Sunday, September 11, 2011

Cauliflower a.k.a Bunga kobis

Assalamualaikum & salam sejahtera

Hari ni cheq sue nak kongsikan tentang satu tanaman yang semua orang dah kenal. Califlower @ bunga kobis ni memang sedap kalau dimasak, tambah2 pulak kalau dibuat tomyam atau sayur campur. Nak pulak yang ditanam sendiri, kurang kandungan racun kimianya.

Cauliflower ni adalah hasil tuaian yang ditanam di sekolah pada minggu sebelum balik beraya. Tak banyak pun tanamnya, dalam dua batas lebih kurang 10 pokok aje. Alhamdulillah hasilnya nod bad walaupun ditanam tanpa struktur pelindung hujan.

So cheq sue tunjukkan kat sini beberapa keping gambar bagi yang mana belum pernah melihat rupa parasnya... yang sudah dituai dan sedia dijual sudah tentunya tak sama dengan yang masih berada di pokok. Pokoknya lebih kurang sama seperti pokok kobis (dalam famili yang sama) cuma daun cauliflower lebih panjang dan more crunchy...

Ini la ghupe pokoknya... nengok ke daun tu macam sedap aje




Yang ni dah boleh dipotong. Nampak cantik je tanpa ada serangan perosak. Selalunya yang mencacatkan cauliflower ni adalah siput yang memakan bahagian atas bunganya

Batas ni xde sungkupan silvershine, penuh dengan rumput, nasib baik rumput tu saiznya besar2...senang dak bersihkan

Haaaaaaa...tengok, dah lawa bila dibersihkan

Kalau ada sape yang suka menanam-nanam ni atau yang ada kitchen garden, boleh la cuba tanam cauliflower pulak, mana tahu ada rezeki boleh pulak makan dari hasil usaha sendiri...

Wassalam...

12 comments:

  1. rajinnyer menanam.. cantik hasil tanaman ila tu :)

    ReplyDelete
  2. bestnya sue, dpt tanam n tuai sendiri pkk kubis bunga ni

    ReplyDelete
  3. rajinnya cikgu2 ni eikkkk..berbaloi berbudi pada tanah kan?

    ReplyDelete
  4. @K.Nor

    alhamdulillah kak nor... kali ni cantik2 je dapat hasilnya

    ReplyDelete
  5. @Kak Rosaliza

    ada kelapangan kak...ni pun tanam kat sekolah ngan budak2

    ReplyDelete
  6. @Juwita Jamaludin

    alhamdulillah ita...kali ni memang dapat hasil yang memuaskan..

    ReplyDelete
  7. - daun nye ade org makan x? selalu flower nye aje kan...

    ReplyDelete
  8. @AI

    cheq sue rasa daunnya ni macam kailan je kot...tapi so far tak pernah makan lagi

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]