Monday, April 30, 2012

Allah Maha Adil ~ Jadikanlah Pengajaran


 
 
Wahhh, lamanya tak berblog. Ada ke yang tertanya-tanya ke mana hilangnya cheq sue selama ini? Haish, memang sibuk bebenar kalau dah 5 6 hari takde n3 baru. Bukan apapun, balik aje dari berkursus, sambung pulak ke perkhemahan Pengakap sekolah sebagai AJK Makanan. Tu yang x menyempat nak keluar n3. Terima kasih juga pada pengunjung yang sudi bertandang....

Sebagai permulaan, cheq sue nak kongsikan satu cerita semasa berkursus baru-baru ini. Pada sesiapa yang baca tu jadikanlah pengajaran dan panduan. Ini adalah sebuah kisah benar yang berlaku di Negeri Terengganu.

Di dalam sebuah sekolah tu, ada sepasang suami isteri. Mereka berdua ni memang agak susah kalau nak keluar dari sekolah contohnya macam bawak budak berkursus ke, berkhemah ke...memang ada saja alasan yang diberi terutamanya alasan berkaitan dengan anak-anak atau dengan bahasa mudahnya "payah anak" (mungkin dari segi nak tinggalkan pengasuh dsb). Nak dijadikan cerita, ada satu masa tu mereka sekeluarga (suami isteri + 4 orang anak) pergi ke satu kawasan perkelahan. Dengan kuasa Allah, ke empat-empat anak mereka telah lemas dan meninggal dunia.

Bila difikirkan semula, Allah telah memakbulkan doa ibu bapa mereka yang sebelum ini selalu memberikan alasan "payah anak" jika ada keperluan di tempat kerja. Jadi Allah telah mengambil kesemua anak-anak daripada mereka.

Berderau bulu roma bila mendengar cerita ini. Walaupun cheq sue ni masih belum ada anak tetapi kadang2 terlepas cakap juga. Jadi untuk kawan-kawan sekalian, ambillah kisah ini sebagai teladan. Moga2 memberi manfaat kepada kita semua.

Wassalam...

9 comments:

  1. salam cheqsue..semoga menjadi pengajaran..walau macamana pun kesian jugak dengan pasangan tu kan..

    ReplyDelete
  2. benar kata pepatah...sesuatu yang berharga itu terasa nilainya setelah ianya tiada.....assalam cheqsue...selama ni jadi silent reader je...salam perkenalan...

    ReplyDelete
  3. Ya Allah Cheq Sue takutnya mieza bc cerita ni...kesiannya kpd pasangan itu telah kehilangan 4 anak sekali gus..Ya Allah jgnlah Allah SWT uji mieza dgn ujian seberat ini...boleh mieza bayangkan masyaAllah sedihnya hati pasangan ini...semoga pasangan tersebut tabah dengan ujian Allah...
    Sedihnyer..

    ReplyDelete
  4. sedihnya baca kisah ni..
    semuga allah akan gantikan anak yang hilang itu dengan anak2 yang lebih baik.. insyAllah..
    maklong teringat firman allah yang maksudnya.. janganlah kita menyintai harta, suami/isteri, anak2.. melebihi kita menyintai allah.. allah akan hilangkan apa2 yang menjadi kecintaan kita tu..
    walluhuaalam..

    ReplyDelete
  5. ya Allah ngeri saya baca. tp betul la kan, apa kita cakap tuh satu doa (walau kita tak maksudkan)..

    ReplyDelete
  6. Salam Cheq Sue..

    Sayu pulak rasa hati akak bila baca cerita ini..
    semoga ianya menjadi pengajaran buat kita semua..
    renung-renungkan dan selamat beramal

    ReplyDelete
  7. Assalam sue, hurmmm takut lak dengar kisah2 mcm ni, mesti sedih yg amat mak bdk2 ni.

    5.5 ni akk ke CH lagi sekali, kalo sue rajin ke brinchang boleh jumpa hehe

    ReplyDelete
  8. amboi kak rosa! asik berjalan ke CH aje...datang la sandakan pulak. heheh...

    cheqsue...fenomena seperti ini memang sentiasa berlaku..kadang2 bukan betul2 payah anak pun. tapi mereka yang tidak tahu mengurus keluarga. kalau dah anak itu adalah satu amanah daripada Allah, rasanya tidak perlu dianggap beban la kot untuk kita buat perkara lain. semoga kita sentiasa dilindungi Allah...waallaualam...

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]