Wednesday, April 9, 2014

Beijing 2014 / Day 4 / Pt 4 : Pearl Punya Cerita

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Dalam banyak-banyak tempat, kat sini lah kami kena goreng kaw-kaw punya. Kalau kata goreng buah berangan tu kompom hangit letung kata orang Kelantan.

Okeh... sebelum ke Beijing saya memang dah baca-baca dulu pengalaman orang lain ke sana. Dalam tempat yang dah pergi sebelum ni ada yang sama dan ada yang tidak sama dengan apa yang diceritakan. Saya layan aje, tapi bab-bab nak beli ni saya berkira sedikit. Setakat pearl tu tak adanya saya tergoda.

[Sumber

Masa masuk ke tempat pearl ni, group kami terus dibawa ke dalam satu bilik. Kemudian masuk seorang pekerja, cakap-cakap dan katanya dia akan bawa masuk seorang sifu yang lebih pakar. Oklah...tunggu-tunggu pekerja tadi masuk balik dan katanya sifu sedang sibuk kerana ramai pelanggan. Tetapi kami bernasib baik kerana anak boss ada kelapangan dan dapat bersama kami untuk memberi penerangan.

Orangnya cantik. Tinggi lampai. Apa ke namanya dah tak ingat. Dia bagi tahulah sikit pasal mutiara ni. Awal-awal lagi dah bagitahu kalau taknak beli tak apa, taknak dengar penerangan pun tak apa asalkan tak keluar dari bilik berkenaan sebab nanti malulah dia, kira-kira macam menjatuhkan maruah la. Anak bos la katakan... Dia pulak tak tahu banyak pasal pearl ni kerana baru balik ke China. Sebelum ni belajar di London. London la sangat, speaking pun semput saya nak dengar.

Katanya lagi mutiara ni salah satu perniagaan keluarga, small one. Yang major business dalam bidang pembinaan. Kami dengar ajelah...kesian dia dok hangguk-hangguk kat depan.

Katanya untuk mengetahui samada mutiara ni palsu atau betul, boleh goreskan kedua-dua, jika keluar serbuk tu maksudnya yang asli lah. Tapi bukan nak kata, saya rasa macam tak percaya je dengan tips ni. Dah habis dalam bilik ni, kami dibawa keluar masuk ke dalam bilik yang lain pula. Siap pesan lagi, jangan tengok-tengok tempat pameran kat luar tu. Dalam bilik kedua ni ada banyak la benda-benda mutiara dengan nilai harga yang membuatkan saya terjojol biji mata.

Kemudian, masuk 3 orang pekerja. Di sinilah drama bermula. Oleh kerana kami ni dilayan oleh anak boss, maka kami dapat special price. Daripada harga Y2200 (gelang) kami dapat harga Y300. Pekerja tu siap buat muka terkejut, konon-konon tak percaya, siap tanya kami ni kawan anak boss ke...  Ada kawan saya tu dah nak beli, tapi bila dengar cerita yang sebelum ni pun dah ada drama 'anak bos' terus tak jadi. Dan-dan pulak kena marah, katanya dah cuba-cuba 10 minit tapi tak beli. Kitorang buat-buat bodo je sambil gelak jahat...

Ada kawan saya yang lain pulak beli gelang tu (Y300) dengan rantai 3 pcs (Y100) dan dapat percuma 4 cincin untuk each famili. Pastu diberi pulak percuma brooch sebab beli gelang. Rasa nak tergelak tak? Daripada harga tinggi, siap boleh turun menjunam pastu bagi pulak gifts yang lain? Pandai betul diorang ni bodek kan? Oleh sebab kawan saya yang pertama tadi tak jadi beli, terus tunjuk muka hampeh dan hudoih... Kami pun apa lagi, terus bawa diri keluar dari tempat tu.

Nak dijadikan cerita, jumpa satu lagi group lain yang sama ke tempat pearl (tak tahulah tempat sama atau tempat lain). Dalam penerangan tu siap bagitahu dia anak boss jugak. Yang ini lelaki. Sebagai tanda terima kasih kerana memberi perhatian semasa penerangan, diberinya hadiah satu cincin setiap seorang. Aduhhh... rugi group kami tak dapat cincin! Padahal katanya lagi cincin yang terjatuh dipegang siap bercerai dah mutiaranya. Kalau perhati betul-betul dicantumkan pakai hot glue aje.

Jumpa group yang lain pulak, katanya cerita anak boss jugak, perempuan bersanggul. Alamak, berapa banyak anak boss daaaaaaaaaaaaaa..........

Jadi kesimpulannya, takyahlah nak percaya sangat. Diorang ni memang sebolehnya akan bodek sampai kita terpedaya. Kalau yang mana ada duit lebih tu tak kisahlah. Macam saya yang budget-budget ni tak boleh wehhh. Nak buat macam mana...pergilah ke mana-mana pun orang Malaysia memang suka berbelanja...

** Tak ambil gambar. Mood ke laut!

No comments:

Post a Comment

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]