Friday, September 30, 2011

Kek Karamel ~ Cobaannnn..................................

Assalamualaikum & salam sejahtera

Akhirnya...demam kek karamel sudah pun singgah di bumi CH. Kemain lama rasanya dok pendam perasaan, asik nengok aje kawan2 dok tayang, mana boleh tahan beb.  Disabar sabar aje dalam hati sehinggalah petang semalam akhirnya terseru jugak untuk membuat kek karamel ni. Berpandukan helaian resepi yang diprint, memang terpampang di depan mata. Bismillahirrahmanirrahim....


Rasanya sebelum ni dah berapa kali khatam resepi tu sampai dah naik lunyai kertasnya. Tetapi ada jugak tersilap satu langkah semasa mengadun kek (bahan 1). Sepatutnya gula dimasukkan selepas telur kuning, minyak dan air dipukul tetapi cheq sue dah termasukkan gula awal2 dalam telur kuning. Aduhhhhhh mula la nak gelabah badak takot kek tu tak jadi. Tapi tetap jugak diteruskan. Kira tawakkal ajelah kalau jadi alhamdulillah kalau tak berapa nak jadi tu dapat satu pengajaran berguna. Ye dak? Begitulah kita hidup ni, belajar dari pengalaman, bukan dari cikgu aje!

Tengah2 dok bakar tu, tengok2 kek ni punya la gebu geban naiknya sampai menggelembung satu loyang. Aikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk...mula la dok pikir bukan2, kotnya dibuat tersengih macam apam kembang abes la punah harapanku. Siap tanya member lagi, sebab dia dah beberapa kali buat. Katanya idok le kembang sesangat. Tapi bila dah abes masa bakar, lega jugak hati ni sebab kek tu mulai turun sikit demi sikit. Nasib baik ko...


Personally...apa yang korang rasa bila nengok kek jadi camni? siyes wehhhhh bedebar giler...kot tak jadik

Bahagian atas caramel tu ada retak2 sikit, tapi just nice rasanya tak manis sgt..

Untuk lapisan kek tu cheq sue hanya gunakan 3 warna sahaja...baru 1st time kan, nama pun baru cuba so xnak la buat kaler2 yang over sangat, kot dah pandai nanti baru buat warna2 pelangi... Untuk setiapa adunan yang menggunakan gula, cheq sue kurangkan kepada 50g sahaja. Bagi sape yang suka kek yang manis tu boleh guna sukatan yang asal. Tapi cheq sue ni lebih suka memaniskan senyuman daripada makanan. Wiwittt...

Pada sesape yang belum terbuat2 lagi tu, jangan takut untuk mencuba. Follow aje langkah2 yang dinyatakan insyaAllah... cheq sue pun ni rasa nak buat lagi nak dapatkan hasil yang betul2 memuaskan... Yang ni tahap2 okeh aje... Cuba tau...jangan lupa. Wassalam...

KEK KARAMEL
Resepi Asal : Munirah Baharum (FB)


Gula Hangus
2 sudu besar gula pasir

Sediakan loyang 8 inc.
Tabur gula dalam loyang dan masak atas api perlahan.
Biar gula hancur dan warna tukar jadi perang.
Biar gula sejuk. Gula yg sejuk ni akan keras dan akan retak2 dan berbunyi spt kaca pecah bila dah keras

Bahan Karemel
1/2 tin susu cair
70g gula castor cheq sue guna 50 g
1/2 sudu teh esen vanilla
3 biji kuning telur

Kacau susu dan gula hingga gula larut.
Kacau telur dan esen perlahan.
Satukan kedua2 bahan dan kacau rata perlahan aje.
Kemudian tapis ke dalam loyang gula hangus tadi.
Ketepikan.
Kalau nak dapatkan lapisan karemel yg tebal gandakan sukatan susu dan kuning telur.

Adunan Kek Bahan 1
70g gula kastor (50 g)
3 biji telur kuning
135ml air
45ml minyak masak

Pukul telur kuning, minyak dan air sampai gebu dan tukar ke warna putih.
Kemudian masukkan gula kastor dan pukul lagi sampai naik sekali ganda.

