Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera
Selain tudung halfmoon, saya juga penggemar shawl. Tetapi kebanyakan shawl yang ada di pasaran agak kecil saiznya dan tidak menutup aurat dengan sempurna. Ada juga yang agak lebar terutamanya shawl cotton. Tapi kerana saya ni agak kreatif, maka terfikir idea untuk menghasilkan shawl dengan menggunakan lebihan kain untuk membuat halfmoon. He he he...
Saya bagi contoh :
Beli kain 2m x 5 (1 meter RM3.90)
Dapat halfmoom : 5 helai
Kain lebih buat shawl : 2 helai
Jimat kan? Semuanya dapat 7 helai tudung dengan kos yang sangat murah.
Ini antara shwal yang saya dapat dengan menggunakan lebihan kain membuat halfmoon.
Pandangan kasarnya lebih kurang begini.
Bagi setiap 2 meter kain untuk tudung halfmoon, akan ada lebihan (rujuk gambar bahagian A).
Jika hanya satu bahagian (contoh lebihan kain merah) tidak cukup untuk membuat shawl (kerana lebarnya kecil) jadi ia perlu dicantumkan dengan lebihan kain warna kuning.
Ukuran shwal yang dihasilkan ini lebih kurang 170 cm x 60 cm (boleh juga dibuat mengikut saiz yang dikehendaki)
Daripada lebihan kain merah dan kuning tadi, ada beberapa pattern yang kita boleh hasilkan. Boleh rujuk gambar di atas. Ada lebih kurang 5 pattern yang bersesuaian. Utuk mencantumkan kain, boleh dijahit tepi halus ataupun dijahit tepi biasa. Kalau cantum dengan jahit tepi halus tu kena jelulur dulu supaya senang. Jika tidak dicantumkan, ada juga lebihan yang agak lebar tetapi tidak cukup panjang (pattern pink - biru muda - biru tua)
Yang menariknya, untuk menyediakan kain ini, saya hanya mengoyakkan sahaja (tidak menggunting). Gunting sedikit di bahagian hujung dan koyak. Ukuran kainnya tidak akan lari kerana sudah mengikut ira kain. Gunting hanya digunakan untuk mengemaskan jika ada benang yang terkeluar.
Tips : selain warna-warna asas, jangan takut untuk menggabungkan warna trend seperti pink dan biru muda. Yang penting kita selesai pakai. Colour block pun tak ada masalah. Kain kosong gabung dengan kain berbunga / bercorak pun tak ada hal.
Ini adalah pattern yang telah saya hasilkan. Warnanya lebih kurang seperti yang diletakkan. Semuanya dibuat dengan teknik mengoyak kain dan dicantum dengan jahit tepi biasa kemudian dijahit tepi halus di bahagian kelilingnya. Hasil yang sebenar adalah di dalam gambar yang pertama.
Ini pula yang saya maksudkan dengan warna trend iaitu warna biru muda dengan pink. Sangat cantik bila dipakai. Untuk dua pattern di atas, 3 warna kain digunakan. Kain lebih adalah warna pink, biru tua dan biru muda. Warna pink dan biru tua dicantumkan dengan warna biru muda.
Jadi bagaimana? Adakah tutorial ini dapat membantu? Saya harap kawan-kawan semua dapat menghasilkan shawl sendiri dengan tutorial ini. Semoga bermanfaat.
salam
ReplyDeletekalaulah kita ni pandai menjahit...
kreatifnye..
ReplyDeleterajinnyerrrr!! kreatif la cheq sue, tun bab2 menjahit ni fail sket, selalu bercita2 nk belajar menjahit, tp tiap2 kali pon belajar separuh jalan je.
ReplyDeletecheq sue ni memang kreatif..cantik hasilnya..terbaekk!!
ReplyDeleteorg takde mesin mcm dana nih mmg tak blh bt apa,.. lgpun mmg takde kemahiran menjht kak
ReplyDeleteAssalam Cheq Sue,
ReplyDeletelama rasanya akak tak bertandang disini..akak pun sekarang tengah belajar2 nak pakai shawl..dulu pakai tudung 4 segi dilipat tiga..nak ubah sikit pakai shawl harap2 dapatlah nampak muda sikit kot..hehehe..maklum ler akak ni dah masuk asar..hehe
kreatif cheq sue jahit shawl sendiri!!
wah! hebat! nasib baik xsuka pakai shawl, kalo tak dh try buat ni
ReplyDelete