Saturday, April 12, 2014

C@AC 28 : Cinnamon Pull Apart Bread



Ø  I’m smelt s’thing delicious

Aloyah menerima sms dari Ahmad Fareez ketika sedang membakar roti. Dia baru selesai mencuba cinnamon pull apart bread yang semakin popular di kalangan blogger. Sangat wangi baunya dengan haruman kulit kayu manis dan gula perang yang dijadikan inti. Nak membuatnya pun tak susah. Cempukkan semua ke dalam breadmaker, settingkan kepada dough dan tekan start. Tunggu aje satu jam tiga puluh minit, selesailah proses menguli, tinggal kena penaikkan saja. Bila dah naik dua kali ganda, canaikan bentuk segiempat, letakkan inti, potong 6 bahagian kemudian lapiskan. Nak potong berapa pun boleh, bergantung kepada berapa besar adunan yang dicanai. Adunan yang telah dilapiskan tadi dipotong pulak kepada bahagian yang sama besar baru di susun dalam loyang. CPAB ni lebih kurang sama jugak dengan monkey bread yang pernah dia buat dulu. Teknik aje sedikit berbeza.
Ø  Took about 10 min to bake. Would u like to have some?

o   4 sure. Hungry...

Aloyah tersenyum. Bukan selalu Fareez meminta begitu. Opsss...sekarang dah tak boleh panggil Encik Paris lagi, tak sesuai untuk orang yang sedang berkasih sayang. Lagi afdal boleh panggil Abang atau Abang Fareez. Itu permintaan, tapi bukan arahan. Jadi Aloyah memutuskan untuk memanggil nama penuhnya Ahmad Fareez yang bermaksud firasat yang mulia. Abang atau Abang Fareez tu, tunggulah bila dah bertukar status nanti.

Ø  Abah ada di Brinchang, otw hantar ikan ke Ipoh, nk jmpa dia kjp
o   Mama?
Ø  Dia x dtg, abh je
o   Oklh, jgn lupa krm slm

Indahnya nikmat yang Tuhan beri. Aloyah sedang berbahagia sekarang. Ahmad Fareez tidaklah seperti yang dia sangka. Sedikit demi sedikit personaliti lelaki itu mula difahami. Selain dari kecerewetannya terhadap makanan, lelaki itu seorang yang prihatin. Sentiasa mengambil berat tentang dirinya. Yang paling penting dia juga mengutamakan keluarga. Aloyah juga gembira dengan layanan Ahmad Fareez terhadapnya. Walaupun jarang berjumpa berdua tetapi kehadiran Ahmad Fareez dalam hidupnya melengkapkan separuh kekurangannya yang ada. Separuh lagi? Tunggulah dah berkahwin nanti, lelaki itu lah yang akan melengkapkan kehidupannya.
Kahwin?
Tipu la Aloyah kata kalau perkataan keramat itu tidak pernah terlintas di benaknya. Tetapi dia sebagai wanita tidak boleh melangkau adat. Mana mungkin dia yang memulakan perkatan itu kepada Ahmad Fareez. Dia malu, tunggulah jika ada saatnya, sampai masanya dengan izin Allah, dia akan menjadi milik lelaki itu selamanya. Sekarang biarlah mereka saling mengenali dulu. Kata emak, sekarang dah sesuai sangatlah untuk dia mendirikan rumah tangga. Mereka menanti calon yang akan ditunjukkannya.
Fiza keluar ke ruang tamu setelah selesai solat Isyak. Nak tengok CSI, rancangan kegemaran. Aloyah turut mencari pot di sofa panjang. Semenjak balik dari kampung bersama Mail, asyik tersenyum aja dia. Keluarga sudah merestui, semuanya suka dengan sikap ramah Mail walaupun ada kala tak faham dengan apa yang dikatakan. Lagipun, abahnya dah lama nak menjejakkan kaki ke negeri serambi Mekah. Umi pula dah berangan nak bershopping di Rantau Panjang. InsyaAllah selepas Mail membawa Fiza balik ke Kelantan nanti, rombongan merisik akan dibuat di Kuala Selangor.

Ø  Ape cite korang b’2 dgn jiran sblh?

Sms dari Bada. Amboi, jauh sampai ke KL berita itu bertiup. Angin mana yang bawak sampai ke sana. Aloyah menunjukkan sms itu kepada Fiza. Mereke tergelak.