Adunan Kek Bahan 2
140 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder

Matikan  mixer dan masukkan tepung dan baking powder yg telah diayak
Masukan  sikit2 dan kacau perlahan secara kaup balik hingga kesemua bergaul sempurna.
Ketepikan.

Merinque 
6 biji putih telur - pastikan jgn tercampur sedikit pun telur kuning
70g gula castor (50 g)
1 sudu teh krim of tar2

Pastikan semua peralatan dalam keadaan kering
Pukul putih telur hingga berbuih
Masukkan gula dan tatar dan terus memukul dgn speed tinggi hingga adunan kental dan kaku. kalau kita terbalikkan loyang adunan putih telur tu tidak jatuh
Masukkan 1/3 bahan merinque kedalam adunantepung tadi.
Gaul rata secara kaup balik
Kemudian masukkan semua baki adunan merinque dan ratakan dgn kaedah kaup balik hingga bergaul sempurna. Kacau perlahan sahaja.

Cara-cara :
Bahagikan adunan kepada 3 bahagian yg sama banyak.
Letakkan pewarna yang anda sukai.
Kemudian tuangkan ke atas lapisan karemel tadi.
Belang- belangkan adunan
Tuang 3 sudu lapisan pupple, kemudian 3 sudu lapisan pink di tengah-tengah lapisan purple. Kemudian tuangkan pula  3 sudu lapisan biru di tengah-tengah lapisan pink.yang ni bergantung kepada warna2 yang digunakan...cheq sue guna merah. hijau dan kuning
Buat begini sehingga 3/4 adunan, kemudian buat pula cara yg sama dgn 2 sudu pula.
Akhir sekali dengan satu sudu.
Lorekkan atas adunan dengan lidi.
Panaskan oven terlebih dahulu. Ita panaskan pada suhu 170 C terlebih dahulu. Bila dah masukkan kek dalam oven ita tukar pada suhu 160C
Gunakan api bawah sahaja.

Kaedah Steam Bath
Tuangkan air panas dalam loyang yg lebih besar dari loyang kek tadi.
Letakkan loyang yg berisi kek dalam loyang yg berisi air panas tadi
Letakkan pada rak bawah dalam oven.
Bakar kek pada suhu 160 C dengan api bawah selama 1 jam atau sehingga kek benar-benar masak.
Jangan buka pintu oven semasa proses pembakaran 1/2 jam pertama.
Selepas masak ita biarkan kek kekal dalam oven sehingga kek renggang di tepi loyang.
Terbalikkan kek atas pinggan dan biarkan kek turun sendiri.
Potong kek bila ia benar-benar telah sejuk.
Simpan kek dalam peti ais untuk tahan lebih lama.

Kek ni juga sedap di makan dikala sejuk.
Jika menggunakan loyang yg berpatri. Jangan lupa untuk balut dasar loyang dengan kertas aluminium untuk mengelakkan air masuk dalam adunan kek.
Atau letakkan tapak pada loyang air panas untuk mengelakkan air masuk dalam loyang.

33 comments:

  1. Nanti saya punya time pulak mo buat kek karamel warna-warni..harap2 menjadik.

    ReplyDelete
  2. @rahel

    rahel x de masalah punya mesti jadi lah

    ReplyDelete
  3. Alahamdulillah dah jadi dgn jayanya kan,...pasni sah gian nak buat lg tau..percayalah..hehe

    ReplyDelete
  4. Salam Cheq Sue..waaa..cantik kek karamel nii..yana dh makin berkobar2 nak buat nii..dh ramai yg tayang..Nani..kita bila lg nak bt..hehee

    ReplyDelete
  5. * nnt singgah umah yana amek award yee :=)

    ReplyDelete
  6. cantikkk la kek karamel tu......

    ReplyDelete
  7. @Anna Qawina

    belum jaya lg ni anna... ada sikit lg pada kek yg silap aribulan...kena improve lagi

    ReplyDelete
  8. @Yana Shaiful

    tarik nafas dalam2 dulu...baca doa banyak2...khatam resepi 5 6 kali baru buleh cuba!!

