Wednesday, September 28, 2011

Masak Lemak Keledek Dan Pucuk Meranti

Assalamualaikum & salam sejahtera

Petang ni macam petang2 yang biasa jugak, masih sunyi dan bening dengan segala kesepian merantai tangkai hati. Hanya suara dari tv yang menemani. Mendung...seperti selalunya dengan hujan renyai-renyai mendinginkan lagi jiwa yang sedia suram. Perhhhh... Macam intro novel la pulak!

Bercerita tentang masak lemak ni, terdapat bermacam versi cara membuat dan bahan-bahannya. Ada masak lemak putih, ada jugak masak lemak kuning. Yang pastinya bila masak lemak ni memang akan menggunakan santan. He he he...

Dekat CH ni, pucuk meranti adalah sayur kampung yang memang sangat mudah didapati. Pegi aje belakang rumah atau kawasan semak2 sikit memang ada la. Sebab tu la kalau korang perasan cheq sue selalu je masak sayur ni, samada untuk tumis air atau masak lemak. Bende tak berbayar beb... Sape yang tak kenal lagi pucuk meranti no boleh tengok di n3 ni...



Dulu pernah jugak cheq sue post pasal masak lemak ni tapi yang tu masak lemak kuning dan tidak menggunakan keledek. Yang ini masak lemak paling koman dan sangat digemari oleh seisi keluarga. Kalau makan dengan ikan masin atau ikan goreng panas2 tu aduhhhhh sedapnya.

Okaylah, pada sape2 yang nak mencuba tu bolehlah semak resepi ni ye.. Wassalam...

MASAK LEMAK KELEDEK DAN PUCUK MERANTI
Sumber : Cheq Sue

Bahan-bahan :
- seikat pucuk meranti (boleh ganti dengan bayam, pucuk labu, pucuk cemperai, pucuk manis, pucuk gemunggal atau sayur daun lain yang bersesuaian)
- 2 biji bawang merah
- 2 biji keledek kuning (sederhana) - potong kecil
- 1/2 sk lada hitam
- santan dari setengah biji kelapa
- garam secukup rasa

Cara membuatnya :
- tumbuk lumat lada hitam dan bawang merah
- masukkan santan ke dalam periuk
- tambahkan bahan-bahan yang telah ditumbuk dan pucuk meranti serta keledek
- masak hingga pucuk meranti layu dan keledek empuk
** kalau nak pedas boleh ketuk 2 3 biji cili api. Kalau nak tambah isi ikan pun boleh

8 comments:

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]