Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera
Untuk hari ketiga ni kami keluar awal sikit, dalam pukul 7 kerana destinasi pertama adalah Great Wall / Tembok Besar. Tapi saya rangkumkan n3 lain dulu kerana n3 Great Wall ni agak banyak gambar.
JADE CENTRE
Macam yang saya dah cerita sebelum ini, Jade Center ni pun milik kerajaan. Biasalah, kalau tengok orang Cina Malaysia pun ramai yang pakai jade. Secara umumnya pemakaian jade ni adalah untuk tuah, kesihatan dan juga melambangkan kuasa. Kalau selalu kita tengok jade warna hijau, kali ni macam-macam warna jade yang ada. Dari jenis kualiti... reject, rendah dan tinggi. Saya tak beli apa-apa di sini. Yang paling murah gelang jade Y100. Nak buat macam mana, lagi kan emas pun tak suka pakai, apatah lagi jade. Walaupun begitu, ada jugak yang beli. Rantai leher, gelang dan juga perhiasa. Mr Fu tu berkali-kali tanya saya... sister, you not interested sister... Pandai la... padahal kalau saya beli dia yang dapat komisen.
Saya nak citer banyak-banyak pun tak reti. Tapi dari apa yang diterangkan, cara nak tau jade tu asli ke tak, goreskan pada permukaan kaca. Kalau permukaan kaca tu bergaris, maka jade tu asli lah. Merujuk kepada ketahanan jade seperti berlian. Tapi yang dibeli di market, pun jadi jugak macam tu. Persoalannya entah betul entah tidak.
Tapi satu yang menariknya apabila kade digunakan dalam pingat semasa sukan Olimpik Beijing 2008. Untuk pingat emas : jade putih, pingat perak : jade hijau dan pingat gangsa : jade kelabu / bronze. Ianya diletakkan di bahagian luar pingat (berbentuk bulat). Memang cantik.
CHRYSTAL CENTRE
Pada saya, tak ada beza antara jade dan kristal. Benda ni bukannya sekelip mata kita boleh belajar. Di sini kami diberi penerangan terlebih dahulu sebelum dibawa masuk ke ruang pameran. Untuk menguji ketahanan kristal, ianya tidak bercalar walaupun digoreskan dengan mata drill. Satu lagi diuji dengan menggunakan alat khas di mana jika ianya adalah kristal, satu lapisan cahaya pelangi akan terhasil.
Kat sini pun saya tak beli apa. Hanya tengok-tengok orang sahaja. Puak-puak Cina memang banyak la beli. Group kami ni hanya beli cermin mata je dalam Y300. Agak boleh tahan juga.
Rugi sungguh Mr Fu guide trip kami...

ACROBATIC SHOW
Selepas pusing-pusing dalam bilik pameran kristal, di bangunan yang sama ada ditunjukkan dengan acrobatic show. Yang ni memang menarik. Dah terbayang-bayang di Malaysia nak tengok ni. Tahu-tahu sajalah di China memang diorang pakar dalam acrobatic show.
Menurut Mr Fu, latihan seawal 2-3 tahun dan mula untuk akrobatik. No wonder la kan, pinggang pun macam plastik.
Yang tak kosernya masa tengok show ni muzik bukan main kuat lagi, rasa senak dalam telinga. Show ni pun tak lama, dalam 20 minit je kot rasanya. Tapi sangat enjoy.

BURNING CREAM
Tempat ni saya tak pasti apa ke namanya tapi melibatkan kesihatan jugaklah. Yang bagi penerangan tu umur dah 58 tapi ya ampun memang muda sangat-sangat lebih kurang dalam 30++. Rahsianya? Tentulah dengan menggunakan produk kesihatan keluaran syarikat berkenaan. Hi hi hi... Tapi maaflah, saya dah tak ingat sangat kat sini. Yang saya ingat beli koyok kongsi ramai-ramai...
Bersambung....

bestnyer kak nengok show2 gini... aduhla mcm plastik lak nengok bdn diarong tuh... msti dr kecik dh mula dilatih kan...
ReplyDelete