    ** nanti cheq sue amik ye...dh tgk tadi xde kesempatan lagi

    ReplyDelete
  9. @Mas

    gabungan warna tu kot yang nampakkan kek ni naik seri mas...tapi kalau dapat yang lagi kalerpul mesti lagi cantik

    ReplyDelete
  10. aduiii...sue pun dah berjaya ye buat kek nih..kita tak tau la bila nak cuba...huhuhu....

    kita ada kasi award..kalau rajin angkut la dari rumah kita ye...:)

    ReplyDelete
  11. @quinnie

    kek ni kalau satu adunan tak berapa banyak Q...buat pun xde la payah sgt cuma nak ada keyakinan la sikit. InsyaAllah jadinye kalau buat...

    ReplyDelete
  12. salam cheq sue..

    dulu ade wat jugak kek keremel nih..utk elak dr bahagian puding tuh retak or pecah..letak 1 sudu makan tepung jagung...insyALLAH mase nak terbalik tuh...takla retak sangat..sbb tepung tu akan membantu mengeraskan sedikit puding

    cantikk la kejadian kek awakk

    ReplyDelete
  13. @chikadakbiru

    wslm CB... insyaallah lain kali buat cuba gunakan info ni pulak. memang rasa puding tu agak lembik...siap ada yang tercabut dari adunan kek...tapi overal sedap dan menjadi... :)

    ReplyDelete
  14. cantiknya kek karamel tu sue,akk tgk je dulu tunggu angin rajin betul2 baru boleh buat

    ReplyDelete
  15. @EmbunRosaliza

    betul tu kak...kena tunggu betul2 rajin baru blh buat. kalau buat dgn xde perasaan ni ditakdirkan x hadi memang geram kan..

    ReplyDelete
  16. tepukan gemuruh untuk CheqSu..cayalah!bak skit :)

    ReplyDelete
  17. uuuuwwwwaaaaa! takotnye nak buat kek ni....tapi teringin yg amat....

    ReplyDelete
  18. cheqsue, kek pandai sungguh wat suspen..akak pun seb baik tadak sakit jantung..
    pasni bleh amek order la..
    cantik kejadian kek ni

    ReplyDelete
  19. Assalamualaikum cheq sue...
    wah dah buat dah yer.. menjadi tu... cantik.. lega rasanya kan cheq sue.. berakhir sudah debaran.,.. hehehe

    ReplyDelete
  20. waahh cheq suee.. cantik cantik.. tahniah tahniah.. syabas syabas inspektor syahab... hehe..lawa kek nyer...leh jadi pengedar kek ni kat CH ek..

    bila la nak membuat nyer pulak ni

    ReplyDelete
  21. @IXORAROXI

    kepak kepung kepak kepung... eh, nak tepuk terkompang pulak... *_*

    ReplyDelete
  22. @nuwairani ismail

    nani, cheq sue nasihatkan jangan takut nak buat tau... untuk 1st time ni memang fun sgt buat...banyak perkara kita belajar

    ReplyDelete
  23. @lina_pg

    agaknya kek ni memang gitu kot kak lina...saya punya la gelabah, dok pikir abes la kalau tak jadi. Mmmmm kalau tak buat kita tak tahu kan.. kelakar pun ada

    ReplyDelete
  24. @Diana @ Melley Mey

    alhamdulillah kak...nasib baik menjadi. Untuk 1st time ni kira puas hati jugak, tapi masih ada step yang perlu diperbaiki

    ReplyDelete
  25. @izahdaut

    ha ha ha izah ni... tetibe teringah sahrukkan... adoiiii...naseb baik menjadi jugak zah hasilnya tu...kalau tak mau demam seminggu

    ReplyDelete
  26. aduhhh biler ler leh dapat kerajinan cam cheq sue neh^^_ hihihi

    ReplyDelete
  27. @LuN@_aiDi

    bila dah xleh tahan nengok orang lain buat...mesti tercabar jugak

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]