Monday, July 2, 2012

Perkhemahan Pandu Puteri Daerah CH 2012



 
 
Hai semua... bersiaran kembali setelah 5 hari "ABC" dibiar sepi tanpa kata. Rasa pelik bila cikgu tak berkata-kata kan. Sebagai permulaan, cheq sue nak kongsikan bingkisan tentang Perkhemahan Pandu Putei Daerah Cameron Highlands 2012 yang telah berlangsung di Kem Sungai Pauh, Taman Sedia CH pada 27 - 29 Jun yang lalu. Maaf jika n3 ni agak panjang ya...
 
Perkhemahan peringkat daerah ini julung-julung kali di adakan. Sebelum ni CH pernah menjadi tuan rumah bagi perkhemahan Pandu Puteri Tunas peringkat negeri pada tahun 2010 di tapak perkhemahan yang sama. Untuk pengisian aktiviti peringkat daerah, selalunya dibuat karnival atau sukanria, tetapi tahun ini perkhemahan dibuat sebagai menyahut cabaran Pegawai Kokurikulum PPD Puan Juanita Lee. Sebenarnya PPPCH mempunyai kewangan yang sangat terbatas selain sumber tenaga yang tidak mencukupi kerana rata-rata guru pemimpinnya adalah perempuan. Tapi, kami ingin membuktikan bahawa tidak ada apa yang tidak boleh di buat sekiranya ada usaha dan keinginan.

Cabaran pertama perkhemahan sudah tentulah cuaca yang tidak menentu. Setelah lama tidak hujan, 3 hari sebelum perkhemahan bermulanya hujan petang. Dan pada hari pertama, hujan dan kesejukan menjadi cabaran pertama untuk diatasi. Dengan penyertaan 8 buah sekolah (2 sekolah menengah dan 6 sekolah rendah) maka team urusetia mencuba sedaya upaya untuk menghadapinya. Boleh baca lanjutnya di sini

Untuk hari pertama, petangnya di adakan taklimat kepada guru dan peserta, manakala malamnya dijalankan aktiviti nyanyian. Dek kerana kesejukan melampau, aktiviti malamnya ditamatkan lebih awal untuk memberi peluang kepada pelajar merehatkan diri. Suhu pada malam itu dikatakan mencecah 8'C. Cheq sue sebagai orang dewasa sangat-sangat terkesan dengan kesejukan sehingga mengigil-gigil, jadi apatah lagi dengan pelajar sekolah rendah yang berumur 9 ke 12... Walaupun berselimut tebal, 2 lapisan toto, tidur masih terganggu. Itulah yang dikatakan pengalaman. Paling sejuk sepanjang 9 tahun di CH.



Untuk hari kedua, alhamdulillah cuaca baik walaupun kesejukan masih ada. Tak malu dikata, sepanjang 3 hari perkhemahan sekali saja cheq sue mandi. Di dalam gambar di atas, cheq sue pakai 2 tshirt dan 2 seluar. Rata-rata pelajar pun memakai sweater sepanjang masa. Pada hari kedua ni agak padat dengan aktiviti, bermula dengan senaman pagi, diikuti dengan gubahan dan permainan KIMS, kemudian memasak dan kraftangan, diikuti dengan pertolongan cemas dan ikatan & simpulan pada petangnya dan malamnya pula dibuat malam kebudayaan. COH (Court Of Honour) pula mengakhiri aktiviti malam tersebut. Untuk aktiviti yang dinyatakan tu, ada dibuat pertandingan dan ada sekadar pembelajaran kemahiran sahaja. Pada malam kedua ni, suhu agak sejuk juga, dalam lingkungan 10'C tetapi boleh tidur dengan lena. Alhamdulillah. Untuk bingkisan hari kedua ni boleh la tengok di sini



Ini adalah penolong kem komandan dengan pelajar dari SK Ringlet (rasanya). Pada petang hari kedua, kami berdua sempat bergerak ke tapak perkhemahan setiap sekolah untuk meninjau-ninjau. Cheq sue sebagai kem komandan, tidak banyak masa terluang yang ada kerana perlu menguruskan aktiviti dan juga perkara-perkara di sepanjang perkhemahan. Penolong kem komandan dan penasihat PPPCH Kak Suria banyak membantu melancarkan pergerakan dan perjalanan aktiviti, terima kasih banyak-banyak!



