Thursday, September 8, 2011

Kasih Zakiah Ep. 1

Azmi menyarungkan cincin berlian ke jari manis Zakiah sebagai tanda termeterainya ikatan sah antara mereka. Sekudus ciuman dihadiahkan di dahi isterinya dan Zakiah lantas menyalami serta mengucup tangannya. Alangkah syahdunya saat itu, saat di mana Zakiah kini sah menjadi miliknya. 

Enam bulan bercinta dengan segala onak duri dan dugaan cabaran, akhirnya mereka berjaya menjejak mahligai impian. Zakiah apatah lagi. Sememangnya dia amat menyayangi Azmi, lelaki yang pertama kali dikenalnya semasa membantu makciknya menjual nasi kukus di pasar malam. Pada umurnya menjangkau 35 tahun, sememangnya dia sudah bersedia menjadi seorang isteri.

Majlis persandingan mereka berlangsung penuh meriah. Sanak saudara sama meraikan pasangan raja sehari itu. Ibu dan ayah tersenyum sepanjang masa. Apa tidaknya, anak dara nan seorang itu telah berjumpa pasangannya...

8 comments:

  1. Wah, ada bakat tulis cerpen gak CS kita ni ya... syabas...!

    ReplyDelete
  2. rajinnya menulis.. suka juga cerita2 gini tapi masa dah berkurang nak baca novel2 ni

    ReplyDelete
  3. @Juwita Jamaludin

    ini yang CnP je ita...tah bila tulis ni tak tahu lupa dah

    ReplyDelete
  4. - cikgu kan selalu nye pandai menulis....kan

    ReplyDelete
  5. @AI

    + sikit lagi al... cikgu yang suka berkoya..

    ReplyDelete
  6. tersentak tgk nama kat tajuk tu tadi. hehe, nama en. hubby kita rahmat bukan azmi ye ;p muehehe.. (ecece..terperasan lak mcm tulis kisah kita) ;p

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]