"Abang, boleh tak kalau Yah nak jumpa isteri dan anak abang?" Zakiah bersuara perlahan semasa meneman Azmi bersarapan.
"Yah tak marah abang?" Azmi cuba menukar perbualan.
"Yah cuma nak berkenalan dengan madu Yah je bang. Dekat setahun setengah kita kahwin, Yah baru tahu rupa-rupanya Yah berkongsi kasih dengan orang lain." Zakiah membalas tanpa memandang muka Azmi.
"Yah dah bersedia?" Azmi menggenggam jemarinya.
"InsyaAllah bang... Yah akan menerima dia seadanya." Matanya mula digenangi air.
"Nantilah jika ada kelapangan, abang akan bawa Yah ke sana. Cuma abang harap Yah dapat bersedia. Dan dapat melapangkan dada saat bertemunya." Azmi lantas memeluk Zakiah dan mengusap ubun-ubun isterinya. Dia tahu saat itu Zakiah telah mengalirkan air...
No comments:
Post a Comment
[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]