Saturday, April 5, 2014

Beijing 2014 / Day 3 / Pt 3 : Bird Nest Stadium

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Yang ni semua orang dah tahu. Bird nest stadium ataupun dipanggil stadium sarang burung merupakan salah satu mercu tanda dan stadium yang dibangunkan khusus untuk Sukan Olimpik 2008. Ianya satu binaan yang sangat unik dan menarik. Kami di sini di luar-luar sahaja. Kalau nak masuk ke dalam kena la bayar. Di kawasan luar ini juga ada terdapat gerai-gerai menjual cenderamata. Yang tak menahannya penjaja. Siap pegang dan himpit-himpit suruh beli barang dia. Bukan apa pun, macam keychain 2008. Kita nak buat apa. Bab-bab cakap kasar, rude dan tak boleh blah ni takyah la saya nak cakap lebih-lebih kan... Kita semua dah tahu.

Masa kat sini juga Mr Fu dah bagi tips. Kalau kata kita taknak beli, boleh cakap Bu Sie Sie yang lebih kurang bermaksud TAK MENGAPA TERIMA KASIH. Kalau kita kata TQ ataupun sie sie itu bermaksud kita nak beli (penghargaan kerana sudi jual pada kita). Boleh pulak macam tu...

Selepas berlebih kurang di stadium, kami buat minor shopping di dataran subway. Ada satu kedai kecil di situ yang boleh berbahasa Melayu. Souvenir, alas meja, tshirt semuanya ada dengan harga yang berpatutan.

Tapi suka nak kongsi lah, bila dah ramai-ramai orang ni, saya pun pening.

Pandang dari jauh...



Antara hotel yang ada, dan yang termahal dibina sempena Olimpik. Satu cawan kopi di sini harganya RM100. Perasan tak, bentuk hotel tu adalah berdasarkan obor Sukan Olimpik.

1 comment:

  1. Ye cheq shue.. bentul hotel yg unik.. mak Oooo mahalnya harga kopi tu ..

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]