Monday, September 26, 2011

Beef Lasagna...Versi Jakun

Assalamualaikum & salam sejahtera

Meh nak tanya ni. Ada tak sape2 yang belum pernah makan lagi bende yang namanya "LASAGNA" ni. Ehhh jangan la malu nak ngaku, cheq sue pun umur 31 tahun baru makan tau. He he he... Sejujurnya selalu la nengok time ke pasaraya, tapi xde la rasa nak beli @ nak buat. Cuma beberapa ketika dulu je rasa sangat nak cuba setelah terjumpa satu resepi semasa merendek di blog DTS. Haaaaaaaaaa ape lagi, beli la sekotak. Sekali pandang ghupenye macam pasta aje, cuma bentuknya yang sekeping2 tu macam plastik.


Secara jakunnya, rupanya lasagna ni kalau direbus banyak2 sekaligus dia akan melekat eh. Walaupun Che Mat dah mention dalam stepnya rebus sekeping2 tapi konon nak cepat, try bubuh 4 keping. Sekali depe melekat2 la pulok, yang nak cepat jadik makin lambat. Memang jakun sungguh!

Jom kita nambah lagi episod jakun tentang lasagna ni. Biasanya camana kita pronounce kan dia ye? La-sag-na @ la-sa-nia @ la-sa-nyia? Cheq sue pakat2 gelak aje dengan kawan2...nak nyebutnya pun dah terbelit lidah. Kalau makan kat restoren kompom cheq sue tak oder bende ni. Kang salah sebut terguling2 kena gelak. Ha ha ha...


Cheq sue buat ni Jumaat lepas ( 23 Sept) dalam seloyang, bawak makan di rumah member... Alhamdulillah tak bersisa. Kuantiti bahan2nya tu cheq sue buat ikut sedap je, ye lah, bergantung jugak dengan bahan2 apa yang ada kat rumah. Resepi ni sebenarnya menggunakan daging ayam kisar (chicken lasagna) tetapi cheq sue guna daging lembu sebab tu ditukar sedikit namanya kepada beef lasagna.


Gambar ni masa baru2 keluar oven. Kalau dinengokkan di bahagian tepi tu, ada kepingan lasagna yang garing sikit sbb ukuran loyang dengan lasagna tak ngam. Dek kerana jakun, cheq sue susun ikut suka aje, kalau tahu boleh potong2 dulu lasagna tu kasi fit dengan loyang. Mmmmmmm lain kali la ye.. Kalau ada sape2 yang nak cuba tu boleh la tengok resepi kat bawah ni okeh! ** Kalau sape yang dayet tu usahla makan ye, tengok aje! Makanan berprofil tinggi kata Che Mat... :)

Wassalam...

BEEF LASAGNA
Sumber : Che Mat @ DTS

BAHAN INTI AYAM :-)
1 cawan isi ayam cincang (mat guna jenama Ayamas) cheq sue guna daging cincang
1 biji tomato, buang biji dan cincang halus (mat guna plum tomato) xde stok
1/2 camca besar rempah kari daging
1 biji bawang holland, cincang halus
2 ulas bawang putih, cincang halus
2 keping hirisan nipis halia cincang halus
2 camca besar sos tomato cheq sue masukkan 1/2 tin (kecil) pes tomato
1/4 parutan biji buah pala xde stok
Garam secukup rasa
2 helai bay leaf cheq sue ganti dengan oregano
Serbuk lada hitam secukupnya

BAHAN SOS PUTIH :-)
300 ml susu segar cheq sue guna full cream, tersilap beli susu
1 1/2 camca besar tepung gandum
1/4 camca teh parutan biji buah pala xde stok
Lada hitam serbuk secukupnya
1 keping keju cheesedale (optional)
Garam secukup rasa
** cheq sue tambah 1 tin cendawan butang dadu

BAHAN LAIN :-)
Kepingan lasagne secukupnya
Keju mozarella secukupnya, hiris nipis
1 biji tomato hiris bulat x masukkan
1/2 biji green capsicum, didadu x masukkan
1/2 biji yellow capsicum, didadu x masukkan

CARA MEMBUATNYA :-) 

UNTUK INTI AYAM @ DAGING :-
Panaskan minyak zaitun dalam kuali, tumis hirisan bawang besar, bawang putih, halia dan bay leaf. Tumis hingga layu.
Masukkan rempah hari, serbuk lada hitam, sebuk buah pala, sos tomato dan tomato cincang, kacau rata dan masak hingg rempah garing dan tomatu hancur.
Tambah daging ayam tadi dan masak hingga kering dan ayam masak, perasakan dengan garam secukupnya. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Sejukkan. 

