Sunday, April 6, 2014

Beijing 2014 / Day 4 / Pt 1 : Tian An Men Square - Forbidden City

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Tian An Men Square merupakan salah satu lagi mercu tanda yang wajib dikunjungi jika melawat ke China. Ini semua berkaitan dengan sejarah dulu-dulu yang saya tak berapa faham. Cuma yang saya ingat untuk masuk ke Tian An Men Square ni ada 2 @ 3  pintu masuk dan dihujungnya ada Forbidden City / Kota Larangan.

Oleh sebab kawasan ni melibatkan pemerintahan negara, nak masuk ke dalamnya perlu melalui pemeriksaan yang ketat. Pada setiap gate memang kena periksa. Di pintu masuk luar, siap scan satu badan. Pengunjung tak payah cerita. Memang ramai gilosssssss. Dengan bayaran Y60, kiralah berapa pendapatan sehari jika pengunjung mencecah bilangan juta. Phewwww..

Pada masa kami ke sini, cuaca sangat le sejuk dan orang pulak macam semut yang tengah merayap untuk mencari makan. Sungguh tak selesa, tambahan pula dengan udara yang agak sesak nak masuk dalam hidung. Masa ni saya dah rasa tak sihat, ayaq hidung dan menjejer keluar.

Nak cite banyak-banyak pun karang salah sejarah pulak. Tengoklah maklumat ni yang saya copy dari Mr Wiki. Selebihnya biar gambar bercerita...


Dataran Tiananmen (Cina Ringkas: 天安门广场; Cina Tradisional: 天安門廣場; pinyin: Tiān'ānmén Guǎngchǎng) ialah plaza besar berdekatan pusat bandaraya Beijing, China, yang dinamakan sempena Tiananmen (Pintu Damai Syurga) yang terletak di arah utara dan memisahkan dataran ini dari Kota Larangan. Dataran ini penting sekali selaku lambang kebudayaan kerana pernah menjadi tapak peristiwa-peristiwa terpenting dalam sejarah Cina (Lihat Peristiwa di bawah). Di luar negara China, dataran ini amat terkenal kerana insiden Bantahan Dataran Tiananmen 1989.

Dataran ini meliputi 40.5 hektar (100.ekar)[1], menjadikannya dataran bandar terbuka yang terbesar di dunia. [Wikipedia]

Kota Larangan merupakan istana rasmi bagi maharaja China yang mula digunakan semasa Dinasti Ming sehingga akhir Dinasti Qing. Ia terletak ditengah-tengah kota Beijing, China, yang kini menempatkan Muzium Istana. Istana ini telah digunakan sebagai kediaman bagi maharaja dan keluarganya, selain menjadi pusat istiadat dan politik kerajaan China selama hampir 500 ratus tahun.
Dibina pada 1406 hingga 1420, kompleks ini mengandungi 980 buah bangunan yang terselamat dan 8,707 buah bilik[1] dan merangkumi kawasan seluas 720,000 meter persegi (7,800,000 kaki persegi). Kompleks istana ini menjadi contoh senibina agam China tradisional,[2]pengaruh budaya serta pembangunan senibina di Asia Timur dan tempat-tempat lain. Kota Larangan telah diistiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia pada 1987,[2] dan disenaraikan oleh UNESCO sebagai himpunan terbesar struktur kayu terpelihara di dunia.
Sejak 1924, Kota Larangan telah diletakkan di bawah pentadbiran Muzium Istana, yang telah mengumpul banyak artifak dan kerja seni yang telah dikumpulkan semasa Dinasti Ming dan Qing. Sebahagian daripada bekas koleksi muzium kini ditempatkan di Muzium Istana Kebangsaan di Taipei, Taiwan. Kedua-dua muzium berasal daripada institusi yang sama, tetapi telah berpecah semasa Perang Saudara China
[Wikipedia]


Nampak cuaca yang berkabus...


Bermacam bentuk penunjuk arah bagi kumpulan pelancong. Kalau agak2 terpisah dari kumpulan, cari sahaja penunjuk ni...


Bongkah tapak asal... dengan kedalaman 1.5m, kalau tak silap

Punya la ramai manusia di sini. Saya dok tepi2 je...xmo serabut dengan orang yang bermacam ragam

1 comment:

  1. oh kena pemeriksaan ketat ke? ingat kami p zaman2 dlu xdak plak kena check. tahun 2007 kami g…..btw mmg rimas klau dah terlampau sesak dgn manusia kan

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]