Aloyah membuat kerja-kerja hariannya
seperti biasa. Mana yang urgent, mana yang segera dia dahulukan.
Alhamdulillah setakat ini hubungannya
dengan Ahmad Fareez masih jadi dalam sisipan rahsia. Kak Lin selalu datang
bertanya. Kak Zetty pula selalu ber’ehem-ehem dengannya. Kak Tipah pulak masuk
dengan senyum simpul hingga ke telinga. Hanya Sanju sahaja yang entah berada di
negara mana. Apa pasai, apa pasai... begitulah selalu katanya. Aloyah bukan
apa, dia tak mahu kecoh-kecoh. Ahmad Fareez pun ada berpesan kepadanya, jangan
jaja cerita. Kalau dah sah, dah halal menjadi miliknya nanti baru tak apa.
‘Assalamualaikum...’
‘Waalaikumussalam. Ada apa yah?’
‘Kami dalam perjalanan balik dari Kedah
ni. Nanti abah singgah di rumah ya.’
Ke Kedah? Buat apa pulak emak dan ayah ni
ke sana. Seingat Aloyah bukannya mereka ada saudara mara di sebelah utara.
‘Eh, singgah la apa pulak tak boleh.’
‘Kakak tak perlu masak apa-apa lah ya,
jangan susah-susah.’
‘Ye la ayah.’
Kelakar betul ayah ni. Mana boleh tak
masak apa-apa bila emak dan ayah nak datang. Takkan nak jamu teh O dengan
biskut kering aje. Malu la dia sebagai anak.
Ø Mama dgn abah
otw ke sini.
o Hah? Emak
dgn ayah pn
Ø Kbtln, mcm jnji
plk
o Ke ada
apa diorg ni x bgthu kita
Ø X kot, mama dh
lama nk dtg, nk melancong ke sini
o Blh jmp
la nnti
Ø Mmmm
Sms dari Ahmad Fareez agak mengejutkan.
Aloyah tertanya-tanya mengapa terjadi kebetulan begini. Mesti ada apa-apa.
Dengan persoalan di hati, dia menyambung kerja. Ehem-ehem Kak Zetty tidak
dikisahkannya.
‘Mak nak datang?’
Fiza juga terkejut bila diberitahu
Aloyah.
‘Katanya dalam perjalanan balik dari
Kedah, nak singgah ke sini. Mama dengan abah Fareez pun ada datang jugak ni.’
‘Ha, elok la kalau macam tu. Boleh datang
tengok bakal menantu.’
Bakal menantu, macam best ye ayat tu.
Suka, suka, suka!
‘Dah lama aku tak nampak kau beli baju,
apasal?’
‘Nak beli macam mana, orang sebelah tu
asyik menyindir aje. Dia kata apa tau, jange bazey pitih, sipe nak nikah.’
Ewahh, dah pandai cakap Kelantan dah
minah Jawa ni. Lepas ni pandai makan budu pulak la.
‘Betul la kata dia tu. Nanti lepas kahwin
biar dia belikan pulak. Kau order dia bayar.’
‘Kalau jadinya begitu, kalau aku order
aku jugak yang bayar...macam mana. Ataupun dia dah langsung tak bagi aku
order?’
‘Kalau macam tu, kau kena la ikut kata
dia.’
‘Baru jadi isteri solehah kan.’
‘Bakal ok, belum isteri lagi. Jangan nak
perasan!’
Aloyah membalingkan bantal kecil ke mula
Fiza lalu bergerak ke dapur. Dia mahu membuat puding kasih bertaut. Dah buat
setengah jalan tadi, ni dia nak siapkan sepenuhnya. Puding ni ada bahagian A
dan B. Tadi tu dia dah siapkan bahagian A, yang dah dimasukkan ke dalam acuan
kecil-kecil pelbagai bentuk. Dah beku dah pun. Bahagian B nya pula lebih
merupakan agar-agar gula melaka yang akan dituang ke loyang yang mengandungi
bahagian A tadi. Kiranya puding dalam agar-agar la ni.
‘Mail beriya suruh aku belajar buat kuih
akok. Kau ada resepi tak?’
‘Kan aku selalu buat masa bulan puasa,
kau cuba la buat guna resepi tu.’
‘Nanti kita buat sesama eh, suka jugak
dapat buah hati yang suka makan ni. Kena la aku pandai di dapur macam kau.’
‘Benda boleh belajar, tak pandai tak apa
asalkan rajin.’
Emak dan ayah. Aloyah dan Syafiza. Ahmad
Fareez. Puan Kamsiah dan Encik Fauzi. Mereka berenam ada di rumah Aloyah.
Masing-masing sedang dijamu dengan teh panas dan puding kasih bertaut tadi.
Benar telahan Aloyah, ada sesuatu bila masing-masing ada di sini. Sudah
bermacam ayat di tanya pada Ahmad Fareez, tak tahu, jawapannya.
‘Sebenarnya kami ada sesuatu nak bagitahu
along dan Aloyah.’
Aloyah, Fiza dan Ahmad Fareez memandang
Encik Fauzi. Kan dah kata,mesti ada apa-apa.
‘Macam mana kalau along dengan Aloyah
terus je berkahwin, tak perlu bertunang?’
Hah? Tak perlu tunang? Kan baru je lepas
merisik... Ahmad Fareez memandang Aloyah dan abahnya.
‘Apa maksud mama?’
‘Ini permintaan makcik sebenarnya Fareez.
