Sunday, April 22, 2012

Kangkung Goreng Belacan, Yang Simple-Simple Aje


 

Dah petang baru leh jenguk blg kesayangan ni. Bukan ape, baru balik berjalan-jalan di Ipoh, hajat nak selongkar kedai baking tapi tutup le pulak. Masuk je AEON 18, takat esesais aje nak beli xde apa. Last di TESCO aje beli sikit barang dapur.

Cheq sue memang suka sayur kangkung. Memang  pemakan sayur pun walau kadang2 ada juga jenis2 yang cheq sue tak suka. Kalau dapat kangkung ni memang goreng belacan atau goreng dengan udang. Memang sedap sungguh dengan nasi panas2. 

Rata2 daripada kita ada resepi masing2 dalam masak memasak ni. Selalunya kalau cheq sue, kat dalam peti ais memang ada rempah yang dah diblend bersama. Bukan rempah apa pun, hanya bawang merah + bawang putih + bawang besar sikit + cili kering dan garam. Bila dah blend tu cheq sue masak sekejap dan bila sejuk bolehlah disimpan. Tapi jangan la buat banyak sebab kalau tak habis rosak pulak rempah tu. Kalau kata nak goreng mihun ke, masak ayan ke memang cheq sue guna yang itu lah. Wanita kerjaya la katakan, yang masanya lebih banyak diluar dari di dalam rumah. Ecececceeee..........

Tapi kat sini cheq sue masukkan jugaklah resepinya kot2 ada kanak2 ribena yang baru nak belajar masak, boleh la dijadikan panduan.

Wassalam...




KANGKUNG GORENG BELACAN
Resepi : Cheq Sue

Bahan-bahan :
Seikat kangkung
*3 biji bawang merah
*1 biji bawang putih
*1/3 kiub ayam
*1 sb cili giling
*Belacan (besar ibu jari)
Sedikit minyak masak
Sedikit air & kicap jika suka (cheq sue masukkan)

Cara-cara :
Tumbuk dan sebatikan bahan *
Panaskan minyak dan tumis bahan * tadi hingga garing dan wangi
Masukkan kangkung, air dan kicap. Masak hingga kangkung agak lembut

8 comments:

  1. kalau dapat sayur macam ni, ratah saja pun sedap..selalu zaman2 rajin nak masak dulu, nani pun buat macam cheqsue, blend siap2 bawang besar, bawang putih, dengan cili kering.kalau nak masak, terus ambil yang di dalam peti sejuk je.

    ReplyDelete
  2. Sayur kangkung goreng belacan ni memang resepi evergreen.... tak jemu dimakan, banyak-banyak sayur memang inilah yang selalu jadi pilihan!

    ReplyDelete
  3. saya pun suka kangkung goreng belacan ni..tp kangkung ada byk jenis yer? tak tau pun..

    ReplyDelete
  4. @Nuwairani Ismail

    he he he...time tak rajin ketuk aje bawang terus tumis, kan??

    ReplyDelete
  5. @Amie

    betul tu kak amie, yang ini jugak tetap menjadi pooooojaan

    ReplyDelete
  6. @Mama2Q

    ha ah mama... yang cheq sue kenal setakat ni ada 2 je, satu daun besar dan satu daun panjang2 gitu

    ReplyDelete
  7. Cheq Su,
    sedap makan ngan nasi panas nie..perrgghh

    ReplyDelete
  8. Selamat pagi Cheq Sue,kangkung sambal belacan memang sedap walau pun simple2 aje..

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]