Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera
Selalunya jika ingin melancong ke satu-satu tempat ke luar negara, saya memang akan membuat sedikit pencarian terlebih dahulu. Sekurang-kurangnya dapatlah memberi maklumat awal tentang tempat yang akan dijejaki itu. Untuk trip ke Beijing ni saya banyak membaca di blog Kak Lina (linapg) dan blog Cikgu Fiq.
1. PAKEJ & VISA
- bila kita dah decide nak ke satu tempat, of course la kita kena survey pakej kan? Kalau yang pergi sendiri tu nak kena survey lain pulak. Itu saya tak ada pengalaman. Selalu kalau saya melancong ni, hanya guna pakej je, senang. Nak juga pergi sendiri tapi tak berapa ada kekuatan lagi. Mungkin...next time.
- untuk kali ni saya mengikut pakej yang diuruskan oleh anak saudara Mok Ja yang membuat kerjasama dengan Beijing Tourism Society (BTS) dengan nilainya RM 1399 (tidak termasuk tipping, etc)
- tarikh percutian sebenar adalah 23-29 Mac tetapi terpaksa diawalkan sehari kepada 28 Mac. Oleh sebab pakej ni dikurangkan sehari, maka segala tipping dan tiket berkaitan telah dicover
- bagi ke negara komunis, VISA adalah wajib. Untuk trip ni ianya diuruskan oleh pengelola pakej dan saya hanya menyerahkan pasport kepadanya.
2. PERMOHONAN KE LUAR NEGARA
- bagi penjawat awam, untuk ke luar negara perlulah mengisi borang dan membuat permohonan ke JPN masing-masing. Borang permohonan ini hendaklah sampai dalam masa 30 hari
- oleh sebab saya terlambat menghantar borang, maka saya terpaksa membuat surat tunjuk sebab bagi membolehkan permohonan tersebut diluluskan
- apabila borang permohonan telah diluluskan, borang yang dihantar akan dikembalikan bersama slip insurans
3. SUHU / CUACA
- untuk mengetahui suhu saya merujuk kepada laman web accuweather
- suhu ni saya print la supaya senang nak tengok...
4. PAKAIAN & KEPERLUAN PERIBADI
- bergantung kepada musim apa di sana, pakaian yang disediakan haruslah bersesuaian
- oleh kerana cuaca agak sejuk di Beijing, maka saya membawa pakaian yang agak tebal juga (maklumlah, spesies tak tahan sejuk. Lagi kan di CH pun asyik berbungkus aje...
- antaranya
- antaranya
a) baju / baju sejuk (baju saya tak bawa banyak kerana saya basuh dan guna semula)
b) stokin
c) mafela / topi / sarung tangan
d) pakaian lain yang bersesuaian
- baju Tshirt / seluar / pakaian dalam / baju hujan / kain sembahyang / tuala / kain sarung / dll
e) kasut
- pakai je kasut sukan yang tahan licin
f) losyen pelembap / VASELIN (bibir)
g) tisu basah
h) botol air
5. MAKANAN
- kalau agak-agak akan kelaparan, bawa la makanan lebih sikit
- perut saya ni memang nak kena isi sokmo, jadi saya bawa dari sini
- tuna dalam tin / MILO 3 in 1 / maggi cup / biskut paket / serunding / roti / chipsmore (semua habis kecuali tuna dalam tin)
6. JADUAL SEMBAHYANG, JADUAL SEMBAHYANG DAN KOMPAS
- jadual sembahyang memang ada dengan guide, tak pun boleh catat bila ke masjid
- selain kain sembahyang, jangan lupa bawa KOMPAS
- kain sembahyang saya bawak yang ringan sahaja sebab memang kena bawa sentiasa bersama-sama, senang nak sembahyang
- tapi di kebanyakan masjid yang saya singgah memang ada disediakan kain sembahyang dan ianya sangat bersih
- dalam bilik hotel ada dinyatakan arah kiblat...
- selain kain sembahyang, jangan lupa bawa KOMPAS
- kain sembahyang saya bawak yang ringan sahaja sebab memang kena bawa sentiasa bersama-sama, senang nak sembahyang
- tapi di kebanyakan masjid yang saya singgah memang ada disediakan kain sembahyang dan ianya sangat bersih
- dalam bilik hotel ada dinyatakan arah kiblat...
Kompas.
7. UBAT-UBATAN
- ini memang saya bawa jika ke mana-mana
- minyak kayu putih / pil chi kit teck aun / plaster BB /
- bawa juga pelembap bibir (VASELIN) dan pelembap kulit
- bawa juga pelembap bibir (VASELIN) dan pelembap kulit
- jangan lupa topeng muka (udara di sana sangat tercemar, berjerebu)
8. ROAMING TELEFON
- untuk roaming ni boleh la berurusan awal-awal dengan servis center telekomunikasi masing-masing
- saya beli sim kad Maxis yang baru, yang ada roaming tapi bila sampai di sana tak reti nak guna -_-
- Alhamdulillah di lobby hotel dapat internet, jadi bolehlah whatssap pada keluarga
- saya beli sim kad Maxis yang baru, yang ada roaming tapi bila sampai di sana tak reti nak guna -_-
- Alhamdulillah di lobby hotel dapat internet, jadi bolehlah whatssap pada keluarga
9. TUKAR DUIT
- jangan lupa tukar duit siap-siap, takut nanti kat sana payah pulak urusannya
- duit RM pun bawa jugak secukup rasa, laku je di sana
- kawan saya tukar dengan guide, boleh tahan jugaklah ratenya
- duit RM pun bawa jugak secukup rasa, laku je di sana
- kawan saya tukar dengan guide, boleh tahan jugaklah ratenya
10. LAIN-LAIN KEPERLUAN
- untuk cas telefon guna charger biasa, ada plug boleh masuk tapi tak cas dengan baik
- last sekali saya guna USB tv (flat screen) untuk cas
Itulah sedikit sebanyak tips dan panduan yang boleh dikongsi, berdasarkan pengalaman sendiri. Lain orang mungkin lain pula pengalamannya. Terima kasih kerana sudi membaca semua entry2 pasal percutian ke Beijing. Adiossss...
Ins
ReplyDeletefo yang berguna sgt sis :)
share tip yg sgt berguna kak... mekasih yek
ReplyDeletemakanan tu mmg lps yek bwk sana pun... yelah mmg bgs utk kecemasan... akak ada alat nk kompress baju2 tuh ke?
Wahhhh... seronoknya cheq sue gi beijing ye.. lama x berblog, ketinggalan cerita dah.. huhu...
ReplyDeletemana buah tangannya cheq sue? haha
ReplyDeleteYeayyy jmbaru nk start explore blog ni. Wahhh baguslah entri ni penuh informai dan memudahkan mereka yg ingin buat persiaoan bercuti :-)
ReplyDeleteinfo bagus. Thanks.
ReplyDeletethanks sharing tips.nak tambah sket, serunding xlepas bawak ke australia. Australia negara paling ketat dan sebarang produk tenusu dan daging dilarang bawa masuk ke negara mereka. Bagus..bagus, dh jumpa blog baru nak diexplore^^
ReplyDeleteNak tanya hotel kt beijing d mana dan nama hotel agak2 yang sesuai untuk booking.. saya nak pergi sendiri.tq
ReplyDelete