Wednesday, April 11, 2012

Super Moist Caremeled Banana Cake



 
 
Dah lama berangan nak masak sesuatu berasaskan pisang
Bukan hape, ada sedikit stok pisang lecek dalam peti ais
Dari tempat freezer masuk ke ruangan bawah
Dah agak lama jugak, bawak masa balik cuti sekolah dulu
Sampai bila buat karamel tu bukan jadi warna perang, tapi lebih kepada dark green
Nasib baik masih boleh dimakan dan tak berubah rasanya
Cuma bila dah keluar masuk peti pisang lenyek tu jadi agak berair 





Resepi ni memang sedap sungguh, lembut dan lembap aje
Tapi secara jujurnya cheq sue tak berapa suka dengan apa-apa aje yang guna ovelett
Memang kita tahu tahu fungsinya untuk membuat masakan jadi gebu
Tapi teksturnya tu macam ada yang tak kena aje
* Tapi masih jugak makan pun, bukan tak makan langsung! ^_^
 Pendapat peribadi kan, nak buat camana
Makan time panas2 tu, sedap sungguh dengan bahagian atas yang garing2 gitu
Pada sape yang belum cuba tu bolehlah buat
Kalau xde oven, boleh jugak dikukus
Yang penting kena ada pisang
T_T
Oklah, tq pada semua2 yang sudi berkongsi
Wassalam...





 
SUPER MOIST CARAMEL BANANA CAKE
Versi kukus: masduniaku
Olahan sumber : FnF Simple Life
Sumber : Izahdaut

Bahan A
1 cawan pisang lecek (240 g)
1 cawan gula halus (200 g) - FnF kurangkan 150g shj - pisang dah manis
125 g mentega
1 sk bicarbonate soda
2 sb susu segar

2 biji telur saiz A - FnF guna 3 biji telur medium size
1 1/2 cawan tepung naik sendiri (200 g) diayak - FnF guna 190g tepung kek Jepun + 1 sk baking powder
1sk ovalet (resepi asal tiada)

Cara2
Masak bahan A atas api hingga berkaramel. Sejukkan .

*nota izah* 
'hingga berkaremel' maksudnya bahan A tu dimasak hingga la menjadi perang berkaremel. Adunan tu akan berbuih tinggi dan kacau sentiasa hingga la adunan tu mendap dan bertukar warne perang.

Pukul telur dan ovalet hingga gebu.
Masukkan banana caramel tadi. Gaul sebati.
Masukan tepung sambil dikaup balik hingga adunan sebati.
Tuang adunan ke dalam loyang yg beralas dan gris. FnF masukkan dalam acuan cupcakes.
Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dulu pada suhu 160C selama 45 min atau hingga masak - FnF bakar 20 minit @ 180degree C.
Sejukkan kek sebelum dipotong dan dihidangkan.
Adunan boleh juga dikukus...

11 comments:

  1. cheq sue memang gebu sgt cupcake tue.adoi nie yg rasa nak kena cuba gak nie.banyaknya lah pending list.

    ReplyDelete
  2. Cheq sue kak ros nak cicah kopi le...rumah baru ni kak ros baru masuk ..cantik3!

    ReplyDelete
  3. fuhhh, sedapnya cc pisang tu..mmg nmpk gaya kena rempit g cari pisang gak ni...

    ReplyDelete
  4. rajin buat kek pisang je...
    teringin nak buat cam ni, entah bila - bila...

    salam singgah juga...

    ReplyDelete
  5. sedapnyaaa nanti nk cubalah... kalau tak ada ovalet menjadi tak?

    ReplyDelete
  6. dah pernah try kek ni.memang sedappp!

    ReplyDelete
  7. sama kita terkena virus caramel banana cake ini.. ;)

    ReplyDelete
  8. kak sue.. tun suka kek pisang! mana2 resepi pun tun suka.

    ReplyDelete
  9. Assalam,

    Saya mesti cuba try buat ini....

    ReplyDelete
  10. Baru nak nerai malam ni..kebetulan ada pisang sebab tgk ramai yg nerai..jd akak pun kena join sekaki hehehe...comel cc nani tu..

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]