Sebelum perkhemahan hari tu, sempat jugak cheq sue jalan2 ke
Jepun, ke blog Ros Jintan Manis yang masih tak dapat cheq sue nak follow.
Terpandang dek mataku cara-cara nak membuat telur masin. Walaupun tak la
penggemar telur masin tapi dek kerana nak cuba, cheq sue beli la 10 biji
'telur kampung' yang berkulit putih tapi tak pasti pulak telur tu telur ayam
kampung ke ayam bandar. Nak beli telur itik macam mahal bebenor aje, kita baru
nak cuba kan, kalau berjaya boleh buat dengan telur itik pulak.
Walaupun cheq sue ni merantau ke CH aje, kira ok la nak guna
tajuk telur masin perantau tu ya. Walaupun boleh beli telur masin yang
dibungkus dengan tanah liat tu, tapi telur masin yang dibuat sendiri pastinya
memberi lebih kepuasan kerana mencuba. Lagipun sekarang ni sebiji telur masin
agak2 berapa harga ya... dulu beli 1 biji RM 0.80, kalau yang dah masak sebelah
aje dah singgit.
Untuk percubaan pertama ni cheq sue cuma masukkan ke dalam
bekas plastik, cari2 xde pulak bekas kaca. Harap2 menjadi la nanti, dok ingat2
diorang jual telur masin kat Pasir Puteh tu guna plastik jugak. Mengikut kata
Ros, telur masin ni boleh direbus mulai hari ke 14 hingga hari 20. Nantilah 15
hb ni akan cheq sue update la camana hasilnya, ada kejadian atau tidak. Kalau
menjadi boleh buat berbuka puasa Ramadhan nanti. Suspen jugak ni. Sama-samalah
kita nantikan... Wassalam.
Day 1 : 1 Julai 2012
TELUR MASIN PERANTAU ( TELUR AYAM)
Sumber resepi : rosmarlina @jintanmanis.com
Sumber resepi : rosmarlina @jintanmanis.com
Bahan-bahannya
10 biji telur ayam ( kulitnya putih) klu nak guna kulit yang warna coklat pun boleh
3 senduk garam biasa
Air secukupnya
Bekas
Balang kaca
10 biji telur ayam ( kulitnya putih) klu nak guna kulit yang warna coklat pun boleh
3 senduk garam biasa
Air secukupnya
Bekas
Balang kaca
Cara-Caranya
1. Telur di
basuh bersih dan masa basuh telur disarankan baca lah selawat ke bismillah ke,
lepas tu toskan, biarkan kering, nak lap dengan permukaan telur dengan kain
bersih pun boleh. Kalau ade kerajinan lagi, lepas basuh telur tu boleh jemur
kejap, hingga permukaan nye betul-betul kering.
2.
Masukkan garam ke dalam periuk yang berisi air, biarkan garam betul-betul
larut, didihkan sebentar, tutup api dan biarkan air garam betul-betul sejuk.
3. Susun telur
di dalam balang kaca, dan curahkan air garam tadi, pastikan telur tenggelam
dalam air garam, jika nampak terlu seperti terapung itu tandanya air garam tu
cukup masinya.
4. Tutup
rapat balang kaca dan simpan selama 14 hari ke 21 hari, masa dah 14 hari tu,
ambil satu dan cuba rebus, kalau dah jadi, boleh keluarkan semua telur dan
simpan di dalam peti ais, bila nak makan rebus dan potong dua, selamat mencuba.
cheq sue..acik suka masak lemk cili api telur masin yang baru seminggu tu..sedap..
ReplyDeleteDulu kita orang selalu buat telur masin sendiri. Telur itik dikutip dari reban
ReplyDeleteha'ah, bapak akk pon sentesa ade stok telo masin cenggini.. trutama utk bln ramadhan..hehe. memang best coz dleh ejas kemasinannyer..hehe
ReplyDeletewah! gigihnya cheqsue buat ni...kite duk perantauan pun belum cukup rajin nak buat sendiri telur masin.
ReplyDeletewaktu di UK pernah buat telor masin ni...tp kat msia, biasanya beli jah.
ReplyDeletepsttt...waktu makan nasi berlauk di kg nanti...ingat2 le akak disini :)
wahhhh kagumnya kak che su..hehe
ReplyDeletebestnya wt telur masin sendiri..ingat time kecik2 kutip telur itik ..pastu wt telur masin..wahhhh sedapny:)
ReplyDeletewah...mnarik sgt2...buat telur masin sdri...cmne rasanye yer...telur ayam tu dimasinkan...mcm nk cuab jugak la...nmpk mcm sng...hihi
ReplyDeleteAs'kum wah telur masin perantau.. sha tak pernah cuba.. tapi dulu masa kecik Arwah ayah selalu buat guna telur itik.. masa tu ada itik.. sekarang ayam pun tak ada hehee.. telur ayam ada..wahh nanti boleh cuba tq..:)
ReplyDeletesue..betul tu rega mahal betul telor masin skang ni..telor itik pun sama je rega nya....ke murah skit...
ReplyDeletesaya pernah buat telor masin sendiri...kepuasan waktu makan tu memang lebih bermakna dari makan dari hat yg beli..heheheh
Salam Cheq Sue...
ReplyDeleteamboi2x rajin nyer buat telur asin...
kalau dpt telur itek lagi best!!
Pernah buat telur masin sendiri,guna telur itik.Sedap sbb tak rasa terlalu masin.Kalau yang dijual dikedai tu terlalu masin...kurang suka.
ReplyDeleteskrg nih kwn2 kat Nihon masing2 dah mula buat telur masin perantau...bila laaa FnF nak sampai seru nih ye... best plak buat telur masin sendiri kan...
ReplyDeleteleh try ni, buat skrg so puasa nnt dah boleh makn..:)
ReplyDelete