Bukan apa, kalau boleh kamu cepat-cepat berkahwin, tak la makcik risau.’
Aloyah memandang emaknya. Fiza pun sama.
Kenapa nak risau?
‘Pakcik pun setuju. Kamu ni duduk
berdekatan, kerja pun di tempat yang sama. Kalau dah kahwin tu lain sedikit
pandangan orang. Bukan ayah tak percayakan kau orang berdua, tapi perkara yang
baik tu tak elok dilengah-lengahkan.’
Ayah, kakak tak pernah pun buat perkara
terlarang...jumpa pun jarang-jarang je.
Macam nak cakap je pada ayahnya begitu
tetapi hanya tersimpan di dalam hati. Kata-kata ayah itu ada betulnya. Firasat
orang tua, bercakap dari pengalaman. Apa katanya, ayah dah lebih makan garam
dari kamu. *_*
Ahmad Fareez kelihatan resah duduknya.
Nak kata apa ni? Bukannya dia tak mahu kahwin tapi dalam keadaan terdesak
sekarang fikirannya buntu. Lagipun selepas merisik dulu, belum pun sebulan...
Nampaknya kalau dia bersetuju, adiknya Ahmad Faqihi tidak perlu melangkah
bendul. Dia yang akan kahwin dulu!
‘Macam mana?’
Tanya Encik Fauzi kemudian.
‘Kau setuju ajelah...’
Bisik Fiza di telinga.
Nak setuju macam mana. Keputusan bukan di
tangan dia. Kalaupun dia mahu tetapi di pihak Fareez ada halangan, tak ke malu.
‘Macam ni la semuanya. Along bincang dulu
dengan Aloyah. Apa-apa keputusan nanti kami akan maklumkan. Boleh?’
Haa...itu lah yang sebaiknya. Betul jugak
kata Fareez tu. Apa-apa keputusan pun bukannya melibatkan dia seorang. Dia
lelaki, walaupun berhak berkata itu ini tetapi pihak perempuan tentunya ada
yang ingin dibincangkan.
Emak dan ayah, serta mama dan abah Ahmad
Fareez bersepakat untuk bermalam di hotel. Oleh kerana bukan hujung minggu,
banyak hotel yang masih kosong dengan sewa yang berpatutan. Nak bagi ruang
anak-anak berbincang katanya. Lagipun ini masa untuk berjimba-jimba di Cameron
bersama kawan lama a.k.a bakal besannya.
‘Kenapa kau tak cakap setuju je tadi?’
Fiza berkata ketika dia dan Aloyah
tinggal berdua.
‘Gila kau. Ingat perkara kahwin ni macam
makan biskut je. Masuk mulut, kunyah, telah. Kalau senang macam tu tak apa
jugak. Banyak perkara aku kena fikir tau.’
‘Kau nak mendirikan masjid Loyah.
insyaAllah Tuhan akan permudahkan.’
‘Aku harap pun begitu lah, nanti aku
bincang dengan Fareez macam mana.’
‘Kalau agak-agak tak dapat jawapan, kau
buat la sembahyang Istikharah, tuhan akan beri kau jawapan.’
‘Terima kasih Fiza, beri aku sokongan.’
‘Apa gunanya kawan kalau tak dapat
membantu.’
Dia meninggalkan Aloyah untuk berfikir
dan berbincang dengan Fareez. Kalapu perkara itu terjadi pada dia pun, takkan
nak setuju saja. Banyak yang perlu dirancang, banyak yang perlu di sediakan.
Memanglah matlamat perhubungan itu ke pintu mahligai, tetapi biarlah dengan
asas dan benteng yang kukuh.
Elok sahaja Fiza berlalu, ada sms yang
masuk. Dari Ahmad Fareez tentunya.
Ø Fuhhh, b’peluh
jg td
o Sy tahu,
blh nmpk
Ø Apa kt awk
o Entahlh...
pening sy pk
Ø Kalau kita
setuju, sempat ke buat persiapan
o Sy x tahu
fareez, sy btl x tahu
Ø Mcm ni lh, kita
ikut sj rancangan mrk, persediaan tu kita buat sm2. X byk pn kan...
o Byk x byk
pun nk kn pk jgk
Ø Sy nk majlis
simple je, xnk sanding2, cukup hiasan kt bilik
o Sy lg la
x mahu sanding
Ø So blh kt kita
setuju la ni.
o Minta
tempoh 2 bulan utk persiapan
Ø 2 bln?
o Awk dh
kursus blm? Sy dh buat
Ø Ha ah la...sy
pun blm kursus lagi
o Kalau mcm
tu nnti la sy bcg dgn abah. Nnti awk bg la thu emak dan ayah
Ø Ok
Betul ke ni? Betul ke apa yang sedang
difikirkan ni?
Kalau melihat kalendar, dari tarikh ini,
dalam masa dua bulan lagi dia akan bertukar status. Betapa pun perasaan di
dalam sedang bercelaru, dia harus mengakui kesungguhan Ahmad Fareez untuk merealisasi
impian mereka. Ya, serahkan semuanya pada Allah, insyaAllah Dia akan membantu.
Aloyah yakin kenyataan itu. Tapi, dalam yakin-yakin tu, dia harus juga bertanya
kepada Abang Syukri dan Kak Muna. Mana tahu mereka ada idea yang boleh
membantu...
Salam cheq sue, lama kak ros dah berblog..rindu,,,
ReplyDeletesalam singgah..
ReplyDelete