Ikan Siakap Kukus
Nyummm... nyummm1st time buat ikan stimTanpa resepi nak rujuk, tak sempat nak skodeng blog kawan-kawanPikir la mana2 yang sesuai ikut apa yang ada di dapurSebenarnya tak plan nak buatTengah2 bersenang2 istirehat, tetiba adik hantar seekor ikan siakapBuleh tahan besar jugakNak masak stim katanyaAdehhhhhh...Mentang-mentanglah kakaknya ni pandai masak... (ahaksssss)Senang aje disuruhnya aku! Satu yang suka resepi ni adalah penyediaan yang sangat simple dan senangMakan lak dah sah-sah sedap (agaknya lah) Seekor tu tak muat dalam kukusan kena belah dua (kukusan saiz 36' dah tu...bayang la besar mana ikannya)Semua cheq sue bagi kat adikKenduri la ye deme malam tu... @_@
Sape2 yang nak terai tu sila-sila la yaJangan dok mintak lak, semua dah habis!T____T Wassalam...
IKAN SIAKAP KUKUSResepi : Cheq Sue
Bahan-bahan :1 ekor ikan siakap (dalam 1 jengkal setengah kot)Sedikit garam 1 sb lada hitam (jika suka boleh tumbuk kasar)
BAHAN A
1/2 biji bawang besar3 biji bawang putih5 biji cili padi3 biji cili merah segar2 batang serai2 inci halia5 batang daun ketumbar / daun sup5 helai daun limau purut
BAHAN B
5 sb sos ikan1 sb gula Garam secukupnya (dalam 2 sk)2 sb sos plum (boleh ganti dengan jus limau nipis)1 sk sos tiram Cara-cara :Bersihkan ikan, kelar dan toskan Lumur dengan sedikit garam dan masukkan ke dalam bekas / dulang tahan panasPanaskan kukusan. Bila sudah mendidih, masukkan ikan. Kukus seketikaHiris @ mayang halus semua bahan A dan tabur ke atas ikan. Taburkan juga lada hitamSementara itu, campurkan semua bahan B, kacau hingga garam dan gula hancurTuangkan ke atas ikan (termasuk bahagian dalam perutnya)Sesekali ambil kuah di bahagian bawah dan curah ke atas ikanMasak sehingga isi ikan menjadi putihEnak disajikan dengan nasi panas
sedapnya siakap kukus...
ReplyDeletesuka...
siakap senohong gelama masak lemak...siapa masak...dapat makan sedap...he he he...boleh?Pantun cam ni?
ReplyDeletesedapppp nya kalau dapat hirup air stim tu..
ReplyDeletelagi satu siakap tu sedap jugak kalau dibuat masak gulai tempoyak...
Sedapnya...
ReplyDelete