan 8 bahagian cheq sue rasa dapat hasil yang agak besar
Kalau dibuat 10 bahagian baru ngam sikit bentuknya
Xpelah lain kali kita buat better than this
Sape2 yang nak tengok step by step bolehlah klik link kat resepi tu ya

Kalau ada masa tu boleh la cuba buat ni untuk yang tersayang
Ewahhh ewahhh
Intinya boleh dipelbagaikan
Anak-anak pun mesti suka dan teruja
TQ tuan nya resepi 
Wassalam...






 
HEART SHAPE CHICKEN BUN 
Resepi : Kak Wan
 
Bahan-bahan
200gm tepung roti (high protein) cheq sue guna 250g tepung roti
50gm tepung all purpose
35gm gula kaster (2 sudu besar)
1/2 sudu kecil garam halus
1 sudu teh yis segera
40gm majerin / mentega
1/2 biji telur (ambil 1/2 dr 1 biji telur di pukul ringan, 1/2 untuk sapuan)
100ml susu cair suam

Inti Tuna
1/2 tin kecil tuna (Ayam brand)
1 tangkai daun bawang / daun ketumbar - di cincang halus
1/8 sudu teh garam
1 sudu besar mayonies
(Satukan semua dan gaul sebati)
cheq sue buat lebih kurang inti pizza gitew

Sapuan :  1 sudu besar susu sejat + 1/2 biji telur
Parsley kering dan serbuk lada hitam kasar untuk taburan

Cara-cara
1. Satukan semua bahan dalam mangkuk pengadun kecuali susu cair. Gunakan hook dan dengan speed perlahan, gaul adunan hingga rata. cheq sue guna BM
2. Tukar kepada speed sederhana dan masukkan susu cair sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. Uli selama 8-10 minit sehingga menjadi doh yang elastik (boleh di tarik dan tidak putus)
3. Keluarkan doh dan uli dengan tangan, bentukkan bulat dan tutup dengan mangkuk besar atau plastik. Rehatkan selama 30 minit.
4. Kempiskan doh dan uli semula. Bahagikan kepada 8 bebola doh seberat 60gm setiap satu.
5. Ambil doh dan gulung memanjang.  Potong bahagian tengah dengan bukaan huruf 'V".  Satukan kedua hujungnya bertemu di bahagian bawah potongan seperti dalam gambar.
6.  Buat hingga habis dan susun di dalam dulang yang telah di gris.  Tutup dengan plastik / tuala lembab dan biarkan selama 20 minit sehingga mengembang 2 kali ganda.
7. Sapu permukaan doh dengan kuning telur hingga rata.  Masukkan inti tuna di tengahnya, tabur dengan parsley kering dan serbuk lada hitam kasar.
8.  Bakar di dalam oven yang di panaskan dahulu di rak tengah pada suhu 170'C selama 15-20 minit atau hingga keperangan.

7 comments:

  1. cantikkk....bentuk love
    bila makan sure dgn rasa kasih sayang :)

    ReplyDelete
  2. memang cantek..bentuk love..ambik dua..buat sarapan..hehe..

    ReplyDelete
  3. woww..daapnyer!! nk kenen 2 ketui..ada lg x??

    ReplyDelete
  4. Cantik sungguh bun tu ... Alahai! Tgk pun dah tau sedap... Geram pula akak tgk bun tu tau... Sedapnyaaa

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]