Sunday, September 18, 2011

Ketupat Dakap : Step By Step

Assalamualaikum & salam sejahtera

Hari ni agaknya ramai yang mengadakan rumah terbuka. Pada penghujung Syawal ni eloklah mengambil peluang mengeratkan silaturrahim dan beramah mesra. Cheq sue xde jemputan pun, sekarang masih ada di kampung.

Kalau nengok ke n3 ni kemain lagi tajuknya step by step gitu, tapi cheq sue pasti ramai yang dah tahu camana nak buat ketupat dakap ni. Mungkin jugak kawan2 ada cara lain untuk membuatnya. Tapi xpelah cheq sue tunjukkan jugak kat sini sebagai kenang-kenangan.

1. Mula2 kepalkan dulu pulut tu mengikut saiz yang dikehendaki. Ini untuk memastikan pulut tu menjadi padat. Panjang @ pendek, kecil @ besar bergantung pada saiz daun pisang yang digunakan.

2. Letakkan di atas daun pisang yang telah dilayur. Kalau boleh gunalah daun pisang yang agak lebar sebab nanti bila kita gulung dan rebus, pulut tu tak akan terkeluar dari balutan

3. Setelah dibalut, lipat bahagian hujung kiri dan kanan @ atas dan bawah (seperti membuat tepung bungkus)

4. Cantumkan 2 keping pulut yang telah dibalut tadi dan ikat kemas menggunakan tali. Sedia untuk direbus

Catatan :
- selain menggunakan daun pisang, boleh juga menggunakan daun tebu tetapi perlu dibersihkan dengan sempurna dan disambung daunnya. Selamat mencuba!

Wassalam...

14 comments:

  1. tempat saya kurang popular dengan pulut dakap ni...mesti sedap kan??

    ReplyDelete
  2. kt kemaman pun xde rasanya nih. tp pernah makan =)

    ReplyDelete
  3. Cheq Sue,fav ni..makan ngan rendang...best2..

    ReplyDelete
  4. kat tmpat sy ada gak gni, tpi nama dia lain la...

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum cheq sue...
    kat tmpt akak cam ada tp nama x sama... n x guna daun pisang... guna daun lain.. x ingat daun apa...

    ReplyDelete
  6. @lieynanilaz

    kalau tempat saya memang fufular sgt... buat sarapan pun boleh

    ReplyDelete
  7. @tun_telani

    biasanya kelantan ngan teganung lebih kurang je tun...agaknya kat kemaman pesennya lain sikit kot

    ReplyDelete
  8. @Maria

    kalau nak di makan dengan rendang xleh buat manis2 maria...nanti x sedap

    ReplyDelete
  9. @Diana @ Melley Mey

    tu la kak..sesetengah tempat namanya lain pulak...

    ReplyDelete
  10. - cheq sue...hok dlm ade pisang tu gapo lak?

    ReplyDelete
  11. @AI

    mmmmm hok mana lak tu eh... kalau tak bungkus pulut bangkok kot...kalau bungkus camni tak pernah nampak lagi yg ada pisang di dalam... :(

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]