Tuesday, April 1, 2014

Beijing 2014 / Day 2 / Pt 1 : Summer Palace

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Setelah 4 jam berehat, kami memulakan hari kedua di Beijing pada jam 9 pagi. Sebetulnya mind set masih lari settingnya dengan suhu dan persekitaran yang agak berbeza. Bila dah cerah cuaca ni baru la boleh nampak betapa jerebu dan pencemaran udara sangat teruk di sini. Udaranya berbau hangit seperti ada asap dari benda terbakar.

Pada waktu pagi, suhu memang agak sejuk sedikit. Masa ni buleh la pakai baju tebal, macam saya yang tak tahan sejuk ni. Kami bersarapan di restoran bersebelahan hotel. Mmmm tahu-tahu sahajalah makanan di Beijing. Seperti apa yang saya baca sebelum ini, kebanyakan masakannya tawar dan jika masin memang masin sungguh aihh.. Memula ni ok je lagi. Semua masuk je dalam mulut. Tengok la nanti dah dua tiga hari macam mana. Pastu kalau nak harap teh O ke, teh tarik ke, Milo ke... nan hado okeh. Masa ni la rasa berharga sangat sachet Milo segera yang di bawa. Yang disajikan di sini biasanya teh Cina dan air panas. Kalau ada kopi yang cair dan tasteless tu mujur sesangat. Hatta air soya pun tak ada rasa apa.

Untuk n3 yang seterusnya, saya akan tulis berdasarkan pengalaman saya sahaja. Mungkin berbeza dengan pengalaman kawan-kawan yang pernah datang ke Beijing. Ianya sekadar perkongsian dan memberi maklumat awal untuk sesiapa yang bakal datang ke sini. Harap maklum ^_^

SUMMER PALACE


[Open boat... rasa nak naik tapi tak cukup masa + duit]

[Yang nampak tak nampak tu adalah Buddhist Tower]

Menurut Mr Fu, sekarang adalah pertengahan musim bunga (middle spring) dan ianya merupakan waktu yang sangat sesuai untuk membuat aktiviti luar seperti seightseeing dan sebagainya. Suhu nyaman serta matahari pun ngam-ngam. Untuk trip ni segala bayaran masuk (dan tipping) semuanya diuruskan.

Guide kami Mr Fu ni sangat bagus dari segi penerangan tentang sesuatu tempat yang kami kunjungi. Memang la tak dapat nak ingat 100%. Dari segi sejarah dan fungsi tempat-tempat ni korang boleh je rujuk internet. Yang saya ingat Summer Palace ni macam taman untuk keluarga di raja lah. Pastu ada Buddist Tower, yang mana laluan tasiknya boleh sampai ke Panda Zoo (boleh naik bot masa musim panas). Kalau mana yang ada duit lebih tu boleh la naik bot naga, pusing-pusing tasik. Saya ingat Mr Fu bagitahu ada 3 benda penting kat sini. Tapi saya dah lupa..

Bagi saya yang pastinya tempat ni sangat sesuai untuk bergambar. Apa guna angkut DSLR dalam 3 kilo kan... dah itu pun tujuan utama. Di kawasan luar Summer Palace ni ada banyak penjual / pemjaja. Kalau nak beli apa-apa pastikan guna duit kecil kerana bimbang peniaga ni memberikan duit baki wang Russia yang nilainya lebih kecil. Saya tak pasti la pulak macam mana kan duit Russia tu.
[Budak jual buah berangan. Sepeket Y10, sporting gila... bila nak ambil gambar dia siap buat peace lagi]

Cuma nak ingatkan jugak, di sini memang ramai orang. Pelancong jangan kira lah, datang dari semua pelusuk dunia termasuklah bari bahagian-bahagian negara China juga.

Bersambung....

6 comments:

  1. Bila jejalan Beijing ni cheq sue..
    Ni baru intro N3 ke...
    Nanti sambung cerita lagi ye..
    Pastu buat cerpen kisah cinta di Beijing.. ehe :)
    Best tu kan ;)

    ReplyDelete
  2. Sejuk tempat ni..maisarah sampai menggigil2...ngan kabus tebal lak tu..
    View cantik kan cheqsue..

    ReplyDelete
  3. best nya cheqsu dpt jalan ke Beijing teringin lah akak entah bila lah dpt ada peluang gini..

    ReplyDelete
  4. salam cheq sue..

    wah seronoknya..teruja tengok pemandangan di sana..cantik..nak pegi x tau la bila boleh sampai sana..huhu.

    ReplyDelete
  5. cheqsue ni kato nok g korea, alih2 sampai beijing. heheh!!!!beh2 kami dulu g masa winter sejuk beku atas great wall.

    ReplyDelete
  6. Best kan cheqsu dpt tengok negara org. Bolehlah buat perbandingan dgn negara kita. Baru kita tau, betapa indahnya..bahagiannya tinggal di Malaysia.

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]