Monday, September 12, 2011

Nasi Halia & Ayam Masak Merah + Terung Banjir

Assalamualaikum & salam sejahtera

Selamat bekerja pada kawan2 yang memulakan hari Isnin pada hari ini. Pagi ni cheq sue nak kongsikan menu berbuka pada hari Sabtu (10 September) yang lalu. Sebenarnya malas nak tunda2 ni tapi kat rumah tu x tahulah tenetnye payah benar nak haplod gambar sekeping pun.

Perghhhh... memang sedap ni... rugi tak cuba tau..

Resepi nasi halia ni cheq sue dapat dari blog Kak Diana, baru je dia postkan dan cheq sue terus je bookmark. Nampak memang menyelerakan betul nengok hasilnya. Untuk tu cheq sue masak 1 pot aje, berpandukan bahan2 yang diberi cheq sue agak2 la berapa kuantitinya berdasarkan beras yang sedikit tu. Cara2 memasaknya sama saja. Boleh jugak kalau nak buat ikut sukatan tapi lauknya tak berapa nak ada stok. Untuk satu pot tu pun cheq sue makan 2 hari berturut... haduiiiiii

Masa menumis tu memang wangi sungguh baunya...memang sedap sangat2...rasa kurus pulak puasa cheq sue pada hari tu. sampai member pun tanya masak apa...maklumlah wangi sangat...gandingan halia dan daun pandan tu memang superb lah. Sukar nak cakap kalau korang tak buat sendiri. Nasi ni cheq sue lawankan dengan ayam masak merah dan terung banjir, sebab xde kuah lain dah tu yang cheq sue masukkan lebih banyak air. Tak perlulah masak sayur dan kuah berasingan pulak... Bijak tak???

Kalau korang ada kesempatan tu eloklah mencuba nasi ni, lepas aje makan memang lawas betul kat perut, asyik nak sendawa aje...

Wassalam...

Kalau guna beras siam ni memang nasi akan jadi patah2 sikit tapi xpelah...takkan xde beras basmathi 
atau beras wangi menghadkan kita untuk mencuba... mana2 beras pun hantam sajalah, 
cuma kena pandai2 agak masa nak masukkan air tu...

NASI HALIA

Bahan-bahan :
2 cawan beras wangi _ cuci dan toskan cheq sue guna beras siam
2 inci halia _ di tumbuk bersama kulitnya
1/2 tsp halba
2 ulas bawang putih _ di hiris cheq sue tumbuk
150 gm mentega
2 inci kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
1 biji buah pelaga
1 helai daun pandan _ di siat dan di simpul
1 kiub pati ayam Maggi
garam secukup rasa
Air secukup kegunaan

Cara-cara :
Panaskan mentega... Tumis halia, halba, bawang putih, kayu manis, buah pelaga, bunga lawang dan bunga cengkih sehingga garing.  
Kemudian masukkan daun pandan dan goreng hingga wangi.. Tutupkan api.. Ketepikan.  
Masukkan beras ke dalam rice cooker dan tuangkan air secukupnya seperti sukatan  memasak nasi biasa.  
Setelah itu.. masukkan bahan yang d tumis tadi ( No.1 ) bersama kiub pati ayam dan garam secukup rasa ke dalam rice cooker.. Gaul rata.  
Masak nasi seperti biasa.  
Setelah nasi masak... Biarkan seketika sebelum d gembur²kan.  
Sedia d hidang dengan lauk kegemaran masing². 

Sebenarnya ayam tu dua ketul aje, terungnya yang lebey...

AYAM MASAK MERAH + TERUNG
Sumber : Cheq Sue


Bahan-bahan :
- ayam (digaram kunyitkan dan goreng )
- terung panjang
- bawang besar, bawang merah, bawan putih, halia (tumbuk) *
- cili giling / cili boh / cili kering  *
- kicap, sos cili, sos tomato **
- minyak, air, gula, garam


Cara-cara :
- tumis bahan *
- tambahkan air ikut keperluan
- masukkan ayam dan terung
- tambahkan bahan **
- masak hingga terung agak lembut
- rasakan gula dan garam

    10 comments:

    1. nasi halia ni bagus untuk tenaga dalaman ni..boleh buang angin..hehe

      ReplyDelete
    2. @H.J

      tapi kalau 'angin satu badan' xleh ubat jugak

      ReplyDelete
    3. tun pun teringin nk wat ni.. tp kak sue lg pantas laa.. hihi

      ReplyDelete
    4. @tun_telani

      kebetulan ada masa tun...tu yang terus buat sebab rasa macam sedap sgt je bila tgk gambar kak diana tu

      ReplyDelete
    5. sue kita pun nak buat la nasi ni nak kasi buang angin2 kat badan nih...hari tu dah tengok resepi ni jugak kat rumah kakdiana...baru ingat nak berdiet lepas raya nih..aduiii aiii...

      ReplyDelete
    6. @quinnie

      memang berbaloi try resepi ni Q...memang meletop letop

      ReplyDelete
    7. Cheq sue,
      Assalamualaikum,selamat ari raya maaf zahir batin edisi terlewat ya..Nanti Ct pon nak try wat nasi nih juga la,sjak dah 2ank nih,angin lam badan pon mkn byk,huhu..Mmg nmpk sedap..

      ReplyDelete
    8. @Zaliedana

      memang sesuai la sgt ni ct...ketuk halia tu banyak2... nanti asyk sendawa je

      ReplyDelete
    9. Assalamualaikum cheq sue..
      hehhehe.. dah buat dah yer nasi halia nie... terima kasih kerana sudi mencuba yer cheq sue... n Alhamdulillah... gembira dgr cheq sue suka... ;)

      ReplyDelete
    10. @Diana @ Melley Mey

      saya memang suka betul dengan nasi ni kak..memang kena dengan selera saya

      ReplyDelete

    [Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]