UNTUK SOS PUTIH :-
Masukkan tepung dalam periuk, tuang susu dan kacau dengan whisk hingga tepung larut. Masak atas api sederhana, dan kacau hingga pekat.
Tambah keju cheesedale (jika guna), serbuk lada hitam dan serbuk buah pala tadi. Kacau rata, tambah garam jika perlu. Kacau sekejap lagi, rasa dan jika ok boleh matikan api, biar sejuk. 

UNTUK LASAGNE :-
Didihkan air, letak sedikit garam dan minyak zaitun, celur kepingan lasagne satu persatu hingga lembut, tos dan letak atas bekas yang dilenser sedikit minyak zaitun (mat guna dalam 6 keping macam tu).
Panaskan oven pada suhu 180C, lenser bekas berukuran 7 inci x 5.5 inci x 2 inci dengan mentega. Susun 2 keping lapisan lasagne, sapu 1/2 bahagian sos putih, tabur 1/2 bahagian bahan inti, lapis dengan 2 keping lasagne, tabur sedikit parutan keju dan tabur cincangan capsicum, lapis dengan 2 keping lagi lasagne, sapu baki sos putih, tabur bahan inti, susun tomato yang dihiris dan susun kepingan keju mozarella yang telah dihiris nipis. Bakar dalam oven selama 35 minit atau hingga kuning keemasan. Hidangkan suam.....

Cara Cheq sue :
Lapiskan 4 keping lasagna di dalam loyang yang telah dilenser
Tuang inti daging dan sos putih, kemudian tabur mozarella (Pada lapisan ke2 cheq sue letak cheesedale). Semuanya ada 4 lapisan je (dalam 16 keping lasagna digunakan)
Ulang langkah tu sehingga habis barulah dibakar (180'C - 45 min).

12 comments:

  1. - kirim sini sikit cheq sue...kalo abis buat le lagi...

    ReplyDelete
  2. @AI

    tengah dok que ni al...memang akan buat lagi la.

    ReplyDelete
  3. dulu first time buat bundo rebus berkeping2 gak sekali gus. habis semua melekat dan jadi makanan tong sampah hehe.. lepas tu baru tahu kena sekeping2.

    ReplyDelete
  4. @ibundo

    tu la orang kata bundo...kalau tak buat tak tahu...

    ReplyDelete
  5. Cheq,Rahel dapat makan benda ni kat pizza hut n season jer..lemak..

    ReplyDelete
  6. @rahel

    bende ni xleh makan selalu rahel...saya ni 1st time je. sesekali boleh la

    ReplyDelete
  7. cheqsue : kite baru je buat masa bulan pose hari tu...bantai sorg2 je. sempat la habis 2 hari. sahur, buka dgn mende tu je. hihih

    ReplyDelete
  8. amboiiii rajin sungguh CheqSu..betul tu, kalau berdiet jangan kerap sangat makan, dapat penat berdiet je...sebetulnya nak makan apapun boleh tak asalkan berpada-pada, kan CheqSu?

    ReplyDelete
  9. @nuwairani ismail

    amboi...brehi sungguh nani ye...cheq sue makan ni bawak pi umah member baru abis...x suka makan berulang...

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum cheq sue...
    waaah akak dah tergodaaa nie tgk gambar2 kat atas tu..... sedapnyaaaa.. nie mmg fav kami sekeluarga nie.. tp buat nya mmg x perna pun.. hehehhe.. biasa makan kat luar jer.. mmg sedap!!

    ReplyDelete
  11. @IXORAROXI

    betul tu kak ixora. makan2 camni sekali sekala bolehla...buat try katakan... selalu tu tak lalu jugak

    ReplyDelete
  12. @Diana @ Melley Mey

    saya jugak yg jakunnya kak... buat ni pun sambil gelak2 lagi

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]