Thursday, July 26, 2012

Puding Karamel Feqah


 
 
Cheq sue buat hari apa ni ya... Tengah-tengah kat sekolah tu boleh pulak terfikir nak makan puding karamel sejuk. Cheq sue bukanlah penggemar puding karamel tapi bila dah rasa nak makan tu kena lah buat. Bila search kat tenet terus je jumpa resepi ni yang sangat mudah dan sukatannya pun dalam cawan-cawan aje. Tapi satu adunan tu pun dapat macam banyak aje, cheq sue bagi adik 3 potong selebihnya makan dengan kawan-kawan.
 
Menurut sumber resepi ni, beliau mendapatkan resepi ni dari bloh Kak Zai (Teratak Impian) tapi bila cheq sue cari xde pulak linknya. Apapun terima kasih pada penyumbang2 resepi ni.Mula2 tu bila tengok macam konfius jugak sebab untuk gula hangusnya tu digunakan 1 cawan gula + 1 cawan air panas. Cheq sue dok fikir tentu manis puding ni. So dengan kepandaian mengoter (he he he) cheq sue cuma letak dalam 3 sudu makan gula dan dibuat karamel. Dan....bila dah masak tu memang la pudingnya agak ketawaran gittew. ^U^ Tapi xpelah, at least dah dapat makan...
 


 
PUDING KARAMEL FEQAH
Sumber : Zai Dubai

Bahan-bahan :
Untuk gula hangus:-
1 cawan gula pasir
1 cawan air panas


Untuk Puding:-
4 biji telur
1 tin susu cair
2 sudu besar esen vanila
2 sudu besar tepung jagung/tepung kastad


Cara Membuatnya :
1. Masak gula hangus hingga cair. Tuangkan air panas.Kacau hingga sebati.
2. Kisar telur hingga kembang dan masukkan susu cair. Kisar lagi hingga sebati.
3. Masukkan esen dan tepung jagung dan kisar sebentar.
4. Tuangkan 1/2 adunan gula hangus dalam loyang 8 inci.Tuangkan adunan puding.
5. Kukus 20 minit hingga masak.

Note :

Jom join GA cheq sue yang masih berlangsung. Jangan segan-segan... ^_^

Stylish Thankyou

5 comments:

  1. kalau dulu2 kat pasar ramadhan jual 2inggit sepotong. potong kecik pulak tu. buat sendiri mmg puas makan kan.

    ReplyDelete
  2. Puding karamel mmg menu wajib bulan puasa...nnt nak try resepi yg ni plak sebab nmpk cantik sgt kejadiannya

    ReplyDelete
  3. suka sgt puding caramel ni. cantik! xde lubang2 pun. ;D

    ReplyDelete
  4. senang resepi ni. tapi mungkin sebab guna susu cair sepenuhnya jadi tawar kot. kalau guna sukatan asal, mungkin bolehh dapat banyak kuahnya. kite suke pusing yg banyak kuah ni. puas hati kalau dapat makan.

    ReplyDelete
  5. mulus puding karemel Cheq Sua tu, liuk lentok je, wak gerremm! puding karemel memang sdp. lembut je.. lps2 teraweh tu, ngadap esbok, suap sesudu dua, wee..nyamannye...

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]