Sunday, September 25, 2011

Pineapple Panna Cota ~ Silap Susu Daaaaaa...............

Assalamualaikum & salam sejahtera...


Dah lama sangat nak buat panna cota ni. Dari satu blog ke satu blog, betapa ramai yang dah cuba. Samada guna mangga, peach, strawberi atau kiwi. Cheq sue pulak mencubanya menggunakan nenas yang dibeli sejak Ramadan lagi. Haritu dah nak buat tapi lupa letak tin tu kat mana.

Dengan resepi ni, baru kali pertama cheq sue menggunakan 'gelatin' semasa memasak. Sebelum ni x pernah guna pun. Untuk tu cheq sue guna gelatin NONA, insyaAllah halal. Tapi...tersilap bahan la pulak masa membuatnya. Cheq sue dah beli susu (low fat) siap2 tapi tak sangka pulak susu tu perisa strawberi, bukan plain low fat milk. Adoyaiiiii...kan dah silap haribulan. Hummmmmm cheq sue guna ajelah... Jadi, panna cota yang dihasilkan ni ada rasa strawberi dan nenas. Macam pelik jugak kombinasi ni tapi alhamdulillah masih boleh diterima dan dah pun habis semuanya.


Masa nak buat ni, terlebih air pulak masa membancuh gelatin. Sebab tu la cheq sue kena letak di tempat beku barulah keras sikit. Nenas yang cheq sue guna pulak pakai yang dalam tin aje, kalau guna yang fresh lagi sedap ni. Apapun next time nak cuba buat guna buah lain pulak. Kawan2 lain jangan segan nak cuba ya... Wassalam...

PINEAPPLE PANNA COTA
Sumber : Ita@Juwitafariz


Bahan-bahan :
-7 gm gelatin
-3 camca besar air
-2 1/2 cwn susu segar
-1/4 cawan gula halus
-1 camca teh esen nenas
-sedikit nenas dalam tin di potong dadu dan separuh darinya di blender halus.

Cara-cara
  1. Bancuh gelatin bersama air hingga larut
  2. masak susu segar bersama gula sehingga timbul buih2 kecil
  3. Angkat susu dari api dan masukkan esen nanas serta larutan galetin
  4. Tunggu sehingga sejuk sedikit dan tuang dalam gelas lutsinar.
  5. Letakkan kiub nenas dan simpan dalam peti sejuk semalaman. (ita tak letak semalaman ita letak bahagian chilled didalam peti sejuk tu.)
  6. Bila telah keras letakkan puri nenas diatasnyer. Makan sejuk2 memang best!

12 comments:

  1. ooo pana cota..entah apa ke cik jah oi

    ReplyDelete
  2. cehq sue.. virus dr kak nor nih =) dh jangkit je cheq sue ye.. tun blh mkn sikit je ni, sbb rasa dia berlemak.. tp tgk ramai org suka nih..

    ReplyDelete
  3. tun...ingatkan virus apa tadi... tgk kat beberapa blog dah kena malware kan..

    ReplyDelete
  4. bestnye panna cota mcm ni...

    betol la...sekarang ni mcm banyak page yg kene malware...adeh...dr mana pulak dtgnye mende tu...

    ReplyDelete
  5. time cuaca panas ni..nyaman banget..

    ReplyDelete
  6. CheqSue,nak secawan..boleh k? cuaca lg panas kat sini..

    ReplyDelete
  7. @nuwairani ismail

    lain kali nak try guna susu plain pulak, mesti lagi sedap

    ReplyDelete
  8. @Maria

    betul tu maria...kat CH pun boleh tahan panas, makan ni sejuk2 aduhhhh syioknya!

    ReplyDelete
  9. @rahel

    kalau boleh semua cawan nak bagi...tapi dah habis la rahel... *_^

    ReplyDelete
  10. - batu2 ape pulak tu cheq sue...

    ReplyDelete
  11. @AI

    hishhhh...batu bata itu pulak yang dikomennyer...

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]