Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera
Sejuknya sejak dua menjak ni. Matahari langsung malu nak tunjukkan diri.
Secara purata duhu setiap hari di bawah 20 darjah. Paling sejuk 14
darjah... macam duduk di negara 4 musim pulak. Musim2 gini memang syok
dok diam dalam rumah. Budak2 pun kurang aktifnya dek kerana sejuk. Cikgu
nak marah pun tak jadi kerana cepat sangat rasa cool down...
Inilah dia kawan kepada nasi harissa yang saya dah publish dalam n3 sebelum ini. Resepi sebenarnya adalah daging palembang, tetapi kerana ada ayam je maka saya tukarlah menjadi ayam palembang. Stok daging jarang2 sangat ada di rumah sebab tak boleh nak simpan lama dan nak memasaknya pun tak padan kalau sikit2. Ayam ini pun dah hampir seminggu lebih baru habis sebelah.
Skodeng punya skodeng saya terjumpa resepi ni di blog Kak Yatie dan Kak Amie (beliau menggunakan daging) di mana beliau mengatakan resepi ini diperoleh dari FP Kak Maria Hakem. Setelah buat memang agak unik dan sedap. Lebih kurang sama dengan resepi masak hitam tetapi resepi ini menggunakan santan. Satu kelainan.Yang saya buat ni kuantiti ayam tak banyak sangat, dalam 4 ketul je jadi saya tambahkan 2 biji ubi kentang (goreng dulu) untuk memberikan rasa sayur pada masakan.
Kalau sape2 yang nak cuba rasa kelainannya tu boleh la buat resepi ni. Saya copy semula untuk rujukan akan datang.
AYAM
PALEMBANG
Sumber :
Kak Yatie
Bahan-Bahan:
700 gm daging - potong lebar dan nipis saya guna ayam yang digoreng 3/4 masak
2 batang serai - dititik
500ml santan pekat
2 sudu besar kerisek
1 cawan kicap lemak manis Cap Kipas Udang (Habhals)
minyak utk menumis
Bahan
kisar:
1 labu bawang besar
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia
3 cm lengkuas
15 biji cili kering- Yatie guna 1 cawan cili kisar
Bahan
Tumis
3 cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
Cara
Memasak
Panaskan minyak secukupnya dan tumis bahan tumis
sehingga naik bau. Masukkan bahan kisar bersama serai sehingga pecah minyak.
Masukkan daging dan gaul sebati. Tutup kuali dan masak
dengan api sederhana sehingga keluar air daging dan biarkan seketika.
Masukkan kicap dan diikuti dengan santan. Biarkan
masak hingga daging mula empuk.
Kacau sekali-sekala sehingga masak dan kuah menjadi
pekat. Masukkan kerisek dan gaul rata. Masak sehingga daging empuk.
**Kalau guna daging beku, rebuslah dulu sehingga empuk
barulah masak seperti biasa.
P/S: Menurut Kak Maria Hakem, jika tidak mahu masukkan santan, dan rajin buat kerisik, eloklah masukkan kerisik (Kak Amie)
P/S: Menurut Kak Maria Hakem, jika tidak mahu masukkan santan, dan rajin buat kerisik, eloklah masukkan kerisik (Kak Amie)
salam cheqsue….mcm sedap je resepi ayam ni. mmg ala2 ayam masak hitam kan. blh try klu rajin ni.tq
ReplyDeletesalam cheqsue.. ha'ah laa...ada iras2 resepi ayam kicap berempah. tp lg sedap sbb ada santan tu kot..
ReplyDeletewoww mabeles...
ReplyDelete