Ø  Cite ape plk ni smpi ke KL blh tahu

o   Bkn main lg ye... 2 org sekali tangkap

Ø  He he he, kita pki umpan besar sbb tu kena byk

o   Lps ni rumh kena bahagi lh, sorg sna sorg sni, bjiran plk kau dgn Fiza

Ø  Mesti asyik gaduh

o   Hiiiiii, tk pun selalu dia pi mkn kt rumah kau

Ø  Aku cas la nnti, sepinggan 5 hengget. Lm2 blh buka rest la. Kau mcm mn skrg?

o   Aku ok cm pnt sikit, dh 3 bln, nasib baik xde alahan

Ø  insyaAllah xde apa la tu, kau kn jg diri leklok tau. Jgn buat kerja berat

o   J syg jgk kau kt aku ya?

Ø  Mestilh..kau ingat suami je syg eh?

o   Nnti apa2 jgn lupa bgtahu...

Apa-apa tu apa? Bada oh Bada. Bukan sahaja Bada yang berharap, dia dan Fiza pun sentiasa mendoakan yang baik-baik saja.
‘Dengar cerita sekolah kau nanti jadi tuan rumah pertandingan memasak, betul ke?’
Maklumat yang diperoleh dari Kak Zetty di pejabat tadi cuba disahkan dengan Fiza.
‘Ha ah, peringkat negeri. Bulan depan kot rasanya. Tu sekarang cikgu-cikgu semua sibuk buat persiapan.’
‘Dah ada peserta ke?’
‘Wakil budak darjah enam, ada 4 orang. Tak tahulah macam mana jadinya nanti. Sekarang tiap-tiap petang kena berlatih.’
‘Anak Kak Zetty la salah sorangnya tu, Seronok kan...aku dulu tak ada bertanding bagai, setakat belajar KH aje, dah besar baru belajar sendiri.’
Teringat dia dengan cikgu Khnya dulu Puan Natrah, selalu aje membebel mahukan kesempurnaan. Sekarang dah pencen agaknya dia.
‘Aku KH ambil perdagangan, langsung tak pernah pegang senduk kuali, asyik pegang paku dengan tukul aje.’
‘Nanti boleh la kau buat almari sendiri.’
‘Mmmm tak adanya, aku buat dekat kedai je nanti.’

Aloyah membawa diri ke bilik ketika menerima sms Ahmad Fareez. Dia segan mahu bersms di depan Fiza. Nanti macam-macam perempuan itu buat, senyum, sengih, menjelir, macam-macam lagi.

Ø  Abah kirim salam

o   Dia dh balik ke

Ø  Blm lg, dia turun Ipoh la hntr ikan

o   Owhh

Ø  Dia bg ikan kt awk

o   Ikan apa

Ø  Talapia dgn patin

o   Byk x

Ø  Ada 3 ekor. Mama kirim tempoyak dgn smbl hitam. Mama tu kalau dgn sy x pernah kirim apa2

Nak kirim macam mana nya, bukannya dia masak pun, makan apatah lagi Ahmad Fareez ni tetiba pulak nak menjeleskan diri.

Ø  Aduh byknya. Sy nk buat apa la...

o   Ambil la, buat mcm hari tu

Ø  Bkr sos tomyam?

o   X... yg mcm bbq dgn keluarga awk tu

Ø  Mmmm apa ya? Oooo, ikan bkr woku tu ekk

Ø  Hah, yg itu lh, sy ada tgk kt blog awk. Nnti buatkan eh

o   Ok. Awk tgk blog sy?

Ø  Mestilah..sy nk tahu jgk apa yg awk buat

o   Malu la cmni

Ø  Apa pulak malunya? Bkn sy buat apa pun, tgk & bc je

o   Tq support

Ø  Seronok tgk mcm2 awk msk

o   Dh suka, minat kn la buat

Ø  Bertuah la sy dpt awak, nk mkn apa sebut sj

o   Sy mcm orang lain je, ada lbh kurang jgk

Ø  Tak apa, yg ptg awk sempurnakan sy

o   TQ

Ø  Nnti ada masa sy nk ikut awk balik ya

o   Blk mn?

Ø  Kg la, Raub

o   Buat apa...

Ø  Sy nk jgk kenal keluarga awk, mcm Mail tu

o   Seganlah..

Agaknya kalau dia bawa balik Ahmad Fareez nanti, bagaimana dia mahu kenalkan dengan emak dan ayah?
Ayah, inilah pilihan hati kakak. Atau ... Emak, inilah calon menantu emak. Suka tak? Atau ... Emak, inilah seseorang yang kakak cakapkan dulu tu.

Alamak, tak dapat Aloyah bayangkan.

Ø  Apa nk segan...sya nk mintak izin emak ayah awk

o   Izin?

Ø  Sy nk jdkn awk permaisuri hati saya...

No comments:

Post a Comment

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]