Monday, April 7, 2014

Beijing 2014 / Day 4 / Pt 2 : Masjid Niujie

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Kalau nak cerita tentang amalan Islam di Beijing ni, agak sukar di fahami juga sebenarnya. Lagipula saya ini pun bukanlah orang yang tepat dan amatlah jahil. Daripada apa yang diterangkan Mr Fu, waktu sembahyang adalah dari pukul 12 - 4. Saya agak tidak faham. Adakah ini melibatkan semua waktu sembahyang? Atau hanya waktu Zohor dan Asar? Atau bagaimana? 

Ceritanya terjadi bila kami nak sembahyang Zohor. Masuk waktu dalam 12.20 tetapi disuruh sembahyang dalam pukul 12 (kerana nak ke tempat lain lagi...). Bila dok cerita-cerita tentang solat diluar waktu, Mr Fu kata memang amalan solat di Beijing begitu. Saya memang tak boleh nak cakap apa dah la. Tunggu-tunggu masih sempat sembahyang di dalam waktu. 

Selain dari amalan sembahyang ni, saya cukup keliru juga sebenarnya tentang pemakanan. Walaupun restoran Muslim, tetapi masih menjual arak, dan memang ada yang minum. Pernah juga saya bersembang dengan pengunjung Cina dari Malaysia, katanya walaupun Muslim tetapi masih ada yang makan B**I. Errkk.. wallahua'lam.




 




MASJID NIUJIE

Di Beijing, ada agak ramai juga komuniti Islam. Di Niujie umpamanya, kawasan yang terkenal dengan komuniti Islam dan lengkap dengan segala prasarana. Ada sekolah, masjid, hospital dan juga universiti. Alhamdulillah saya berpeluang menunaikan sembahyang di Masjid Niujie yang senibinanya dijadikan contoh untuk membuat Masjid Beijing di Rantau Panjang.

Masjid Niujie (Bahasa Cina: 牛街清真寺; pinyin: niújiē qīngzhēnsì) ialah masjid tertua di Beijing, China. Ia pertama kali dibina pada 996 dan dibina semula dan juga dibesarkan di bawah Maharaja Qing Kangxi (1622-1722).
Masjid ini terletak di Niujie, Daerah Xuanwu Beijing, pusat rohaniah untuk 10,000 umat Islam yang menetap di kawasan itu dan ia merupakan yang terbesar dan tertua di Beijing. Niujie merupakan kawasan terbesar diduduki oleh umat Islam di Beijing.
Masjid Niujie meliputi suatu kawasan lebih kurang 6000 meter persegi. Masjid ini merupakan campuran budaya Islam dan Cina. Dari luar, gaya seni binanya menunjukkan pengaruh Cina sementara bahagian dalamnya mempunyai kebanyakannya hiasan Islam. Masjid ini yang dibina dari kayu balak ialah rumah kepada beberapa relik dan batu bersurat kebudayaan penting seperti batu bersurat berdiri yang tertulis suatu titah seorang maharaja pada 1694 di zamanDinasti Qing. [Wikipedia]

1 comment:

  1. best best.. nanti nak pi beijing boleh refer sini.. tqs for sharing.

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]