Monday, September 5, 2011

Tragedi Akhir Ramadhan... Bawa Pergi Dua Sepupuku

Assalamualaikum & salam sejahtera

Sejujurnya Aidilfitri kali ini agak suram bagi kaum keluarga cheq sue dengan pemergian mengejut dua orang sepupu akibat kemalangan jalan raya antara motosikal dan kereta, dua hari sebelum hari raya. Patutlah dalam hati ni tak berapa nak ada rasa nak beraya...baju pun x berjahit, dan biskut raya pun ada yang belum siap sampai sekarang.

Pada pagi 29 Ogos, cheq sue ke rumah sebelah untuk menjahit tepi baju anak-anak buah. Tiba-tiba anaknya heboh bercerita tentang kemalangan di kampung berdekatan yang melibatkan budak kampung cheq sue...katanya seorang mati di tempat kejadian. Masa tu belum tahu lagi siapa... sudah tentulah rasa terkejut sangat...pada akhir2 ramadhan sebegitu...tak dapat dibayangkan dengan dugaan yang datang. Bila balik ke rumah barulah tahu yang sepepu cheq sue yang dipanggil Duan (Mohd Ridzwan) yang meninggal itu. Subhanallah... lemah longlai seluruh anggota... Selalu kita baca kemalangan pun dah seriau bulu roma...bila melibatkan keluarga terdekat ni masyaAllah hampir pitam jadinya..

Mek dan cek bergegas ke hospital... cheq sue dan yang lain2 menunggu di rumah. Sungguh tak percaya...rasa macam bermimpi-mimpi je... Sungguh berharap berita itu tidak betul tetapi bila Allah telah suratkan ajalnya begitu...terpaksa juga redha. Sepupu yang seorang lagi, mesra dipanggil Kimi (Nuzul Haqimi) diberitakan masih ada harapan, tetapi dengan kecederaan serius di bahagian mulut dan pendarahan dalaman, Allah akhirnya menamatkan juga penderitaannya sejam kemudian.

Kata orang, apalah gunanya air mata menangisi yang telah pergi...tetapi kita tumpang bersimpati. Duan merupakan anak lelaki tunggal dalam keluarga manakala Kimi pula baru saja bekerja dan belum sempat berbakti lama. Dengan hubungan adik beradik yang erat, sayu hati melihatkan wajah suram kaum keluarga yang ada.

Semoga Allah menempatkan mereka di kalangan orang2 yang soleh dan diampunkan segala dosa-dosanya... Ingatlah semua...bila sudah sampai masanya kepada kita...sesaat pun tak akan dilambatkan atau dicepatkan.. Bersedialah...
Alfatihah..

Wassalam...

Keratan akhbar Sinar Harian, muka hadapan

Antara keratan akhbar, kesahihannya tidak dapat dipastikan kerana ada sedikit fakta yang bercanggah. Wallahua'lam

25 comments:

  1. innalillah..
    Akak ada baca di akhbar, rupanya sepupu Cheqsu ya
    Semoga rohnya dicucuri rahmat

    ReplyDelete
  2. spupu cheqsu ka?.. al-fatihah tuk arwah.... semoga ditempatkan dalam kalangan org beriman..insyaAllah :)

    ReplyDelete
  3. - takziah utk cheqsue sekeluarga...moga roh mereka aman di'sana'...

    ReplyDelete
  4. Assalam sue..takziah buat sue n famili, semoga kedua ibu bapa mereka tabah menghadapi dugaan ini. Alfatihah buat mereka

    ReplyDelete
  5. innalillah.. dr Nya kita datang, kepadaNya jua kita akan kembali.. salam tazkiah buat keluarga sepupu akak.

    ReplyDelete
  6. innalillahiwainnailaihirojiun.. tak sangka arwah sepupu cheq su.. betul tu sue, bila ajal dh tiba sesaat pn takkn dicepat atau dilambatkan.. doakn semoga arwah tenang di sana, semoga kita menjadi insan yg lbh redha atas ujian yang diberi oleh-Nya. insyaAllah..

    al-Fatihah..

    ReplyDelete
  7. Takziah bt Cheq Su sekeluarga..tahu jgk psl berita..xsangka arwah family Cheq Su..Al Fatihah

    ReplyDelete
  8. salam aidilfitri dan salam takziah buat che sue sekeluarga.
    t.kasih sudi gantung kad kak yg baru belajar tanpa guru...huhuu..

    ReplyDelete
  9. salam takziah untuk seluruh family cheq sue..

    sedihnya bila baca kisah arwah...
    lagilah2 mereka lelaki tunggal...

    kak.. semoga arwah dimasukkan dalam golongan orang2 y beriman

    salam aidilfitri buat kak sklrg

    ReplyDelete
  10. @SoLy SoLicious

    ha ah soly...dah lama tak jumpa kedua tu...tak sangka jumpanya begini

    ReplyDelete
  11. @Kak Rosaliza

    tq kak rosa... saya pun harap gitu jugak... yang kesiannya mak kepada Ridzwan tu...dah tinggal dia dan suami je di kampung.. moga2 dia tabah

    ReplyDelete
  12. @tun_telani

    tq tun...bila dah sampai masanya nak buat camana kan...

    ReplyDelete
  13. @Zack Zachoes

    tq zack... takdir Ilahi terhadap keluarga kami... semoga rohnya tenang di sana

    ReplyDelete
  14. @ilahjy

    sama2 kak ilah...kite pun baru belajar jugak...

    ReplyDelete
  15. @Citarasa Rinduan

    tq ayu...cheq sue pun masih terbayang2 lagi kesedihan makcik-makcik yang kehilangan anak-anaknya... harap mereka tabah

    ReplyDelete
  16. Alfatihah untuk mereka dan takziah buat keluarga Cheq Sue...semoga roh mereka ditempatkan di kalangan org2 yg beriman...Aminnn

    ReplyDelete
  17. @Liza

    tq liza...cheq sue pun berharap macam tu jugak...

    ReplyDelete
  18. takziah chq sue sekeluarga semoga tabah...amin.....

    ReplyDelete
  19. Al-Fatihah... Takziah buat keluarga cheq sue... Moga roh mereka aman d sana dan d tempatkan d kalangan orang2 yg beriman... Amin.

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]