Ini adalah gambaran kabus yang menyambut kedatangan peserta pada hari pertama. Memang rasa macam kat oversea lah. Bila bercakap pun boleh nampak asap berkepul keluar dari mulut. Tiba-tiba aje kabus bergerak menyelubungi tapak perkhemahan. Walaupun begitu, semua peserta berjaya mendirikan khemah walaupun dalam kesejukan. Tahniah!!





Di sini pula tempat urusetia. Segala perancangan, perbincangan hatta makan pun di sini. Lupa nak cerita, sepanjang perkhemahan ni, sarapan, makan tengah hari dan makan malam ditempah manakala untuk minum pagi, minum petang, minum malam dan minuman sepanjang perkhemahan dibuat secara bergilir-gilir oleh setiap sekolah. Ini secara tidak langsung dapat mengurangkan masa dan perbelanjaan membeli bahan mentah. Sebenarnya dalam sesuatu perkhemahan, makan dan minum peserta memang menjadi agenda penting dan perlu dirancang dengan baik. Tahniah kepada Kak Ani dari SK Kampung Raja yang berjaya mengetuai team makan minum ni dengan jayanya walaupun dalam keadaan tidak sihat (sambil rindukan anak pun ya...)

Hari ketiga merupakan penutup kepada perkhemahan ini. Pada paginya di adakan kembara yang dikendalikan oleh SMK Sultan Ahmad Shah dengan bantuan abang-abang RELA yang mengetuai perjalanan. Dalam masa 1 jam pelajar berjaya menamatkan perjalanan dan kembali semula ke tapak perkhemahan untuk mengemas barang, menurunkan khemah dan bersedia untuk majlis penutup.

Bagi majlis penutup, ianya dilakukan secara dalaman dengan dilakukan oleh Pesuruhjaya PPPCH Kak Suria. Dijalankan dalam keadaan tenang dan gembira kerana segala yang dirancang telah dilakukan dengan sempurna. Beliau menzahirkan rasa gembira dengan kejayaan aktiviti ini dan berharap dapat membuatnya lagi pada tahun akan datang. Pada majlis ini juga di adakan penyampaian hadiah kepada pemenang aktiviti dan cenderahati kepada guru pengiring. Tahniah kepada Kak Nor dan Dasilla yang menjadi pengiring kepada pasukan SEMEKAR kerana berjaya memenangi pertandingan memasak (no 3) dan khemah terbaik (no 1). Untuk senarai penuh pemenang aktiviti dan ceritanya bolehlah dibaca di sini.

Secara peribadi, cheq sue ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan perkhemahan kali ini terutama kepada penasihat perkhemahan iaitu Kak Suria dan penolong kem komandan iaitu Zu serta ajk urusetia lain yang banyak membantu. Dengan pengalaman yang tidak seberapa, tugas kem komandan digalas penuh tanggungjawab yang akhirnya memberi pengalaman berharga kepada diri sendiri. Kepada semua pelajar dan guru pengiring yang mengikuti perkhemahan ini, cheq sue mohon maaf jika ada silap dan salah, mana tahu terkasar bahasa semasa mengendalikan semua aktiviti. InsyaAllah jika ada rezeki boleh kita berjumpa lagi. Wassalam...

Note : Terima kasih kerana menghabiskan bacaan n3 ini  ^_^

Stylish Thankyou

3 comments:

  1. salam Cheq Sue, akk sronok baca lapuran nih.. terimbau knangn zmn prskolahan, rasa kmbali muda plak..hehe

    ReplyDelete
  2. Dulu masa sekolah memang selalu ikut camping sampai la masuk ITM. Sekarang dah tua, tak larat nak join activity macam ni lagi.

    ReplyDelete
  3. teringat kenangan dolu2 ni =)

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]