Pengalaman Shoping Raya Dengan Anak
Selamat petang korang semua. Dah siap masak ke belum? Mesti dah setel dah semuanya tunggu nak hidang dan ngap aje kan? Cheq sue and the gang dah siap dah...dok rilek2 kejap tunggu masa. Nak share sikit pengalaman bershopping raya dengan anak angkat pada 28 Julai baru2 ni. Anak angkat? Hish... member sekolah sebenarnya, memang selalu pun cheq sue bawa ke mana-mana. Tu dah jatuh anak angkat dah tu. ^^
Sebelum ni memang tak pernah pun cheq sue bawak budak pi beli barang2 raya. Kalau barang sendiri tu memang adat la kan. Dari Ch cheq sue bertolak dalam pukul 9.15 gitu, sampai di Ipoh (Greentown Mall) dalam pukul 10 lebih, masih tak ramai orang, parking pun masih banyak. Terus aje masuk ke kedai yang memang khas untuk jualan baju2 raya lelaki dan perempuan. Abahnya memberikan RM 250 untuk segela keperluan tu. Fuhhhh...cheq sue dulu jangankan nak bagi jumlah gitu, nak bawa ke bandar pun jangan harap, tahu2 baju raya cuma baju kurung yang ditempah aje.
Budak Hawa yang cheq sue bawa tu berkehendakkan baju kaler pink @ ungu untuk baju rayanya. Dari satu kedai ke satu kedai punya lah payah nak dapatkan apa yang dihajati. Kebanyakan bajunya mahal dek perincian yang ada macam manik dan batu sulam. Dalam dok mencari tu ke sana sini sampai 4 jam barulah jumpa baju yang dihajati. Penat xsoh cakap la, dengan puasanya, panasnya, cuba bayangkan kalau ada 3 4 orang anak yang perlu dibeli keperluannya? Cheq sue termenung jugak seketika, barangkali begitulah yang dirasai kebanyakan ibu bapa di luar sana semasa menyediakan keperluan raya anak-anak. Dah jumpa baju, terus pula cari tudung. Budak2 sekarang ni dah tahu melawa, nak pula selendang nak dipakaikan lilit2 ala-ala Najwa Latif tu la kot. Bila dah dapat baju dan tudung, tinggal kasut pulak yang kebanyakan kedai dimasuki semuanya tidak berkenan. Ada jugak rasa nak sekeh kepala budak tu, geram jugak cheq sue pun. Padahal diri sendiri pun kemain payah jugak nak beli ape-ape... *_*
Itulah sedikit pengalaman cheq sue masa bershopping itu hari. Memang jadi ingatan sungguh. Jom nak berbuka. Wassalam...
sy membacanya pun terasa penat..! huhuhu....
ReplyDeleteteringat thun lepas pegi cari baju raya...utk boy 2 orng tu senang je jumpanya..sbb kat jusco senang nak cri..yg si kakak..masyallah....payah kemain mencari nak saiz mcm dia...itu baru 3...sehari bejalan pun x cukup...letih mmg x terkata...
thun nie pun x siap lagi persiapannya....x tau la mcm mana nie....penat memikirkan....huhuhu...
Che Sue, belum lagi ikut anak dara shopping tu..sakit jantung kita dibuatnya.Berjalan berjam-jam....bayar beratus-ratus...eee..bankrup dibuatnya.
ReplyDeleteSalam cheqsue..sama la ngan anak pompuan k.atie.Klu beli baju raya tggu dia bercuti...nk pilih sendiri.
ReplyDeleteKlu ibunya membeli..xminat,kdg2 langsung xmo dia pakai.Kena bwk soping sorang2...sbb ct sekolahnya xsama..
Slmt berpuasa Cheq Sue.kalau shopping budak lelaki senang sikit...kdg2 tak habis memilih dah ajak balik...hi..hi tak kisah sgt jenis2 baju asalkan jgn ada warna pink tp budak perempuan mmg lain sikit....suka menelek baju...Syakirah yg kecik tu kalau bawa kedai baju suka betul dia...
ReplyDeletehahaha biasa lah tu cheq sue bila shopping dgn budak2..susah sebab depa ni ada taste masing2 yg sukarnya nak ditepati..selalu kalau anak mieza depa redha je apa mieza beli sebab mieza dah psiko dah depa dari umah lg..hahahah...tak per cheq sue..cari pengalaman shopping dgn budak2 hehehe
ReplyDeletesebab tu jugak kengkadang belikan sesiaap baju bebudak ni. bfor puasa lagi. bukan la sebab beriyaa2 nk beraya, cume supaya tak capek di bulan puasaa nak menyopping. heheh.. apapun slamat berpuasa buat che sue n happy belated ye. smoga dimurahkan rezeki dan dimakbulkan segala yg dihajati :-)
ReplyDeletehahaha...4 jam duk dlm greentown tu ye..kakakak...situ kalau dekat2 raya esok bersesak2 dgn orang..hehehhe...
ReplyDelete