Wednesday, April 30, 2014

Laksa Johor

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Ini kes terliur tengok Tun Telani buat. Haish bahaya betul berblog ni kan, tengok orang buat kita pun rasa nak buat jugak. Bukan apa, kebetulan bahan-bahan memang ada kat rumah. Walaupun tak la sempurna sangat, tapi oklah untuk makan sendiri dan melepaskan kempunan... Kalau ikutkan saya tak berapa suka laksa Johor, tapi buat jugaklah kerana terliur.


Saya gunakan sepenuhnya ikan kembung rebus. Kalau tengok kuah tu memang pekat abes sebab ikan memang banyak. Saya malas nak ulang makan, ini saya buat makan sekali je. Nak kata sedap macam laksa Johor ori tu tidaklah, tapi rasanya tu ada. In case kalau nak ngelakkan mulut berair lepas laaaa.....

Cuma peliknya bila laksa Johor ni dimakan dengan spagetti. Kenapa ya? Ada tak yang tahu apa asal-usulnya? Kalau biasa guna laksa putih tu... tapi tak ngapalah, budaya tiap negeri kan berbeza, jadi layannnn. Saya dah copy resepinya kalau nak buat lain kali...



LAKSA JOHOR
Resepi: Chahaya Sheila
Sumber : Ummi @ Home Sweet Home, tun_telani

Bahan:-
500 gram ikan parang (akak guna ikan tenggiri) - tun pemalas guna Sardin Adabi
200 gram udang (buang kulit dan bersihkan, kulitnya nnt dikisar)
1 sudu besar udang kering (rendam air panas kejap dan toskan)
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih (bahan * dikisar bersama guna sedikit air rebusan ikan)
1/2 inci lengkuas - dihiris (akak ketuk je)
3 batang serai - dititik
50 gram rempah kari seafood Mak Siti (*akak guna rempah ikan Adabi je)
400 ml santan (guna santan kotak je mcm Sheila..hehe)
2 sudu besar kerisek
1 - 2 keping asam gelugur
Air secukupnya
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
beberapa kuntum bunga kantan
daun kesum secukupnya
1 paket spaghetti

Bahan hiasan:-
daun pudina - akak x letak
sedikit taugeh - akak x letak ni, anak2 xnak
2 - 3 tangkai kacang panjang - potong halus
5 - 6 biji limau kasturi - belah dua
bawang besar - dipotong nipis bulat
timun - dipotong bulat (tengok cara di blog Sheila) - tun sagat je
cili merah dan sedikit belacan untuk sambal belacan

Cara Memasak:-
Rebus ikan yang telah dibersihkan hingga ikan masak. Angkat dan toskan, jangan buang air ikan. Sejukkan dan asingkan isi dan tulangnya.
Kisar isi ikan dengan isi udang hingga halus menggunakan air rebusan secukupnya.
Lebihan air rebusan pula dikisar dengan tulang ikan dan kulit udang yang telah bersihkan untuk mendapatkan stoknya. Ketepikan.
Bancuh rempah kari bersama sedikit air untuk jadikan pes dan ketepikan.
Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan serai yang dititik bersama kulit kayu manis dan bunga lawang hingga naik bau.
Kemudian masukkan bahan bumbu yang telah dikisar dan kacau hingga garing sebentar.
Masukkan rempah kari dan sedikit garam dulu dan kacau masak dengan api perlahan hingga naik minyak (tujuan memasukkan sedikit garam dulu adalah untuk mendapatkan rupa rempah yang cantik kemerahan dan rempah tidak mudah hangus).
Masak rempah hingga betul-betul masak baru dimasukkan isi ikan dan udang yang dikisar tadi beserta stok air rebusan tadi.
Masukkan asam keping dan lengkuas. Biar rempah masak dan sebati seketika dengan bahan-bahan.
Kemudian masukkan santan dan kerisek. Masukkan juga bunga kantan dan daun kesum. Boleh juga ditambah air mengikut kehendak masing-masing. (*nota - kuah laksa ini lebih sedap jika ianya pekat sedikit, baru kick kata Sheila...hehe)
Masukkan garam secukup rasa dan seimbangkan rasanya. Reneh sebentar kuah dengan api perlahan agar bahan sebati dan kuah nampak berminyak kemerahan. Bolehlah tutup api dan sedia untuk dihidangkan dengan spaghetti dan bahan2 hiasan.

SPAGHETTI : Sediakan air secukupnya dan didihkan. Bila mendidih masukkan sedikit garam kasar dan beberapa titisan minyak zaitun. Masukkan spaghetti dan masak hingga spaghetti lembut lebih kurang 8 - 10 minit. Toskan dan gaul dengan sedikit minyak zaitun atau margerin agar spaghetti tidak mengeras.

HIDANGAN : Letak spaghetti dalam pinggan/mangkuk sesuai, letakkan kuahnya dan hias dengan bahan-bahan yang dihiris tadi beserta sambal belacan dan limau kasturi
 

8 comments:

  1. sudah terasa plak nak merasa.. oohh tidak !!! i am diet la sgt nih..

    ReplyDelete
  2. aduh sedapnyer.... dana minat bebeno ngn laksa johor tp tak reti bt sndiri heheheh

    ReplyDelete
  3. ecah pantang jumpa laksa..Tapi laksa johor tak penah makan lagi..serius sedap ke?sebab guna spaghetti kan?tringin nak rasa..

    ReplyDelete
  4. Boleh buat lg pah ni..member nk tumpang mkn.
    Nk buat malas..hihihi

    ReplyDelete
  5. mmm.. dapnyer..
    kena belajar cara potong timun tu yer.. :)

    ReplyDelete
  6. Laksa johor! My peveret tu x pandai buat tp pnai mkn org buat
    Hoyee dh ada resipi ni nak cubalah

    ReplyDelete
  7. Salam cheq sue.. tun pon xbape minat laksa johor. tiba2 tekak nk makan, tu yg buat jugak tu. hihi... mmg bahaya duk berblog, FB pon bahaya gak, ramai kwn2 blogger je dlm FB, mmg tiap2 masa la duk nengok gambar makanan.

    ReplyDelete
  8. Asal usul guna spagheti sbb nk ikut selera isteri Sultan yg berdarah Inggeris..asalnya mmg laksa beras yg biasa tu..tpi masih ada yg suka berlaksakan yg ori putih tu..

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]