Saturday, April 12, 2014

Beijing 2014 / Day 5 / Pt 1 : Panda Zoo

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Rupa-rupanya dalam trip ni Panda Zoo tidak termasuk dalam itenarari. Jadi kami terpaksa membuat bayaran tambahan untuk masuk iaitu sebanyak Y100. Mr Fu mencadangkan kami ke Kung Fu Show dengan bayaran Y150 tetapi kami berkeras nak ke Panda Zoo. Kong fu sokmo dah tengok dalam tv... panda ni belum lagi. Apa salahnya kan... Bukan apa, kalau ke kung fu show tu tambah lagi komisen untuk guide dan dia siap boleh dapat point lagi. Huhh...

Dari hotel makan masa dalam 1 jam 30 minit. Agak jauh jugak kerana hotel tu di pinggir bandar. Pastu dengan jem, orang nak keluar kerja semuanya mengambil masa. Pada hari kelima ni, serius cakap. Badan dah penat. hidung dah berair, demam selsema dah datang, makan pun dah tak lalu. Pagi ni saya hanya bancuh sup cendawan sahaja. Tak lalu dah nak telan segala mak nenek kat hotel tu.

Ok... cerita pasal panda. Kalau belah-belah tengah hari ke petang biasanya panda tak aktif. Korang tahu kan yang kojer utama panda ni makan dan tidur sahaja. Jadi jangan la berangan-angan nak tengok panda buat senaman atau menari-nari ya. Tak hado nye. Masa kami datang tu pun tengah dok sedap makan buluh dan rebung, langsung ditunjuknya vontot dekat kita.

Selain panda, ada juga binatang liar yang lain. Memang jenuh nak jalan. Kemain luas zoo ni. Tapi tak ada pulak tram macam dekat Zoo Negara. Berjalan dalam ni lenguh satu badan. Tambah pulak dengan cuaca yang agak sejuk pagi tu memang tak daya dah. Teringat selimut toto...

Nampak dalam peta pun dah luas...

Indoor panda...

Ingatkan keluar dari mana...

Sekali pi lepas hajat daaaa... cet

Panda ni pemalu, asal nak gambo je nyorok-nyorok

Tengah sedap gigit rebung... macam makan kopok bunyinya


Tugu harimau... gigih betul depa ni pahat dengan bentuk yang hampir sama...

Bersambung...

1 comment:

  1. nape cam comot je panda kat situ cheq sue? btw bila hari2 terkahir tu mmg le rasa dah xtahan cuaca sejuk kan. huhu!!!!syukurle kita dpt iklim khatulistiwa kan.

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]