Sunday, September 25, 2011

Kasih Zakiah Ep.7


"Yah, inilah isteri abang, madu Yah."
Zakiah memeluk Mastura, yang dinyatakan Azmi sebagai madunya. Perasaan simpati dalam dirinya melimpah ruah melihatkan Mastura terlantar dengan wajah yang kelesuan, pucat dan lemah bagai menanggung derita yang amat berat. Perasaan yang bercampur baur sejak tadi entah ke mana menghilang...

"Abang boleh tak tinggalkan Yah dengan Kak Mas sekejap?" Pinta zakiah pada Azmi. Dia ingin berbicara hati ke hati dengan Mastura.
"Kak, saya minta maaf kerana merampas abang Azmi dari akak... saya.. saya tak tahu sebenarnya kak...sungguh...." Belum sempat Zakiah menghabiskan ayat, Mastura meletakkan jari telunjuknya ke bibirnya.
"Zakiah, jangan cakap macam tu.. Sebenarnya akak yang izinkan abang Azmi berkahwin lagi.. Demi Allah Yah, akak ucap terima kasih banyak-banyak kerana menjaga abang Azmi dengan baik selama ni. Akak dah tak mampu menunaikan tanggung jawab akak padanya." Kak Mastura bersuara lemah, penuh kepayahan.

Zakiah, dengan linangan air mata memeluk Mastura seeratnya. Sesungguhnya kuasa Allah tiada siapa yang dapat menafikan. Mastura diserang penyakit misteri selepas melahirkan Ajmal, anak sulung mereka dua tahun lalu. Dan sejak itu, dia hanya terlantar dan mesti dibantu..

2 comments:

  1. ooooh tidak.. jgnlah jd mcm ni..meremang bulu roma sy cheq sue :P kuikuikui.. minta2 tak jd mcm ni la nnt, walaupun diterbalikkn wataknya :P

    ReplyDelete
  2. - baik juga suami tu x tinggalkan isteri yg sakit tu kan...sbb di dunia nyata ni ade yg tinggalkan isteri bile dah sakit camtu...hukhuk...

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]