Wednesday, July 4, 2012

Creme Brulee Masterchef (Kak Sha)

 
 
 Hasil pertama setelah 5 hari bercuti (projek Ahad, 1 Julai 2012). Eh, dah lebih 5 hari rasanya tak berasap dapo tu dek kesibukan melampau chekgu cheq sue nih. Takpelah, kita mula balik pelan-pelan ya...harap kawan2 tak jemu ke ABC ni. Bukan apa, kadang2 bila sibuks tu mood memasak memang tarak, tapi entah ngape hari Ahad tu ternampak peket kecil whipping cream lebihan buat ganache, so sayang pulak kalau terbiar rosak jadi cheq sue cuba buat creme brulee versi Kak Sha ni. Kebetulan masa tu tengah dok layan blog Kak Sha, ternampak resepi creme brulee, terus je on. Kebetulan pulak memang ada mood nak masak kan...tu yang jalan aje! Pastu pulak dok fikir lebihan putih telur tu boleh la i buat macaroon... kan??

Dulu pernah jugak buat creme brule ~ di sini ~ tapi yelah, kita ni mana la pernah makan tu, tak pasti lak camana rasa sebenarnya. Cuma hasil kali kedua ni better than 1st time tu. Agak2 cheq sue dah jadi creme bruleenya, sebab dia wigle di tengah2, cuma bila masukkan ke dalam peti ais, dia jadi agak kaku. Tapi memang nak cakaplah, memang sedap je, nyaman masuk mulut.



Oleh kerana whipping cream tu tak la sebanyak mana (dalam 100ml) je maka cheq sue buat 1/3 adunan iaitu menggunakan 2 telur kuning aje. Bahan-bahan lain tu semuanya dibahagi 3. Oleh sebab whipping cream tu tak banyak, cheq sue campurkan dengan air untuk mencukupkannya sebanyak lebih kurang 160ml gitu. Kita yang buat dia kan... Untuk 1/3 bahagian tu dapatlah 2 acuan ramekin. Kalau berdua leh la makan satu sorang. Ni korang jangan dok mintak2 lak, semua cheq sue dah sapu bersih tau.
 


Cuma yelah, kalau dah namanya creme brulee ni memang la sangat lemak dengan kategorinya dessert berprofil tinggi. Sedap sedap sangat tapi yang inilah akan menambahkan lebih-lebihan lemak kat badan tu. Apapun, creme brulee yang kedua dah berjaya dihasilkan. TQ Kak Sha. Korang bila lagi nak cuba? Wassalam...
 
 
CREME BRULEE

Bahan-bahan :
6 biji kuning telur
100gm gula castor
500 ml creme
1 sudu teh vanilla


Cara-cara :
Masukkan creme ke dalam periuk kecil dan panaskan, keadaan cream cukup sekadar panas, tutup api.
Putar kuning telur dan gula sehingga bertukar warna pucat *pale
Masukkan creme yang panas sedikit dulu kedalam adunan kuning telur tadi. Kacau dan kemudian masukkan baki creame itu...*tempering*  masukkan pula esen vanilla. kacau rata
Tapis. dan kemudian masukkan adunan ke dalam acuan ramekin.
Jika ada buih-buih di atas.. bakar dengan menggunakan Blow~torch...
Dengan menggunakan kaedah *Water bath* bubuh air di dalam dulang pembakar *air panas. Susunkan acuan dan bakar dengan suhu 140'C selama 45-1 jam.... apabila siap.. keadaan Creme Brulee.. agak bergoyang di tengahnya *wigle*
angkat dan sejukkan sebentar.
Taburkan dengan satu sudu kecil gula castor di atas....
Boleh bakar gula tu dengan blow torch ataupun bakar di dalam oven dengan menggunakan api atas selama beberapa minit

Stylish Thankyou

9 comments:

  1. selalu tengok creme brulee ni dalam game restaurant cafe jer... hehe. Bolehlah nak cuba sendiri lepas ni...

    ReplyDelete
  2. sedapnya..dh try yer..mesti best nie:P

    ReplyDelete
  3. bestttt...sure sedap.
    bahan2 pun simple

    ReplyDelete
  4. tun jugak yg x buat2 lagi. lama dh teringin nk buat. duk cari torch tu laa x jumpa. padahal blh je bakar dlm oben utk hanguskan, tp kurang feel creme brulee.. hehe

    ReplyDelete
  5. Tengah plan nak cuba tapi takde whip cream...

    ReplyDelete
  6. yummyyy sedapnya....eh sue kita dah cuba buat laksa goreng...memang betul ler...sedap betul....hehehe

    ReplyDelete
  7. nampak sedaap.. tentu lemak berkrim kan. xpe je cuti diet..syekali syekala..hehe..

    ReplyDelete
  8. Sangat menyelerakan... Bilalah Nur nak buat ye..

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]