Tuesday, April 29, 2014

Blooming Onion

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Bila ya saya buat blooming onion ni, macam tak ingat dah. Rasa-rasa tak lama lepas tengok Kak Lina buat, terus saya pun cuba. Kebetulan nak buat ayam goreng, dah ada lebih-lebih tepung tu saya buatlah sebiji. Teringin jugak nak tahu apa rasanya. Masa tu agak ramai jugak blogger yang tayang blooming onion ni.


Saya gunakan bawang warna purple tu, sebenarnya nak guna bawang Bombay tapi tak ada pulak kat rumah. Rupa-rupanya bawang yang saya guna tu jenis yang nipis-nipis kelopaknya, jadi bila dimasukkan dengan tepung, tak jelas sangat kerana lapisannya yang nipis antara satu sama lain.


Untuk menggoreng bawang ni, saya gunakan periuk kecil dan minyak penuh sampai tenggelam bawangnya. Kalau kata guna kuali memang tak dapat minyak penuh nanti kelopak bawang tu tak terbentuk pulak. Apapun tengoklah kesesuian masing-masing.

Kalau sapa yang belum buat memang payah nak cerita bagaimana rasanya. Rasa manis bawang tu dengan tepung rangup dan pedas sos pada saya memang sedap. Kiranya boleh telan la.. Cuma kalau banyak agak muak jugak, maklumlah, dah namanya pun bawang kan...


Yang ini versi ayam. Dok kempunan nak makan kepci tak dapat-dapat, goreng je sendiri terus makan tak henti... Kalau sapa yang nak cuba saya copy semula resepinya di bawah... Yang saya buat ni guna tepung segera, hanya tambah serbuk cili dan lada hitam..

RESEPI BLOOMING ONION 
By : LiNa Pg
Sumber Cuci Mata : Alongroz

Bahan-Bahan: (Version LiNa Pg)
1 labu bawang besar
2 sb tepung jagung
2 sb tepung gandum
Sedikit garam
Sedikit ajishio
Sedikit lada hitam (freshly crash)
Sebijik telur (dikocok)
Minyak untuk menggoreng

Cara-Cara:
Satukan tepung gandum, tepung jagung, garam,ajishio, lada hitam.Gaul sebati.Ketepikan
Bawang besar dikupas kulit, cuci bersih dan dipotong membentuk 16 kelopak.
Pisah-pisahkan kelopak bawang, taburkan campuran tepung meliputi semua kelopak bawang.
Celupkan ke dalam telur yg telah dikocok.
Gaulkan ke dalam tepung sekali lagi..Double coating...
Kemudian goreng secara deep fry.Pastikan minyak telah dipanaskan terlebih dahulu.Goreng bahagian kelopak menghadap ke bawah dahulu hingga garing kemudian terbalikkan untuk menggoreng sebelah lagi.
Apabila kedua2 bahagian telah garing.Angkat dan toskan minyak.
Sedia dihidang bersama sos cili dan mayonis.

Nota LiNa Pg
Boleh juga gunakan tepung KFC atau tepung yg sedia terjual di pasaraya

8 comments:

  1. Ramai juga bloggers dah mencubanya cheq sue.. akak nak cuba jugak ;)

    ReplyDelete
  2. aritu tun tgk dlm tibi, org wat blooming onion ni bawang dia lg besar dr tapak tangan! mmg puas hati makan.. tun x cukup kerajinan nk buat..nk mkn gi kedai order onion ring je.. hihi

    ReplyDelete
  3. Blooming onion yg tengah meletup..ianya lebih kepada ngetest skil gitew..
    tp anak2 kak lina makan lak bawang ni..depa kata sedap macam keropok..okey..mama suka hati sebab abes kikiii

    ReplyDelete
  4. waaaaaaaaaaaaaaaahhhh cantiknyer, nk try jugak lah mcm best... dana mmg peminat onion ring... kirenyer kalu bwg2 nih mmg suke lah mkn

    ReplyDelete
  5. ni satu lagi benda yg dok terliur tapi tak terjadi2 lagi. rasa nak order dgn cheq sue je. huhu!!!!aritu tgk alongroz buat, cantik gak…...

    ReplyDelete
  6. nampak cantik dan menarik tu cheq sue..

    ReplyDelete
  7. Dekorasi nampak cantik mcm sedap nk d makan, dh baca rsipi tapi mcm x mampu nk buat x pandai msk

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]