Friday, September 9, 2011

Telur Dadar Cendawan Berkuah

Assalamualaikum & salam sejahtera

Salam pagi Jumaat semua. Pagi ni cheq sue nak kongsikan satu resepi yang dimasak untuk berbuka semalam. Punya la kering idea, tak tahu nak masak apa. Sejak dari sekolah dok fikir ape yang nak dimasak. Kalau lauk yang berasaskan telur ni selalunya dimakan dengan tomyam atau dibuat telur bungkus atau sweet sour tapi terlintas untuk ejas sikit dengan memasukkan kuah ke dalam telur dadar. Kalau telur aje memang x laku la kat tekak cheq sue ni..

Kat rumah memang ada lagi stok ayam tapi macam dah jemu je..tu yang nak kena buat benda lain pulak. Asik2 ayam aje...badan pun naik lemah dan lemak... *_*


Bila dah masak, alhamdulillah rasanya tidak mengecewakan. Xde la rasa pelik, sekali rasa macam ladna, kira2 idea ni menjadi lah. Cheq sue masak ni biasalah, guna sebiji telur aje, itu pun jenuh jugak nak habeskan. Tambah pulak bila dah masuk sayur2 tetibe je penuh satu mangkuk. Pada sape yang kesuntukan masa boleh la cuba resepi ni sebab dah ada sayur kat dalam tu, pastu dalam kuahnya turut dimasukkan isi ayam, kira2 hidangan lengkap la ni...

Kalau gantikan nasi dengan mi sanggul @ mee pun sedap rasanya ni... Ye lah, asyik2 nasi je kan


TELUR DADAR CENDAWAN BERKUAH
Sumber : Cheq Sue

Bahan telur dadar :
- 1 biji telur
- sekuntum cendawan tiram  (cincang dadu)
- 1/2 biji bawang besar (cincang dadu)
- sedikit daun bawang (hiris)
- garam

Cara-cara :
- campur kesemua bahan dan goreng sehingga masak
- ketepikan seketika

Bahan kuah :
- sedikit isi ayam (hiris nipis)
- 2 kuntum cendawan tiram (siat2kan) *
- sedikit bunga kubis *
- 2 pokok kucai *
- 1/3 kiub ayam *
- sedikit air
- sebiji bawang putih, cili (ketuk) & 1/2 biji bawang besar (mayang)
-  air bancuhan tepung jagung

Cara-cara :
- dalam minyak gorengan telur tadi, tumis bawang putih, cili dan bawang merah sehingga wangi
- masukkan ayam dan goreng seketika
- kemudian masukkan bahan * dan goreng sebentar
- tambahkan air mengikut kehendak dan masak hingga mendidih @ ayam & sayur empuk
- rasakan gula dan garam
- masukkan sedikit air bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah
- bila sudah masak bolehlah dituangkan ke atas telur yang telah digoreng tadi

8 comments:

  1. - bagus idea cheq sue nih..nampak pon cam sedap...

    ReplyDelete
  2. sekala sekala tukar menu2 gini pun sedap ni....slm syawal sue

    ReplyDelete
  3. @AI

    bila dah xde idea nak masak camana...ok jugak masak macam ni... sedap la pada tekak cheq sue ni

    ReplyDelete
  4. @Ida,Japan

    Salam syawal jugak untuk kak ida... saya kalau lauk telur ni x berapa kak ida.. kena buat camni baru makan

    ReplyDelete
  5. sue memang dah tak larat nak makan ayam dah rasanya sejak raya nih....tapi telor ayam still boleh telan lagi...kekkeke...sedap nampak lauk sue nih....kita suka cendawan tapi tak leh makan byk....huhuhu

    ReplyDelete
  6. @quinnie

    stok lauk lain x beli lagi Q...yang ada telur dan ayam aje...nak taknak kena buat somting la baru selera nak makan

    ReplyDelete
  7. sedapnya cheqsue menu gini...teringat pulak kuey teow kung fu...buat pedas2, perah asam limau sikit, tabur serbuk lada putih...pergh!!! (memandai jek menambah resepi orang)

    ReplyDelete
  8. @nuwairani ismail

    menu ni idea jah nani...buleh dimodified... tapi sebab nak buat makan dengan nasik, tu yg masukkan telur *_^

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]