Tuesday, April 8, 2014

Beijing 2014 / Day 4 / Pt 3 : Halal Supermarket

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Satu-satunya supermarket yang menjual makanan halal (ada tanda halal). Di sini jugalah saya terjumpa dua orang Cina Muslim yang memakai tudung secara properly. Kalau tengok dalam tv yang perempuannya pakai kopiah ataupun tudung yang nampak telinga. Di luar supermarket ni ada jugak orang meminta sedekah. Ada yang pakai kopiah, tak tahu la Muslim ke apa. 

Barang-barang kat dalam ni harganya dalam average gitulah. Saya masuk sekadar beli bahan makanan. Sambil tu boleh la tengok bagaimana cara depa ni berbelanja. Jom tengok gambar yang sempat saya snap. Jangan tak tahu, durian pun ada jual tawww... tapi dalam dok snap tu tak pulak termasuk buah durian...



Cili hijau yang bukan main besar, kalau buat solok mau tak habis makan sebiji..


Bermacam jenis cendawan

Rumpai laut pun ada, fresh lagi tu.. Benda ni selalu masak kat hotel tempat menginap, tapi tak pernah rasa..


Ready to eat. Hanya pilih aje apa yang disukai. Heeee

Buah peach yang gemok-gemok... Sedap ni kalau buat filling kek

Apple candy..

Kuih apa pun tak tahu, nampak macam tepung gomak. Yang pasti ramai dok beratur nak beli.

Bersambung...

1 comment:

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]