Thursday, September 15, 2011

Nasi Impit & Ayam Kalio

Assalamualaikum & Salam sejahtera

Apa khabar semua? Mesti seronok kan sebab esok cuti sempena hari Malaysia, mesti ada yang dah plan nak ke mana-mana. Masa n3 ni keluar, Cheq sue dah dalam perjalanan balik kg, nak ambil kereta. Lagi pun duduk sini 3 hari aishhhhh beku la!


Dua resepi dalam n3 ni adalah pelengkap pada ketupat dan kek lapis yang di bawa ke sekolah untuk makan2 pada hari semalam. Alhamdulillah ramai yang dah merasa. Walaupun terjadi sedikit tragedi di mana ayamnya ty terjatuh dari kerusi dan ada sedikit yang tertumpah ke lantai. Agaknya sebab cheq sue gunakan ayam bahagian sayap...tu yang ayam jadi terbang. Mmmmm sedih jugak memula tu tapi nasib baik ada yang boleh di makan.

Nasi impit ni cheq sue mendapat tunjuk ajar dari seorang rakan FB dulu iaitu Kak Nora. Selalunya memang cheq sue beli yang segera tu aje dan rebus tetapi bila kak nora bagitahu keburukan menggunakan ketupat tu memang cheq sue buat sendiri berpandukan tunjuk ajarnya. Setakat ni hasilnya memang memuaskan la..

Ayam kalio ni pulak cheq sue skodeng resepinya di blog Kak Wan. Asalnya menggunakan udang tetapi cheq sue menggantikannya dengan ayam. Mula2 plan nak makan dengan pulut sebagai pengganti rendang tetapi dah ada ketupat malas pulak nak kukus pulut lain. Rupa2nya bila dimakan dengan nasi impit rasanya pun sedap. Cheq sue tak berapa gemar makan rendang, tapi bila ayam kalio ni rasa sedap pulak pada selera. Tak pedas sangat, dan sedang elok aje. Ada pulak yang mintak resepi membuatnya. *_^. Pada kak wan tq sebab berkongsi resepi yang sedap ni, insyaAllah lain kali akan diterai lagi menggunakan udang dan daging pulak...

Wassalam...



NASI IMPIT
Sumber : Cheq Sue

Bahan-bahan :
- 1 cawan beras Siam
- 4 cawan air (ikut bekas beras dengan nisbah 1:4)
** kalau guna beras tempatan @ nasional nisbahnya 1 : 3
- secubit garam
- setitik dua minyak masak
- daun pandan (opt)

Cara-cara :
- bersihkan beras dan masukkan ke dalam rice cooker
- masukkan beras, garam, minyak dan daun pandan
- tanak seperti biasa
- setelah 3/4 masak keluarkan daun pandan
- kacau menggunakan senduk kayu
- setelah nasi tanak, teruskan kacau 4-5 minit sebelum dimasukkan ke dalam bekas bersesuaian
- ratakan bahagian atasnya menggunakan plastik @ sarung tangan
- biarkan sejuk sebelum dipotong


Maaf ya, gambar ni di ambil awal pagi, xdan nak setap2 lighting, main snap aje tu yang blur sikit

AYAM KALIO
Sumber : Kak Wan @ Citarasawan


Bahan-bahan
1/2kg udang besar cheq sue ganti dengan 1 kg sayap ayam yang telah dicincang
2 cawan santan
1 helai daun kunyit
2 helai daun limau purut
1 batang serai di titik
Garam secukup rasa cheq sue masukkan juga 1/2 keping nissan

Cheq sue tambah 2 keping asam gelugur & 3 biji ubi kentang dadu

Bahan Kisar
10 biji cili merah
1/2 inci kunyit hidup
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
8 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih

Cheq sue masukkan jugak 5 helai daun limau purut

Cara-cara :
1.  Bersihkan udang dan toskan.
2.  Tumis bahan-bahan kisar hingga naik bau, masukkan serai dan santan, kacau hingga rata.

** lepas bahan tumis ni garing, cheq sue masukkan ayam dan kentang, masak sehingga empuk kemudian barulah dimasukkan daun kunyit dan daun limau purut. setelah ayam empuk dan airnya agak kering barulah cheq sue masukkan santan, garam, gula, nissan dan masak dengan api perlahan sehingga pekat.
3.  Apabila mendidih, masukkan daun kunyit, daun limau purut bersama udang.  Perasakan dengan garam secukupnya.  Biarkan sekejap bolehlah diangkat.

5 comments:

  1. perghhh..meleleh ayaq liuq lagut ni..aih...makanan oh makanan..!!
    nasi impit ketupat palas serba serbi pn ada..

    ReplyDelete
  2. wahh.. dh lama xwat nasi himpit sendiri.. hihi.. ada keburukan sbb guna plastik ke nasi himpit yg beli tu? tun dh byk thn guna nasi himpit nona. huhu... ayam tu pun nmpk sedap, tp tun kurang gemar bau daun kunyit, nape ntah.

    ReplyDelete
  3. rasanya lebih kurang rendang jugak ke? cuma tak masuk kerisik kan?

    ReplyDelete
  4. sedapnyer sue....pernah dulu uat nasi impit sendiri....lagi elok rasanyer, tapi dh ada yg segera....dh malas jadinyer dh

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum cheq sue.. terliurnya tgk menu2 kat atas tu.... utamanya ayam tu... akak mmg suka makan menu ayam ker.. sotong ker.. udang ker... kalu masak kalio.. mmg best!

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]