Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera
Akhirnya berjaya juga saya hasilkan sebiji kek tiramisu (yang hanya ala-ala...) untuk hari jadi saya sendiri. Hurmmmm...sadis jugak sebenarnya, buat kek sendiri, letak nama sendiri, tiup lilin sendiri (hanya nyalakan untuk gambar je), potong sendiri dan makan bersama-sama.... ibarat kata rakan serumah saya. He he he, nak buat camana, dah tua-tua begini apalah ertinya menyambut harijadi yang memang dah jadi tu...cuma saya buat jugak la kek ni sebiji untuk makan-makan dan jadikan satu n3....
Mula-mula tu tak plan pun nak buat tiramisu. Cadangnya nak buat mousse cake, tapi cari2 tak cukup pulak gelatin yang ada. Fikir-fikir, teringat ada dua ketul cheese, jadi dengan cepat saya skodeng resepi tiramisu yang dikongsikan oleh Tun Telani.

Daripada resepi, saya olah sedikit kerana tidak mahu ada rasa nescaffe. Kebetulan pulak di rumah memang tak ada nescaffe pun. Dan saya percaya, buat la macam mana pun, gandingan cream cheese dan blueberry sentiasa menjadi yang terbaik. Dan sesungguhnya saya memang tak puas makan. Dari sebiji tu dapatlah dikongsikan dengan kawan-kawan. Bila baru keluar peti sejuk, memang nikmatnya makan tak sedar dah habis sepotong.
Pada sesiapa yang tak ada idea nak buat kek tu, apa kata cuba buat macam ni pulak. InsyaAllah tak menyesal... T_T
TIRAMISU SIMPLE
Resepi : umie@myr
Sumber : Tun Telani
Resepi : umie@myr
Sumber : Tun Telani
Bahan-bahan :
1 biji sponge kek jgn guna
moist kek, nanti muak
250ml whipping cream saya tambah lagi sikit dalam 10 mL
200ml cream cheese saya guna 250g
1/2 cawan gula halus
Serbuk koko untuk hiasan- tun grate
chocolate
Cara-cara :
Bancuhkan nescafe dengan satu cawan air panas
tadi
Satukan gula, cheese dan cream
Pukul adunan tadi sampai kembang dan gebu masukkan
jus limau nipis n pukul sebati
Potong kek pada 3 bahagian
Susun 1 bahagian dalam bekas
Ulang sampai habis kemudian tutup dengan cling
film dan simpan dalam fridge sebentar...
Hiaskan dengan serbuk koko bila masa nak
menghidangkannya...
Sedapnya cheq sue, ada sepotong lagi tak... hulur sikit pd akak ehe ;)
ReplyDeletesedap2... tiramisu ni simple tp sedap kan...hehe.. eppi besday kak che su :D
ReplyDelete