Thursday, September 19, 2013

Kerutuk Itik Serati (Gaya Kelantan)

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Inilah antara n3 yang saya nanti-nantikan untuk dikongsikan dengan kawan-kawan. Setelah melihat Kak Azie menayangkan kerutuk itik serati di blognya, terus saya terasa nak makan juga. Saya ni pelik sikit, kalau kata nak makan memang saya kena dapatkan. Jangan kata orang mengandung aje berperangai pelik mengidam begitu....

Kebetulan balik ke kampung, memang saya dah pasang niat nak cuba cari daging itik di pasar Pasir Puteh. Sembang punya sembang rupa-rupanya di kampung kawan saya di Kok Lanas, memang ada orang yang jual itik (siap proses) juga ayam kampung. Jadi pucuk dicita ulam mendatang, maka saya pun bookinglah seekor. Macam dah terbayang-bayang rasanya nak makan kerutuk itik masa tu.

Seekor yang saya beli tu harganya dalam RM30. Boleh tahan jugak ya. Tapi tak apalah, janji dapat. Bab harga ni tak kisah sangat. Semuanya saya bawa ke CH sebab tak menyempat nak memasak di kampung. Lagi pula emak dan ayah saya tak makan itik.


Inilah kerutuk itik (gaya Kelantan) yang sudah siap. Bila cakap pasal kerutuk ni mungkin resepi di sesetengah tempat berbeza dengan tempat yang lain. Penggunaan bahan-bahan dan cara memasak tentunya tidak sama. Saya secara jujurnya mengaku tidak tahu membuat kerutuk gaya ini. Jadi saya meminta bantuan kawan karib saya Mok Ja a.k.a Norliza untuk memasaknya. Beliau memasak menggunakan bahan dan cara seperti yang dibuat oleh emaknya yang merupakan seorang tukang gulai di Kampung Bukit Tegayong, Kok Lanas. Sebab itulah saya dapat mengambil gambar step by step ni. Selain menengok, saya hanya tolong-tolong kacau aje. Diharapkan apa yang saya kongsikan memberi manfaat kepada saya dan semua yang membaca.


Ini antara bahan-bahan yang digunakan. Rempah kerutuk tu agaknya kalau tak ada bolehlah digantikan dengan rempah kari. Cuma rasanya mungkin agak berbeza la sikit. Kerisik tu sampai keluar minyak dikerjakan kawan sekolah saya Kak Norjanah. Hiiiiii kuat betul stamina dia. *_*


Ini pula antara langkah2 penyediaan awal. Saya gunakan kuali untuk memudahkan kerja mengacau. Masa ni boleh nampaklah kerja mengacaunya memang tak berhenti sebab tak mahu rempah tu hangit. Api agak2 la ya, kalau boleh biarlah sederhana sahaja. Masa ni juga ditambahkan gula dan garam secukupnya. Bab ni saya memang fail. Selalu je termasin atau tawar...

Cuba tengok gambar ke 4. Itu adalah daging itik yang telah direbus lebih kurang 15 minit dalam periuk tekanan. Memang empuk sungguh. Tak terasa menggigitnya. Masa memasak pun tak lama sebab itik pun dah lembut. Saya paling suka bahagian kulitnya. Rasa sedap sangat. Nak terangkan pun susah kecuali siapa yang pernah memakannya. Terbaik!


Bila rempah dah bercampur dengan daging itik bolehlah dimasukkan santan. Saya hanya gunakan sebiji kelapa sahaja. Jadi kerutuk ni tak la lemak sangat, terpulanglah pada citarasa. Kalau tengok gambar tu bukanlah rempah tu hangit, tetapi memang warnanya begitu. Bila rempah dah sebati dengan santan, tengok warnanya pun dah berubah.

Gambar yang di bawah ni pula apabila kuah dah mula mendidih. Daripada warna yang agak kemerahan, ianya bertukar ke warna yang lebih gelap. Masa ni bolehlah kita biarkan ia merenih dan kacau sesekali. Kalau rasa masa ni macam ada yang kurang bolehlah ditambahkan apa yang perlu.

Bila dah masak, kerutuk ni sudah tentu sangat sedap dimakan bersama nasi putih dan ulam timun. Jika ada boleh disertakan dengan 'sambal jantan' atau sambal belacan. Tak perlu kawan yang lain dah...tak gitu Kak Azie?



Jadi, alhamdulillah dah lepas rasa nak makan kerutuk itik. Terima kasih tak terhingga buat Mok Ja yang sudi memenuhipermintaan selera saya. Sayang dia ketat-ketat... T_T... Di bawah ni saya kongsikan resepi yang telah saya salin daripada beliau kalau2 ada yang nak mencuba. Saya pun lepas ni kalau nak buat kerutuk nak refer resepi ini jugaklah....

Rasa macam panjang lebar je penerangan n3 ni... He he he he....

KERUTUK ITIK SERATI
Resepi : Norliza Hussin

Bahan-bahan :
1/2 ekor itik - potong sederhana kecil
1 batang serai
1 genggam kelapa - sangai dan jadikan kerisik
Santan pekat 1 biji kelapa
4 sb rempah kerutuk (Kelantan)
1 sb serbuk cili
* rempah kerutuk + serbuk cili, bancuh dengan sedikit air
1/2 cawan minyak
Garam, gula secukupnya

Bahan kisar halus (blend) :
3 hiris lengkuas
2 cm halia
5 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih

Bahan tumis :
3 biji buah pelaga
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 cm halia - mayang halus
5 biji bawang merah - mayang
2 biji bawang putih - mayang

Cara-cara membuatnya :
Rebus itik hingga agak empuk (saya rebus dalam periuk tekanan)
Panaskan minyak
Masukkan bahan tumis, masak hingga kekuningan
Kemudian masukkan bancuhan rempah kerutuk dan serbuk cili serta bahan kisar halus. Tumis hingga wangi dan masukkan serai. Perasakan dengan garam dan gula.
Kacau sentiasa hingga ke dasar periuk / kuali supaya rempah tidak hangit. Gunakan api sederhana
Masukkan itik yang telah direbus, kacau hingga rata dan masukkan santan. Tambahkan juga kerisik.
Perlahankan api, biarkan merenih sehingga kuah agak pekat dan sesuaikan sekali lagi garam dan gula dengan secukupnya. Jangan lupa mengacaunya untuk mengelakkan hangit
Bila mencapai kepekatan yang dikehendaki, bolehlah di matikan api dan dihidangkan.

Nota : 
Rempah kerutuk yang digunakan semasa ni agak banyak, mungkin boleh dikurangkan menjadi 2 atau 2 1/2 sudu besar sahaja
Begitu juga dengan minyak, boleh kurangkan menjadi 1/3 cawan sahaja

4 comments:

  1. wahhh sedak weh tgk..sero dok kampung jah. my Mokja memang terror kalau bab masak...mana nak tunpah kuah kalau tak ke nasik...sayam mok ja ketat2 jugakk :))

    ReplyDelete
  2. salam chequesue…..ALLAH!!!!!!sedaknyoooo kerutub. favorite nih. tapi gak xrajin try lagi kerutub itik. huhu!!!!

    ReplyDelete
  3. Ya ampuuun, terliur sangat ni. Lain kali balik Kelantan nak beli 3 ekor itik bawa balik sini. Bila terasa nak makan, tinggal masakkan sahaja. Kerutuk memang sedap....

    ReplyDelete
  4. Tq....Sgt detail gulai ne...

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]