Saturday, September 10, 2011

Kerepek Gunting... TERRRRRRmasin!!

Assalamualaikum & salam sejahtera

Selamat pagi minggu semua. Wah hari ni tentu ramai yang dapat jemputan ke rumah terbuka. Kesempatan hujung minggu memang patut digunakan sepenuhnya. Bagi yang membuat @ menganjurkan rumah terbuka tu pula berhati-hatilah bimbang tetamu yang tidak diundang datang berkunjung. Sekarang ni macam2 perkara boleh jadi.

Kerepek gunting ni sebenarnya telah cheq sue buat pada petang 7 September. Masa tu siap awal hidangan berbuka, tiba2 rasa x tahu nak buat apa tu yang cuba snek yang di print dari rumah Ita ni. Dah lama jugak sebenarnya di bookmark alhamdulillah sampai jugak serunya untuk mencuba. Kalau sebut kerepek @ kuih gunting ni memang la cheq sue suka. Dekat sini ada member yang pandai buat, siap ambil tempahan lagi tapi kalau nak buat guna resepi dia agak banyak bahannya dan menggunakan udang segar + santan (nanti cheq sue cuba dapatkan resepi dari akak tu pula ya!!)



Sukanya resepi ni hanya mendapat hasil yang sedikit...satu adunannya hanya digolek nipis dan dipotong sebanyak 4 kali. Sebenarnya bukan tu yang dikisahkan tetapi kalau dapat banyak jenuh pulak nak makannya hari-hari. Cuma yang agak terkilan sebab kerepek gunting yang terhasil ni sedikit masin sebabnya cheq sue lupa nak kurangkan garam dengan penambahan ikan bilis ke dalamnya. Aduhhhhhh rasa dah sedap cuma bila makan tu nak kena bersulam air... Tapi alhamdulillah jugak masih boleh dimakan dan sudah hampir habis punn... Insyaallah satu masa nanti cheq sue akan buat semula untuk mendapatkan hasil yang lebih baik.. *_^


Suka gambar ni...macam ada maksud je...nampak hidup walaupun just guna kamera Cap Ayam

Sekali pandang, kerepek yang cheq sue buat ni jauh bezanya dengan hasil air tangan Ita yang seragam dan jelita aje. Agaknya yang cheq sue ni sebab gunakan cili serbuk, warnanya jadik kusam aje...lain kali nak guna cili kering la...mesti lagi cantik menawan jadinya



Nampak sangat la kerepek hasil tangan cheq sue ni x berapa nak cantik.. Dah la besar2..bengkang bengkok lal tu...heran jugak ye, camana Ita buat jadik lurus2 aje? Nak kena menuntut lagi nih... BTW cheq sue tempekkan resepi dari rumah Ita ni ye...sennag nk nengok... Selamat mencuba...


Wassalam...


KEREPEK GUNTING
Sumber : Ita @ Juwitafariz

Bahan-bahan :

  • 1 cawan tepung gandum
  • 4 tangkai cili kering dikisar jadi serbuk cheq sue guna serbuk culi dalam 1 1/2 sudu besar
  • 1 sudu besar udang kering dikisar jadi serbuk
  • 1/2 sudu kecil jintan manis dikisar jadi serbuk
  • 1/2 sudu kecil jintan putih dikisar jadi serbuk
  • secubit garam
  • 1 sudu besar minyak masak
  • 110-120ml air (campurkan sikit2…)-
  • sedikit daun kari untuk gorengan (optional)
  • minyak untuk menggoreng secukupnya
  • cheq sue tambahkan sedikit ikan bilis dan bijan hitam
Cara-cara
  1. Blend bahan2 untuk dijadikan serbuk.
  2. Tuang bahan kisar kedalam tepung
  3. Masukkan garam dan minyak dan gaulkan
  4. Masukkan air sedikit demi sedikit….sampai adunan kenyal (Adunan akan jadi macam tepung nak buat kulit karipap)
  5. Untuk penyediaan adunan ni, cheq sue masukkan semuanya kecuali air ke dalam food processor, blend sekejap hingga semuanya hancur barulah ditambahkan air dan minyak
  6. Akak buat bola2 kecil untuk mudah mencanai. Kemudian canai nipis2…& panjang.
  7. Taburkan tepung agar permukaan agar tidak berminyak dan mudah melekat.
  8. Potong nipis menggunakan pisau atau boleh juga di gunting.
  9. Ulang proses mencanai dan memotong sampai selesai.
  10. Pastikan tabur tepung agar hasil yang telah dipotong tidak melekat.
  11. Goreng dalam minyak yang banyak dengan sedikit daun kari (tambah aroma). Bila dah garing angkat dan sejatkan.
  12. Siap untuk dimakan :)

14 comments:

  1. amboiii rajinnya..CheqSu, gambar2 di blog awak, semakin cantik, akak suka

    ReplyDelete
  2. - sedap ni...sambil tgk tv boleh abis sebalang...hehe

    ReplyDelete
  3. @IXORAROXI

    tq kak...jenuh jugak nak dapatkan shoot yang dikatakan 'cun'... maklumla kamera biasa je..dapat hasil ni pun dah cukup puashati

    ReplyDelete
  4. @H.J

    kalau jual ni ada orang nak beli ke... ha ha ha

    ReplyDelete
  5. @AI

    pembetulan al...sekarang xde dah sambil nengok tb...sambil berblog.. kih kih kih

    ReplyDelete
  6. bestnya kepek ni cheq sue..liza pun suka kepek2 camni...layannnn sampai xhingat...hihihi

    ReplyDelete
  7. @KuNanGKuNanG

    hummmm...xde tokok langsung nak niaga gie... x reti

    ReplyDelete
  8. @Liza

    memang ralik kalau makan kepek ni liza...sedar dah habes... pastu mule la tak muat baju

    ReplyDelete
  9. best je sue, kalo dapat kunyah2 kerepek gunting gini, mmg tak sedar habis sebalang heheh

    ReplyDelete
  10. @Kak Rosaliza

    nasib baik adunan ni sikit je kak...kalau dapat banyak jenuh jugak nak makan...

    ReplyDelete
  11. sue.. dah k la tu.. ita pun ada juga yang benkok tapi untuk dapat yang panjang2 tak benkong masa goreng memang tak boleh banyak kena goreng sikit2 dan letak satu2.. susah kan.. hahahaha.. tapi itu yang ita buat sebenarnya..

    ReplyDelete
  12. @Juwita Jamaludin

    hai rajin sungguh ita ni...che sue main campak aje semua adunan yang digunting tu... sebab tu la tak cantik... :)

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]