Assalamualaikum & salam sejahtera
Wahhhh...di petang Jumaat ni hujan menyirami bumi CH...lebat, dinginnya memaksa cheq sue bersweater dan berstokin. Sejak seminggu ni selalu aje hujan di petang hari, mata pun jadi berat badan pun lemah asyik nak tidur aje kejenyer... Apapun xleh nak layan sangat perasaan ni, ngadap lappy sambil nak isi pertukaran guru.
Tetiba pulak blackout dalam sejam...tergolek2 jugak menahan boring, sempat layan novel...nasib baik tak memanjang sampai ke malam kalau tak jenuh nak candlelight dinner seorang diri..
Okeh... cerita tentang kacang botor goreng udang kering ni, sebenarnya ini merupakan menu semalam yang digandingkan dengan telur dadar cendawan berkuah. Cheq sue ni kalau makan memang nak kena ada sayur, rasa tak lengkap aje kalau xde
Resepi ni agak simple...rasanya kebanyakan kita pernah buat. Bahagian tumisannya tu kalau dimakan dengan bubur nasi pun sedap rasanya. Masin2 pedas gitu. Kalau kacang botor ni dimakan mentah cheq sue tak berapa gemar, kalau dibuat kerabu @ goreng barulah cheq sue makan tetapi hendaklah jangan terlalu masak sehingga menghilangkan kerangupannya. Eh...rasa macam tak berapa memilih bab makan tetapi banyak benar syarat2nya... *_^
Untuk bahan2 ni cheq sue tak tuliskan berapa jumlahnya sebab cheq sue masak ni tersangat la sedikit... kat dalam pinggan tu memang nampak banyak tetapi kalau tgk yang sebenar dalam 4 sudu besar aje...kira2 cukup untuk seorang makan. cuma cheq sue tunjukkan ni sebagai idea @ panduan kepada kawan2 yang kering idea tetapi ingin mencuba..
Wassalam...
KACANG BOTOR GORENG UDANG KERING
Sumber : Cheq Sue
Bahan-bahan :
- kacang botol - hiris serong
- bawang putih *
- bawang merah *
- belacan *
- cili boh / cili kering *
- udang kering - rendam sekejap dengan air panas *
- minyak, sos ikan, garam & gula
Cara-cara :
- tumbuk separuh lumat bahan *
- tumis sehingga naik bau & agak garing
- masukkan kacang botol dan goreng seketika
- masukkan sos ikan dan rasa masin manisnya. jika kurang masin boleh tambahkan garam (berhati2 masa masukkan sos ikan dan garam kerana udang kering sudah masin)
rajinnya anak dara ni ya..dok sorang pun macam2 menu masak.
ReplyDeletesedap tu kacang botor, makan gitu je buat ulam cicah sambal belacan memang terangkat dik!
@IXORAROXI
ReplyDeleteaduhhh...kena masak kak sebab nak makan... saya ni tak tahan pedas, tu yang x berapa sambal2 belacan bagai ni..
baru tadi makan kacang botor celur cicah sambal belacan di rumah open house jiran dekat2 sini...sangat sedap! kacang botor goreng pon sedap! tp dah lama tak buat...sebab tak sabor2 nak makan, buat ulam cicah budu je..
ReplyDelete@nuwairani ismail
ReplyDeletewahhhh sedapnya makan ramai2 di open house nani.. cheq sue tak dapat jemputan lagi ni...
mesti sedap ni kan? nk try kak
ReplyDeleteSalam Cheq Sue..sedapnyaa kacang botor tu..terasa rangupnya.. sedap..:=)
ReplyDeletekacang botor ke kacang botol ni..?haha
ReplyDeletebetul la, sy pun panggil kacang botol...hehe
ReplyDeletetq sudi singgah LK...salam kenal dari E-na..makan mentah buat ulam pn sedap kacang botol ni....lama x jumpa, kat sini kadang2 ada gak juall..
ReplyDelete@Zul Fattah
ReplyDeletealhamdulillah sedap pada selera cheq sue... nanti kalau Fatah dah cuba baru boleh tahu :)
@Yana Shaiful
ReplyDeletetu la yana...kacang botor ni kalau nak makan gitu aje atau masak jangan sampai lembik2...hilang sedapnya
@H.J
ReplyDeletenama surat beranaknya kacang botor... tapi dipanggil jugak kacang botol... janji sedap.
@Mama2Q
ReplyDeletesaya pun kadang2 panggil kacang botol jugak!!! :)
@Lovely Kitchen
ReplyDeletemmmmm mesti susah jugak nak dapatkan kacang botor ni kat jepun kan..
- cheq sue...kalo kt kl yg bersweater & berstokin...org dlm pantang...hehe
ReplyDelete@AI
ReplyDeletecheq sue memang wajib berstokin kalau time sejuk2 tu al...sejak2 ni memang sejuk sangat